Nuffnang

UGUTAN DAN HASUTAN : Jika Dibuat Suka-Suka Boleh Dibebaskan?

Bila seorang remaja bernama Ismawi yang berusia 25 tahun memuat naik posting di laman Facebooknya menghasut orang ramai untuk turun ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam 31 Disember 2013 lalu bagi maksud "mengguling kerajaan", tiada sesiapa pun yang tahu (kecuali Allah SWT) apa niatnya yang sebenar.

Kini setelah dia ditangkap (pada 26 Disember lalu di Kampung Karambut, Saratok, Kuching, Sarawak) dan ditahan reman selama 10 hari oleh pihak polis bagi tujuan siasatan, Tan Sri Abdul Gani Patail (Peguam Negara/Pendakwa Raya) mengumumkan bahawa prosiding jenayah tidak akan dijalankan terhadapnya.




Mengikut Abdul Gani, siasatan polis mendedahkan Ismawi tidak menerima apa-apa sokongan daripada rakan Facebooknya; sebaliknya remaja ini dihentam dan dikritik disebabkan kenyataannya itu. Dia juga khabarnya "tidak mempertahankan dirinya malah mengalah sebaik sahaja menerima maklum balas negatif daripada pengikutnya", kata Abdul Gani lagi.

Menjelaskan keputusannya untuk tidak mendakwa remaja itu baru-baru ini, Pendakwa Raya menyatakan Jabatan Peguam Negara telah mengambil kira "semua faktor berkaitan kes ini", sambil memandang serius kesalahan yang dilakukan.

"Bagaimanapun, sebagai Pendakwa Raya, saya mempertimbang kenyataan Ismawi yang menunjukkan beliau sudah insaf selain memohon maaf kepada orang awam," jelas Gani dalam kenyataan rasminya baru-baru ini.

Pada Sabtu, 4 Disember lalu, Ismawi telah memohon maaf dan berkata dia telah membuat posting dalam Facebooknya itu "hanya untuk suka-suka" tanpa berfikir panjang akan akibatnya.

Ada pihak yang kini mula tertanya-tanya kenapakah Pendakwa Raya menggunakan budi bicaranya untuk tidak memulakan prosiding jenayah terhadap remaja tersebut? Tidakkah perbuatan remaja menghasut orang lain untuk "menggulingkan kerajaan" itu satu kesalahan serius yang sepatutnya tidak begitu mudah untuk dimaafkan? Tidakkah tindakan Pendakwa Raya sedemikian itu seolah-olah memberi isyarat kepada remaja-remaja lain di luar sana bahawa tidak mengapa bagi mereka menghasut orang awam melanggar undang-undang jika perbuatan mereka itu hanya "untuk suka-suka" sahaja?

Tidakkah mesej yang tersirat akibat tindakan terbaru Pendakwa Raya ini seolah-olah menyatakan sekiranya mereka segera bersedia memohon maaf dan menunjukkan bahawa mereka telah insaf, mereka akan dimaafkan oleh Pendakwa Raya?

Salleh Buang (SUMBER)
Share this article

1 Komen:

  1. Bila pembangkang menjadi peguam negara, beginilah jadinya.... Ini baik untuk kelansungan kepimpinan Najib.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top