Ia dilakukan di hadapan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supritendan Rahmat Othman serta Penghulu Mukim Johor Lama Mohd Nazri Kasmin dengan turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi Mohamad Fadil Ishak.
Dalam satu kenyataan, Phang berkata beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara peribadi kepada guru berkenaan serta masyarakat Islam Kampung Teluk Sengat dan masyarakat Islam di negara ini amnya.
“Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia,” katanya yang kemudian berjabat tangan dengan guru tersebut sebagai tanda permohonan maafnya.
Sementara itu Chiew berkata sebagai guru besar sekolah itu, beliau tidak pernah menghalang guru berkenaan ataupun mana-mana pelajar Islam di sekolah itu memakai tudung.
Menurutnya sebagai rakyat Malaysia yang hidup dengan pelbagai kaum dan agama, beliau memahami sensitiviti terhadap perkara itu dan faham memakai tudung adalah wajib untuk wanita beragama Islam.
“Sebagai guru besar, saya pasti menghormati agama Islam, guru serta murid beragama Islam tanpa mengira kaum.
“Sebagainya penjawat awam pula, saya berjanji akan mematuhi sepenuhnya semua peraturan dalam perintah kerajaan tanpa keraguan dan saya akan menguruskan hal sekolah dengan lebih peka dan berhati-hati.
“Segala salah faham daripada segi perbualan dan kata-kata yang tidak munasabah yang diperkatakan sebelum ini secara tidak sengaja sehingga menjadi gangguan emosi bagi mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf,” katanya.
Guru mualaf yang terlibat pula berkata beliau menganggap kes itu telah selesai dengan permohonan maaf yang dilakukan secara terbuka oleh pihak pengurusan sekolah pada hari ini.
Katanya, beliau berhasrat untuk menumpukan perhatiannya pada karier sebagai pendidik dan seorang muslimah sejati.
“Saya terima permohonan maaf ini dengan hati terbuka dan tidak mahu melanjutkannya lagi dan berharap semua pihak yang telah mengambil berat tentang perkara itu sebelum ini supaya tidak lagi memperbesarkan kes ini memandangkan ia isu yang sensitif,” katanya yang bakal mendirikan rumah tangga pada bulan depan.
Sementara itu, Rahmat berkata polis telahpun selesai melakukan siasatan berhubung kes itu dan akan menyerahkannya untuk dipertimbangkan pejabat Timbalan Pendakwa Raya sama ada pertuduhan akan diteruskan atau sebaliknya.
“Kita berharap kes ini selesai namun selagi mana pihak pengadu tidak menarik balik laporan kes ini selagi itu kes ini berjalan,” katanya. – Bernama
Kerajaan kena berani ...sepatutnya malyasia sudah tak boleh wujud sekolah jenis mcm ni lagi. Ini akan menjurangkan lagi pemahaman dan ideolago sessuatu bangasa. Dan mewujudkan sifat perkauman yg lagi kuat dan bahaya.Tutup semua sekolah jenis cina atau india..dan hanya satu jenis sekolah yank ni kebangsaan untuk semua kaum.Baik utk guru dan murid serta mengukuhkan lagi ikatan anatar kaum.Ini TANAH MELAYU ..sepatutnya soal kedaulatan negara tiada kompromi dan hak mutlak kaum melayu.Sekarang lihatlah bangsa melayu dimana?Kerajaan sekarang perlu berani bukan hanya mengikut teleunjuk MCA dan MIC..parti politik pun perlu dikebangsaan kan...satu parti SUDAH CUKUP .bukan mcm sekarang peninggggggg kepala saja masa PRU.
BalasPadam