Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

FB : Lagi Kebiadaban dan Kurang Ajar Cha Ya Nun Alif!!!



Beginilah kalau kita lembik dan lemah!!! BERSATU? Lagilah Tidak hanya kerana pegangan Politik melebihi SAYANGNYA pada agama.

Sampai Bila?
read more...

LATIHAN UTK : Polis Nafi Pelakon Farid Kamil Diberi Latihan Khas!!!





Macam-macam hal. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada memberikan latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti Farid Kamil seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad turut menegaskan bahawa pihaknya juga tidak memberi sebarang bentuk latihan UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam.

"PDRM menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan ini dengan apa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan,” katanya melalui laman sosial PDRM malam ini.

Akhbar itu hari ini melaporkan pengarah dan pelakon filem, Farid Kamil Zahari menjadi selebriti tempatan pertama yang mengikuti sesi latihan UTK PDRM bagi memantapkan staminanya yang telah dijalani sejak minggu lalu.

Farid dipetik sebagai berkata dia memohon untuk menyertai latihan itu selama tiga bulan atas inisiatif sendiri untuk mendisiplinkan diri serta meningkatkan kecergasan badan bagi membantu kerjayanya sebagai pengarah dan pelakon di negara ini. - Bernama
read more...

MAAF SECARA TERBUKA : Isu Guru Mualaf SELESAI?

KOTA TINGGI – Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seorang guru mualaf sekolah itu yang sebelum ini dilaporkan diugut dan dipaksa membuka tudungnya jika ingin terus mengajar di sekolah itu.
Pengerusi sekolah itu Phang Ah Ngang, 72, bersama guru besarnya, Chiew Swee Tuan memohon maaf kepada guru berusia 25 tahun itu, di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi dekat sini.



Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Cheiw Swee Tuan (kiri) bersalaman dengan guru mualaf sambil diperhatikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman (belakang, kanan) di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi di sini hari ini.







Ia dilakukan di hadapan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supritendan Rahmat Othman serta Penghulu Mukim Johor Lama Mohd Nazri Kasmin dengan turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi Mohamad Fadil Ishak.
Dalam satu kenyataan, Phang berkata beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara peribadi kepada guru berkenaan serta masyarakat Islam Kampung Teluk Sengat dan masyarakat Islam di negara ini amnya.
“Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia,” katanya yang kemudian berjabat tangan dengan guru tersebut sebagai tanda permohonan maafnya.
Sementara itu Chiew berkata sebagai guru besar sekolah itu, beliau tidak pernah menghalang guru berkenaan ataupun mana-mana pelajar Islam di sekolah itu memakai tudung.
Menurutnya sebagai rakyat Malaysia yang hidup dengan pelbagai kaum dan agama, beliau memahami sensitiviti terhadap perkara itu dan faham memakai tudung adalah wajib untuk wanita beragama Islam.
“Sebagai guru besar, saya pasti menghormati agama Islam, guru serta murid beragama Islam tanpa mengira kaum.
“Sebagainya penjawat awam pula, saya berjanji akan mematuhi sepenuhnya semua peraturan dalam perintah kerajaan tanpa keraguan dan saya akan menguruskan hal sekolah dengan lebih peka dan berhati-hati.
“Segala salah faham daripada segi perbualan dan kata-kata yang tidak munasabah yang diperkatakan sebelum ini secara tidak sengaja sehingga menjadi gangguan emosi bagi mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf,” katanya.
Guru mualaf yang terlibat pula berkata beliau menganggap kes itu telah selesai dengan permohonan maaf yang dilakukan secara terbuka oleh pihak pengurusan sekolah pada hari ini.
Katanya, beliau berhasrat untuk menumpukan perhatiannya pada karier sebagai pendidik dan seorang muslimah sejati.
“Saya terima permohonan maaf ini dengan hati terbuka dan tidak mahu melanjutkannya lagi dan berharap semua pihak yang telah mengambil berat tentang perkara itu sebelum ini supaya tidak lagi memperbesarkan kes ini memandangkan ia isu yang sensitif,” katanya yang bakal mendirikan rumah tangga pada bulan depan.
Sementara itu, Rahmat berkata polis telahpun selesai melakukan siasatan berhubung kes itu dan akan menyerahkannya untuk dipertimbangkan pejabat Timbalan Pendakwa Raya sama ada pertuduhan akan diteruskan atau sebaliknya.
“Kita berharap kes ini selesai namun selagi mana pihak pengadu tidak menarik balik laporan kes ini selagi itu kes ini berjalan,” katanya. – Bernama
read more...

KANTOI!! Guru Besar Dan Guru Berzina Dalam Kereta!!!






KOTA BHARU – Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama. 

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan. Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu.

Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan. Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan.-SH
read more...

SELESAI : Kes Bunuh 3 Beradik di Kedah - Polis Kedah




ALOR SETAR: Polis Kedah dapat menyelsaikan kes pembunuhan tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada November lepas berikutan penemuan beberapa bahan bukti fizikal.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis menemui bukti itu selepas membawa dua suspek lelaki berusia 19 tahun, yang ditahan pada Rabu lepas, ke tempat kejadian di Alor Senibong di sini petang semalam. 

Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai penemuan bukti itu oleh sepasukan anggota Unit Forensik. 

"Kita akan membuat siasatan lebih rapi untuk kumpul semua bukti fizikal yang ditemui sebelum membuat pendakwaan di mahkamah. Saya tidak boleh beritahu apa bahan bukti kerana tidak mahu menjejaskan proses pendakwaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Ahmad berkata, dua suspek itu dikatakan mengenali mangsa kerana jarak rumah suspek dan mangsa ialah kira-kira 150 meter.

Beliau berkata, mereka ditahan di rumah masing-masing di Kampung Gelam berhampiran Jalan Datuk Kumbar antara 5.30 petang dan 11 malam pada Rabu lepas, hasil maklumat awam. 

"Seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah pecah rumah dan dadah," katanya. 

Kedua-dua suspek yang menganggur ditahan reman bermula semalam hingga 22 Jan ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 Nov lepas manakala mayat adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka, pada keesokannya. 

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira 7.30 malam pada 29 Nov lepas untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam, yang berdekatan dengan kampung mereka. 

Namun, mereka tidak pulang ke ruma sehinggalah mayat mereka ditemui dalam keadaan menyayat hati. - Bernama
read more...

Majlis Fatwa Kebangsaan Setuju Dengan Tindakan JAIS, Tidak Perlu Pulangkan BIBLE



Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan Berhubung Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
 

1. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 15 Januari 2014 memandang serius dan amat kecewa apabila para ulama dilempar dengan kata-kata kesat dan diperlekehkan hanya kerana pandangan atau hukum yang dikeluarkan tidak memenuhi kehendak atau memihak kepada golongan tertentu. Sikap tidak menghormati pemimpin (umara) semakin menjadi-jadi seolah satu trend dan budaya masyarakat Islam di Malaysia sejak akhir-akhir ini.
 
2. Muzakarah juga mengingatkan seluruh umat Islam dan juga bukan Islam bahawa apabila sikap saling hormat-menghormati semakin terhakis, ulama serta umara dicela dan tidak dihormati maka bibit-bibit pergolakan akan mula dirasai. Kita tidak mahu pergolakan dan pertumpahan darah yang berlaku di sesetengah negara berlaku di negara kita Malaysia.
 
3. Muzakarah meminta seluruh umat Islam supaya sentiasa menjaga keharmonian dan kedaulatan negara kerana Islam mewajibkan seluruh umat Islam agar bersatu dengan mentaati Allah, Rasul dan pemimpin yang dilantik secara sah oleh rakyat. Perbuatan mencela pemimpin kerana tidak berpuas hati dengan keputusan atau tindakan kerajaan tidak boleh dipandang remeh kerana ia akan menimbulkan fitnah, kekacauan dan mengganggu kestabilan sesebuah negara.
 
4. Islam membenarkan setiap rakyat untuk menasihati pemimpin namun tanggungjawab amar ma'ruf nahi munkar tersebut perlu dilakukan mengikut adab dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.
 
5. Muzakarah juga menasihatkan para pemimpin supaya sentiasa sensitif terhadap kemaslahatan rakyat kerana dalam kaedah fiqh iaitu keputusan pemimpin adalah bergantung kepada kemaslahatan rakyat. Pemerintah perlu menggunakan segala kebijaksanaan dan hikmah dalam menangani apa juga isu yang berlaku.
 
6. Muzakarah Khas pada hari ini juga menyokong tindakan yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah. Tindakan serbuan yang dilakukan adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan titah Tuanku Sultan Selangor, dan buku-buku yang dirampas tidak perlu dipulangkan.
 
7. Muzakarah juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolemikkan isu-isu sensitif seperti tindakan Jais dalam menguatkuasakan fatwa penggunaan kalimah Allah dan menjadikan agama sebagai umpan politik. Muzakarah menyeru seluruh umat Islam supaya menghentikan tindak tanduk seumpama ini demi menjaga kedaulatan agama, perpaduan ummah dan keamanan negara.
 
Sementara itu, difahamkan, Jais masih menjalankan siasatan terhadap kenyataan Pengarang The Herald, Lawrence Andrew mengenai gereja Katolik di Selangor yang akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya selepas ini.
read more...

UGUTAN DAN HASUTAN : Jika Dibuat Suka-Suka Boleh Dibebaskan?

Bila seorang remaja bernama Ismawi yang berusia 25 tahun memuat naik posting di laman Facebooknya menghasut orang ramai untuk turun ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam 31 Disember 2013 lalu bagi maksud "mengguling kerajaan", tiada sesiapa pun yang tahu (kecuali Allah SWT) apa niatnya yang sebenar.

Kini setelah dia ditangkap (pada 26 Disember lalu di Kampung Karambut, Saratok, Kuching, Sarawak) dan ditahan reman selama 10 hari oleh pihak polis bagi tujuan siasatan, Tan Sri Abdul Gani Patail (Peguam Negara/Pendakwa Raya) mengumumkan bahawa prosiding jenayah tidak akan dijalankan terhadapnya.




Mengikut Abdul Gani, siasatan polis mendedahkan Ismawi tidak menerima apa-apa sokongan daripada rakan Facebooknya; sebaliknya remaja ini dihentam dan dikritik disebabkan kenyataannya itu. Dia juga khabarnya "tidak mempertahankan dirinya malah mengalah sebaik sahaja menerima maklum balas negatif daripada pengikutnya", kata Abdul Gani lagi.

Menjelaskan keputusannya untuk tidak mendakwa remaja itu baru-baru ini, Pendakwa Raya menyatakan Jabatan Peguam Negara telah mengambil kira "semua faktor berkaitan kes ini", sambil memandang serius kesalahan yang dilakukan.

"Bagaimanapun, sebagai Pendakwa Raya, saya mempertimbang kenyataan Ismawi yang menunjukkan beliau sudah insaf selain memohon maaf kepada orang awam," jelas Gani dalam kenyataan rasminya baru-baru ini.

Pada Sabtu, 4 Disember lalu, Ismawi telah memohon maaf dan berkata dia telah membuat posting dalam Facebooknya itu "hanya untuk suka-suka" tanpa berfikir panjang akan akibatnya.

Ada pihak yang kini mula tertanya-tanya kenapakah Pendakwa Raya menggunakan budi bicaranya untuk tidak memulakan prosiding jenayah terhadap remaja tersebut? Tidakkah perbuatan remaja menghasut orang lain untuk "menggulingkan kerajaan" itu satu kesalahan serius yang sepatutnya tidak begitu mudah untuk dimaafkan? Tidakkah tindakan Pendakwa Raya sedemikian itu seolah-olah memberi isyarat kepada remaja-remaja lain di luar sana bahawa tidak mengapa bagi mereka menghasut orang awam melanggar undang-undang jika perbuatan mereka itu hanya "untuk suka-suka" sahaja?

Tidakkah mesej yang tersirat akibat tindakan terbaru Pendakwa Raya ini seolah-olah menyatakan sekiranya mereka segera bersedia memohon maaf dan menunjukkan bahawa mereka telah insaf, mereka akan dimaafkan oleh Pendakwa Raya?

Salleh Buang (SUMBER)
read more...

LAHAD DATU : Kedudukan Komando VAT69 Dikesan Pengganas





KOTA KINABALU:Seorang komando VAT69 memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini posisi beliau dan rakannya ketika melaksanakan operasi tinjau rapat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac tahun lepas disedari beberapa individu kumpulan penceroboh bersenjata.

Koperal Azman Ampong, 38, berkata beliau dan rakannya Koperal Mohd Tarmizi Hashim melihat lima atau enam orang, yang antara mereka memegang senjata api dan ada yang membawa senjata tajam seperti parang di pinggang.

"Apabila kumpulan itu menyedari kehadiran kami, seorang daripada mereka menunjuk ke arah kami dan kemudian memanggil kawan-kawannya untuk memerhati ke arah kami.

"Pada masa sama, kelihatan ada antara satu atau dua orang seolah-olah melambaikan tangan ke arah belakang mereka yang saya faham seolah-olah memanggil kumpulan yang lain.

"Kemudian, kelihatan lebih ramai datang ke arah mereka, lebih kurang 20-40 orang," katanya ketika memberi keterangan pada perbicaraan 30 tertuduh yang menghadapi pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah, yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah di sini.

Azman berkata seorang lelaki dilihat menghulurkan sebatang kayu kepada seorang lagi lelaki, dipercayai ketua kumpulan itu, untuk dijadikan tongkat yang mempunyai sekeping kertas putih bersaiz A4 di atasnya. 

"Ketua kumpulan itu bergerak ke arah kami. Apabila dalam jarak 30-60 kaki di hadapan kami, saya melihat dua orang mengekorinya dengan membawa senjata api.

"Kemudian, ketua kumpulan itu terus bercakap ke arah saya dalam bahasa Suluk 'Ayau kamu rindi, muit kamu' sebanyak tiga kali dan menunjukkan gaya menghalau dengan tangannya," katanya.

Azman, yang dilahirkan di Pulau Bum-Bum, Semporna, berkata beliau memahami apa yang diperkatakan lelaki itu, walaupun tidak fasih bahasa Suluk.

Kemudian ayat itu dialih bahasa oleh penterjermah bahasa Suluk mahkamah yang memberi makna (lelaki itu berkata): "Jangan berada di sini. Balik kamu".

Azman berkata beliau dan Mohd Tarmizi hanya mendiamkan diri selepas lelaki itu berkata demikian.

"Mungkin mereka sedar kami tidak buat apa-apa atau tidak faham apa yang dituturkan. Dia terus melaungkan 'Allahu Akbar' sebanyak dua kali dan tiba-tiba, dua lelaki di belakangnya melepaskan tembakan ke arah kami," katanya.

Menurutnya, beliau dan rakannya tidak membalas tembakan, tetapi beliau terasa sejuk di paha kanannya dua minit selepas penceroboh melepaskan tembakan.

"Rupanya saya terkena tembakan, di tempat terkena tembakan itu saya terasa sejuk sangat," katanya.

Azman berkata selain paha kanan, beliau juga ditembak di pinggang bahagian belakang.

Azman juga berkata Mohd Tarmizi turut terkena tembakan di betis kiri dan lengan kiri.

Ketika ditanya oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail: "Apa yang kamu cakap dengan Mohd Tarmizi selepas menyedari kamu terkena tembakan?" Azman berkata beliau tanya rakannya jika mampu lepaskan tembakan.

"Apabila dia (Mohd Tarmizi) jawab 'ya' saya terus cakap 'tunggu apa lagi, 'buddy' (kawan), tembaklah' dan terus kami lancarkan tembakan," katanya. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung bersambung petang ini. - Bernama
read more...

FITNAH : JAIS JAWAB ISU "MUALAF" TIDAK DIBANTU!!!




Tentu ramai yang bersimpati setelah membaca artikel dengan tajuk JAI** + MAI* (Gambar diatas). Artikel itu menceritakan tentang pasangan Muallaf yang didakwa tidak diberikan bantuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 

Di dalam artikel itu juga turut mempertikaikan kerja jabatan agama yang bertanggungjawab menguruskan duit Zakat. Antara tuduhan yang dilemparkan:

"Ada 7 asnaf semuanya, bila ke Majlis Zakat, kamu sekalian dengan bangga ucapkan keuntungan zakat sehingga berjuta-juta, buat majlis program di hotel sekalian sekalian makan 4 kali sehari, ini saudara kamu 8 bulan peluk Islam bantuan sekali sahaja diberi?Sungguh macam pelarian hidup mereka, berkat sungguh hidup kamu wahai pegawai-pegawai Majlis Agama?

"Jangan lupa, setiap sen gaji yang dibayar menggunakan duit zakat itu akan ditanya oleh SEMUA pembayar zakat di Padang Mahsyar, kamu tidak buat kerja , masih mahu duduk bersenang-senang di dalam ofis di bawah air cond , silakan. Tunggu lah sehingga kalam dan janji Ilahi itu menjadi pasti.

Berikutan penyebaran artikel tersebut, JAIS tampil memperbetulkan dengan menjawab fitnah yang dilemparkan kepada tiga agensi utama di Selangor.


Ini Jawapan JAIS : 



Assalamualaikum.
Jabatan Agama Islam Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh saudara seagama kita yang dikenalkan di laman https://www.facebook.com/IslamAgamakuOfficial sebagai saudara Ariffin dan isterinya, saudari Nadiyah.

Untuk makluman semua, berita yang dipaparkan adalah TIDAK TEPAT.
Pasangan tersebut telah dibantu oleh JAIS, MAIS dan LZS, dan masih lagi mendapat bantuan secara berterusan. Kedua-duanya bukan berasal dari Selangor dan hanya mula memohon bantuan pada Ogos 2013. Sejak itu, mereka telah menerima 12 kali bantuan kewangan, kali terakhir pada 10 Januari 2014. Antara bantuan tersebut termasuklah bayaran tunggakan sewa rumahnya dan sewaan semasa.
Justeru, JAIS memohon supaya Admin laman Islam Agama Ku dan semua yang terlibat dengan penyebaran berita ini menghentikan SERTA-MERTA semua sebaran kerana ianya adalah fitnah kepada ketiga-tiga agensi: Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.
Mudah-mudahan Allah mengganjarkan kebaikan kepada semua yang prihatin terhadap isu ini. Terima kasih.

Semoga kita berhati-hati menyebarkan sebarang berita yang tiada hujung pangkalnya.

- SUMBER
read more...

CCTV : Dua Remaja Perempuan Kantoi "CURI" Duit Di ATM!!



Dua orang remaja perempuan kini dicari apabila gambar-gambar CCTV mendedahkan mereka sebagai suspek pencuri duit dalam mesin ATM.

Kejadian berlaku apabila pengadu, Puan Sanizabri Nurul ‘Ain terlupa mengambil kad banknya semula daripada ATM RHB di Festival City. Beliau menyedari kejadian itu setelah balik ke pejabat. Namun semuanya sudah terlambat apabila beliau menyemak baki akaunnya menunjukkan terdapat transaksi pengeluaran sebanyak RM2000.

Setelah membuat laporan Polis, Puan Sanizabri kembali semula ke bank tersebut untuk mendapatkan salinan rakaman CCTV. Melalui rakaman itu, jelas menunjukkan dua orang remaja perempuan mengambil peluang dengan mengeluarkan duit beliau.

Bertambah kecewa apabila melihat kedua-dua remaja itu tersengih-sengih keluar daripada bank seolah-olah mendapat durian runtuh.




Beliau mengaku turut bersalah kerana kecuaian diri sendiri. Namun, perbuatan remaja itu yang mengambil kesempatan tidak boleh dibiarkan. Semoga kedua-dua orang suspek itu berjaya dikesan agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

read more...

LAGU KANGKUNG : Inikah Penerbitnya? Sure Pemimpin PR Akan Berebut!!



WONG YU RI : ENGINEER

  1. Wong Yu Ri, 791227-04-5371. 2-10 Laman Suria Kondo Jalan Kiara 3, Mont Kiara. 
  2. 012608--- hp 
  3. Audio engineer : 'The Factory Music Studio ' KL.
  4. Alamat : 510 Blok B. Phileo Damansara 1 jln 16/11 PJ sel.
Maklumat daripada SINI
read more...

Khalid VS Azmin VS PKNS : Siapa KANGKUNG Sebenarnya?




KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menafikan kenyataan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa pengguguran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali daripada Lembaga Pengarah PKNS dibuat oleh perbadanan itu sendiri dan bukannya oleh kerajaan negeri.

Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, kuasa lantikan ahli perbadanan itu terletak pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.

Dalam satu kenyataan beliau mengesahkan bahawa PKNS telah memaklumkan kepada Mohamed Azmin mengenai penamatan jawatannya melalui sepucuk surat bertarikh 8 Januari 2014.

"Tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MKKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MKKN pada 4 Disember 2013.




"PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik Ahli Perbadanan adalah ditangan MMKN dan bukan di tangan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Abdul Khalid dalam sidang media pada Rabu menafikan beliau terlibat dalam penyingkiran Mohamed Azmin sebaliknya menegaskan keputusan untuk tidak memperbaharui lantikan itudicadangkan oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Penglibatannya itu dibangkitkan ekoran dakwaan tindakan pengguguran itu ada kaitan dengan pemilihan jawatan Parti Keadilan Rakyat tidak lama lagi. 


"Keputusan bukan dibuat exco. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh GM PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tak buat keputusan itu.

"Dalam minit mesyuarat exco tiada siapa yang disingkir. Surat sudah diberi kepada Azmin dan beliau terima. Exco terima keputusan mereka," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco pada Rabu.

Abdul Khalid juga memberi jaminan sedia mendedahkan dokumen-dokumen berkaitan dengan penamatan jawatan Mohamed Azmin itu dalam masa yang terdekat.

"Kami akan keluarkan surat dan minit mesyuarat exco pada 4 Disember, dalam dua minggu lagi. Saya sedang lihat Akta Rahsia Rasmi," katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin melalui satu komentar di Twitter memperlekehkan kenyataan Abdul Khalid itu.

Mohamed Azmin dan Abdul Khalid sebelum ini berlaga angin secara terbuka dalam beberapa perkara yang dipercayai ada kaitan dengan kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid juga memaklumkan kontrak Othman yang akan tamat pada hujung bulan ini tidak akan disambung.

Beliau dijangka akan digantikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Azlan Md. Alifiah.

read more...

APA NI HUSAM? Bangga Pulak Kalimah ALLAH Digunakan Dalam Bible!!!

Apa la Naib Presiden PAS ni. Dia tak boleh nak kaji ke kalau kalimah Allah digunakan dalam bible apa yang akan terjadi?


Tidakkah keliru anak anak kita dimasa akan datang tentang Al-Quran dan juga bible yang menggunakan kalimah yang sama?

Takkan Husam tak mengaji bahawa Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan?

Sebagai seorang pemimpin parti yang menggelarkan diri sebagai parti Islam, rasanya tak tepat langsung apa yang dikatakan oleh Husam dalam pertemuan beliau dengan pengikut di Putrajaya baru baru ni.






Ini ke yang dikatakan orang yang akan membela nasib agama Islam? Tak nampak pun..

read more...

BACA NI!!!! Surat PM Kepada Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia

PERHATIAN...!!!


Surat PM Kepada Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CMF)...

Bertarikh 11 April 2011...
Surat Ini Merujuk Kepada Penyelesaian 10 Perkara...

Ada Sesiapa Yang Nampak Dan Dinyatakan Di Dalam Surat Tersebut Mengenai Kebenaran/Keizinan Penggunaan Kalimah Allah...???

Surat Ini Yang Dimainkan Oelh Puak Pembangkang Untuk Memburuk-burukkan Perdana Menteri Kita...



read more...

APE CER? PECAH KERETA Untuk Borang BR1M?

KUALA LUMPUR - Ratusan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diuruskan Pusat Khidmat Masyarakat Gerakan Batu hilang akibat dicuri dari dalam kereta milik pembantu peribadi Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Gerakan Batu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang Khamis lalu di Jalan Metro Perdana Barat 3, Taman Usaha Kepong.



Dominic menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian kecurian yang berlaku.


Penyelaras Pusat Khidmat Gerakan Batu, Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, kejadian disedari pembantu peribadinya itu, Alice Yap, ketika kembali ke kereta selepas diletakkan berhampiran sebuah kedai kopi selepas 30 minit.

Menurutnya, beberapa barangan dalam bonet kereta hilang termasuk beg berisi dokumen-dokumen penting termasuk borang-borang BR1M yang dikumpulkan menerusi program yang dijalankan di Jinjang Selatan dan UTC Mini Bandar Baru Sentul, hilang.

“Bagaimanapun Alice tak diserang atau alami apa-apa kecederaan.

“Kerugian barangan dicuri tak jadi isu, yang dibimbangkan ialah borang-borang BR1M yang perlu dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Jadi kita terpaksa mengumpulkannya semula. Justeru kepada penduduk Batu yang terbabit, tolong hubungi Alice di talian 012-3755265 untuk mengisi sekali lagi borang berkenaan,” katanya. 

Sementara itu, menceritakan semula kejadian berkenaan, Alice berkata, dia mengesyaki tindakannya meletakkan beg dalam bonet diperhatikan sejak awal kerana tiada sebarang kesan pecah cermin kereta.

“Saya cuba buka bonet menggunakan kunci kereta untuk ambil beg, tapi tak boleh. Jadi saya buka dengan menarik dari tepi tempat duduk, namun terkejut apabila mendapati bonet hampir kosong.

“Beg yang berisi dokumen penting termasuk borang BR1M dan juga cenderahati sempena Tahun Baru Cina termasuk baju T pun dirembat.

“Saya syak kemungkinan orang yang ambil tu nampak saya letakkan barang dalam bonet. Dia pun fikir yang bonet boleh dibuka tanpa merosakkan kereta,” katanya.

Katanya, kerugian akibat kejadian itu dianggarkan lebih RM2,000.

“Bagaimanapun, kami telah memaklumkan kepada sukarelawan di kawasan terlibat untuk mengumpulkan semula borang-borang BR1M untuk dihantar ke LHDN. Syukur setakat ini sebahagian daripadanya dah diterima semula," katanya.-SH
read more...

SIASATAN SELESAI : SUSULAN KES GURU MUALAF DIARAH BUKA TUDUNG!!




Susulan Kes Guru Mualaf Diarah Buka Tudung Di Kota Tinggi. Siasatan berhubung kes seorang guru mualaf di sebuah sekolah yang diarahkan membuka tudung, di Kota Tinggi selesai. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman mengesahkan telah mengambil keterangan daripada empat individu berhubung isu tersebut.

“Kita tidak rekod percakapan selain ambil keterangan daripada empat individu yang dikaitkan dalam perkara ini. “Kes ini dilaporkan pada 8 Januari lalu, di mana pengadu (guru) telah membuat laporan polis dan susulan itu, guru besar dan individu yang dikatakan mengarahkan tindakan terbabit serta seorang penduduk telah diambil keterangan. Ikuti kisah lanjut Siasatan guru mualaf diarah buka tudung selesai.

“Siasatan kes ini telah selesai dan kita telah hantar ke Peguam Negara bagi tindakan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini. Sementara itu, tindakan mengarahkan guru wanita berusia 25 tahun itu membuka aurat disifatkan menghina agama Islam. Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut mempersoalkan adakah kualiti pengajaran seseorang guru itu akan terjejas apabila tenaga pengajar ini menutup aurat dengan mengikut syariat Islam sehingga memaksanya membuka tudung.






“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan tindakan individu tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang dan perlembagaan negara, tetapi ia juga jelas menghina agama Islam dan penganutnya. “Saya amat kecewa dengan perkara yang berlaku dan saya mendesak pihak berwajib antaranya Jabatan Pelajaran negeri untuk mengambil tindakan segera terhadap pihak bertanggungjawab dan jangan bersikap lepas tangan dalam isu ini,” katanya. Lihat juga Pesanan Muhyiddin Buat Semua Guru.

Rabu lalu, seorang guru mualaf diarah membuka tudungnya oleh ahli jemaah pengurus sekolah selain diancam keselamatannya sekiranya guru tersebut enggan berbuat demikian. Susulan kejadian itu, penduduk di kampung berkenaan, menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi membantah tindakan tersebut kelmarin. Susulan Kes Guru Mualaf Diarah Buka Tudung Di Kota Tinggi.

Diharapkan tindakan tegas dapat diambil sebagai pengajaran kepada mereka yang berani mencabar perlembagaan negara dan kedaulatan Islam.
read more...

SEMBAH DERHAKA!!! Akhirnya Sultan Melaka Ditahan!!!

Kekeliruan dan kekalutan dengan munculnya individu yang mendakwa sebagai Sultan Melaka yang sah akhirnya DIHENTIKAN sekurang-kurangnya buat seketika.

Polis hari ini menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.




Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata, Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka".

"Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan)yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.




Pada 8 Januari lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Shah Gzali Khan berkata. siasatan mendapati kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis kesyukuran itu.

"Tiada tangkapan dibuat ke atas pengikut ini, tetapi bergantung kepada tindak tanduk mereka sekiranya mereka menghalang polis dan penjawat awam melakukan tugas, mereka akan ditahan," katanya.
read more...

FIFA Ballon d'Or 2013 : RONALDO Pecah Dominasi Lionel Messi!!!





Akhirnya teka-teki selama dua bulan terjawab sudah. Cristiano Ronaldo dianugerahkan trofi FIFA Ballon d'Or 2013 awal pagi tadi sekaligus menamatkan penguasaan Lionel Messi yang memegang rekod 4 tahun berturut-turut. Ini merupakan kali kedua Ronaldo memenangi trofi FIFA Ballon d'Or. Kali pertama pada tahun 2008 bersama pasukan Manchester United.

Lionel Messi terpaksa berpuas hati di tempat ke-2 manakala Franck Ribery di tempat ke-3. Pun begitu masih ada peminat di laman sosial yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Mereka rata-ratanya peminat Messi atau haters. Aku pun tak faham apa masalah diorang ni. Nak pertikai kenapa Ronaldo tak menang trofi dengan Real Madrid tapi boleh menang FIFA Ballon d'Or. 

Kalau aku cakap diorang ni buta bola sepak kang marah. Setakat jadi keyboard warrior yang malas nak mengkaji. Untuk pengetahuan sekian kalinya, anugerah FIFA Ballon d'Or adalahundian pengurus dan kapten pasukan kebangsaan serta wartawan seluruh dunia. Ada masalah ke? Rujuk statistik tahun 2013 di sini untuk pencerahan.

Jupp Heynckes yang membawa Bayern Munich mencatat sejarah kejuaraan treble musim lalu dipilih sebagai Jurulatih Terbaik Dunia menewaskan Jurgen Klopp (2nd) dan Sir Alex Ferguson (3rd). Jaringan overhead volley Zlatan Ibrahimovic ketika menentang England diangkat selakupemenang gol terbaik dunia atau namanya Anugerah Puskas.


Gol Terbaik Dunia 2013 - Zlatan Ibrahimovic





Berikut adalah keputusan penuh pemenang FIFA Ballon d'Or 2013.



2013 Ballon d'Or : 1 Cristiano Ronaldo; 2 Lionel Messi; 3 Franck Ribery.



Women's world player of the year : 1 Nadine Angerer; 2 Abby Wambach; 3 Marta.




World coach of the year (men's football) : 1 Jupp Heynckes; 2 Jurgen Klopp; 3 Sir Alex Ferguson.




World coach of the year (women's football) : 1 Silvia Neid; 2 Ralf Kellermann; 3 Pia Sundhage.




Puskas Award : 1 Zlatan Ibrahimovic; 2 Nemanja Matic; 3 Neymar.


FIFPro World XI : Manuel Neuer (Bayern Munich and Germany); Dani Alves (Barcelona and Brazil), Philipp Lahm (Bayern Munich and Germany), Sergio Ramos (Real Madrid and Spain), Thiago Silva (Paris St Germain and Brazil); Andres Iniesta (Barcelona and Spain), Franck Ribery (Bayern Munich and France), Xavi (Barcelona and Spain), Cristiano Ronaldo (Real Madrid and Portugal), Zlatan Ibrahimovic (Paris St Germain and Sweden), Lionel Messi (Barcelona and Argentina).



FIFPro 2013 sekali lagi menyaksikan tiada wakil EPL



Ballon d'Or Prix d'Honneur : Pele.


Fair Play Award : Afghanistan Football Federation.

Presidential Award : Jacques Rogge.

read more...

ANDA PILIH!!! Kerana Politik Agama No. 2!!! Berita Sedih Di Maulidur Rasul Kali Ini!!!




Pengarah JAIS Selangor yang merampas Bible Bahasa Melayu tempohari telah ditukarkan kerana menguatkuasakan undang-undang demi memastikan Agama Islam terus wujud di negeri yang serba moden ini.

Pengarahnya yang baru Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, mereka tiada masalah memaklumkan tindakan mereka kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan exco terlebih dahulu sebelum bertindak.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang dikehendaki menteri besar dan exco Selangor dalam serbuan berkaitan perkara sensitif selepas ini.




"Kita akan ikut, tiada masalah. SOP sebenarnya lebih kurang sama. Cuma kita kena maklumkan kepada kerajaan (negeri)," katanya.


Rakyat selangor sangat beruntung kerana mempunyai seorang Menteri Besar yang sangat prihatin dengan masalah Ugama Negeri hingga menukarkan Pengarah JAIS yang menguatkuasakan undang-undang.

Pengarah JAIS yang baru pula tidak akan berani melawan Kerajaan Negeri yang diperintah DAP yang menjadikan Menteri BesarP KR sebagai anjing kurap dibela dan dibagi makan sampah.

Rakyat Selangor terutama yang beragama Islam tidak berani menentang dan dibuktikan dengan kisah penukaran Pengarah Agama ini.

Kerana menguatkuasakan undang-undang Agama beliau ditukarkan tetapi kepada yang melambakkan rumah urut dan pusat maksiat dijaga rapi. (SUMBER)


read more...

GAMBAR : Giat Mara Akan Ditutup Demi Chinese Chamber - HANYA DI SELANGOR!!!

Kesian orang Melayu Selangor yang undi Barisan Nasional, anda telah bersedia untuk berubah tapi tidak berjaya. Bagi Melayu Selangor yang undi Pakatan Rakyat padan muka korang. Sekarang lagi satu Giat Mara di Selangor (Selayang) akan ditutup sebab nak bagi kepada KL Selangor Chinese Chamber of Commerce... Nak kata apa lagi? 







Beberapa hari sudah kita khususnya rakyat Selangor turut dikejutkan dengan kelulusan pembinaan Gereja di kawasan paling ramai orang Melayu dan beragama ISLAM diTangjung Karang. Lebih mengecewakan, jarak antara masjid sedia ada dengan gereja yang bakal dibina tersebut hanya sekitar 500 meter je.




Tapi apa kita boleh buat? Walaupun PAS menang secara majoriti di dalam PR Selangor, ditambah Melayu Islam dalam PKR, Kerajaan ini pimpinan Khalid tidak mampu buat apa-apa selain dari MELULUSKAN pembinaan gereja tersebut.

Itu tak sebut lagi pasal penggunaan KALIMAH ALLAH.

Semakin Hari semakin sedih dengan apa yang berlaku....

read more...

TUNTUTAN PALSU : Lagi Penjawat Awam Didakwa!!!





JOHOR BAHRU 13 Jan. - Bekas Pegawai Penerangan Daerah Ledang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM6,500 kepada Jabatan Penerangan negeri, enam tahun lalu.

Zaid Md. Amin, 60, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Pesara kerajaan itu didakwa memperdayakan Jabatan Penerangan negeri dengan membuat pesanan kerajaan bagi perkhidmatan penyediaan makan dan minum Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pejabat Daerah Ledang pada 18 Mei dan 4 Ogos 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai tuntutan atau RM10,000.

Mohamad Haldar membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Februari ini pengurusan kes tersebut. - (SUMBER)




Tiga hari lalu, dua pegawai Wisma Putra (Kementerian Luar) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memperdaya Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat kerana mengemukakan penyata perbelanjaan palsu berjumlah US$126,681 tiga tahun lepas.

Shahril Effendi Abd Ghany, 48, dan Mohd Hadtamizi Abu Bakar, 47, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Shahril Effendi yang ketika itu berkhidmat sebagai timbalan ketua perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC didakwa mengemukakan dokumen palsu iaitu penyata perbelanjaan wang pendahuluan sempena Sidang Kemuncak APEC 2011 di Honolulu, Hawaii dari 3 hingga 16 Nov 2011 dan resit rasmi Aloha Way Transportation bertarikh 3 Nov 2011, berjumlah US$126,681.

Tertuduh didakwa telah mengesah dan mengaku membayar US$126,681 sebagai deposit sewaan kenderaan kepada Syarikat Aloha Way Transportation semasa persidangan itu, sedangkan jumlah sebenar yang dibayar adalah US$88,500.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia, 3516 International Court N.W, Washington DC, Amerika, pada 8 Dis 2011.

Mohd Hadtamizi, yang ketika itu berkhidmat sebagai penolong pegawai tadbir di Washington DC, didakwa bersubahat dengan Shahril Effendi melakukan kesalahan sama di lokasi dan tarikh yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai butir matan palsu atau RM10,000 atau mengikut mana yang lebih tinggi.

Rosbiahanin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah serta menetapkan 10 Feb untuk sebutan semula kes.

Shahril Effendi yang kini bertugas selaku pegawai tadbir diplomatik di Wisma Putra dan Mohd Hadtamizi yang kini bertugas sebagai penolong pegawai tadbir, di tempat sama, membayar ikat jamin itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah manakala Shahril Effendi diwakili peguam Shamsul Sulaiman dan Mohd Hadtamizi diwakili peguam Ridha Abdah Subri.

Di mahkamah sama, seorang peneroka hutan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menawarkan rasuah wang tunai RM20,000 kepada Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Pahang.

Tan Meng Lee, 43, didakwa menawarkan rasuah itu kepada Abdul Rahim Sulaiman, 50, supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atasnya (tertuduh) yang melakukan penerokaan secara haram di Hutan Simpan Sungai Terla, Kampung Raja dan tanah kerajaan di Blue Valley, kedua-duanya terletak di Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tanah kerajaan di Blue Valley, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands antara 4 petang dan 5 petang, 7 Okt 2013.

Dia didakwa mengikut Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosbiahanin membenarkan Tan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Feb untuk sebutan semula kes. Dia membayar ikat jamin.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam S. Devanandan. - Bernama
read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top