Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tiket dan Jersi Percuma #DemiHarimauMalaya Piala AFF 2012

Salam 1Malaysia!
 

Piala Suzuki AFF 2012, satu pertandingan dwitahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) kini menjelang! Selaku pemenang pada tahun 2010, Malaysia akan mempertahankan kejuaraannya bermula 25 November 2012 dalam peringkat kumpulan bertemu dengan Singapura, Laos dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.


YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah bertemu dengan pemain negara dan memberi kata-kata semangat beliau kepada mereka. Kini giliran anda pula melakukan perkara sama!




 

Bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kita kepada skuad kebangsaan, anda sebagai penyokong Harimau Malaya dijemput untuk menghantar mesej pembakar semangat kepada pemain-pemain negara di Twitter.


Mesej terpilih yang paling bersemangat dan kreatif akan memenangi tiket terhad untuk menyaksikan perlawanan ini. Mulakan mesej berkenaan dengan:
 

#DemiHarimauMalaya, saya akan ….......”

Seorang daripada pemenang tiket bertuah setiap perlawanan juga berpeluang untuk memenangi jersi Harimau Malaya terbaharu!

 




 
Peraduan ini akan bermula pada pukul 8 malam, 21 November hingga 9 pagi, 30 November 2012. Sebarkannya dan marilah kita sama-sama menyokong usaha pasukan kita untuk mencapai kemenangan!
 
Maklumat lanjut dan jadual perlawanan terdapat di sini: http://www.fam.org.my.
 

Admin
1Malaysia.com.my
read more...

BERAPI!!! AZHAR IDRUS MENYOKONG YAHUDI TERANG-TERANGAN - DIKEMASKINI



 
 
"Jangan ambil burger yang akan diberi oleh pihak McD secara percuma pada hari Isnin (19 Nov 2012) nanti kerana seolah-olah mereka mahu menyambut kegembiraan atas apa yang berlaku di Gaza. Tolong sebarkan mesej ini kepada seluruh rakyat Malaysia..."
 
 
Ini antara bunyi ayat atau sms berangkai yang kita terima di hp kita bagi menterjemahkan SERANGAN PSIKOLOGI dan paling lemah yang boleh kita lakukan dalam mengutuk serangan tentera YAHUDI di PALESTIN.
Tetapi IDOLA ramai kita ni selamber jer dengan family dok pekena  MC D. Hal yang kecil atau remeh ini kalau gua yang buat mungkin tak kecoh mana beb, tetapi seorang CENDIAKAWAN AGAMA  macam UAI  ni x patut la kot... Beliau sepatutnya lebih sensitif dengan isu-isu sebegini.



Ini pandangan GUA la, tapi korang punya pandangan terpulang.... Okey, sekadar perkongsian. Renung dan fikir-fikirkan la beb.
 
 
PENCERAHAN DR GAMBAR SEBENAR...





zoOOOMMMMM betul2 kat sundae cup yang anak dia TAK BERTUDUNG tu pegang!!!!! (Melentur buluh bior dari rebung le konon). Walaupun setiap kanak-kanak yang tidak didatangi haid itu atau kurang daripada umur 9 tahun belum diwajibkan kepada tuntutan menutup aurat, adalah AMAT wajar ia dilatih mendekati amalan hidup Islam. Tak gitu ker???




PENJELASAN DARI UAI
 
 

Kepada yang membaca, nilai dan fikir-fikirkan lah......


read more...

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 : FAKTA - FAKTA YANG MEMBUATKAN DEWAN PEMUDA PAS DAN MALAYSIAN INSIDER KEPANASAN

Hmmm.... fikir punya fikir, google punya google, akhirnya gua ambil keputusan untuk membuat sedikit perkongsian dengan you all semua mengenai penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang baru dianjurkan oleh KBS baru-baru ini. Setuju atau tidak, inilah fakta-fakta yang sempat gua cilok untuk tatapan you all semua.

 



  
1.        Paling ketara untuk menilai kejayaan penganjuran Himpunan Jutaan Belia (HJB) pada kali ini dapat diukur dari segi jumlah pengunjung atau penyertaan belia di samping jumlah dan pengisian program/aktiviti serta jumlah tajaan korporat dan swasta yang telah diterima.



2.        Strategi Lautan Biru (BOS) yang diterjemahkan dalam pelaksanaan program dan aktiviti dianjurkan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malah oleh pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan, syarikat korporat dan swasta. Selain itu, HJB ini juga berjaya menarik minat dan perhatian belia-belia dari negara jiran untuk turut hadir seperti negara Brunei Darussalam. Terdapat juga belia-belia dari negara luar yang lain turut hadir di HJB. Justeru itu, perkara ini sekali gus berjaya menyangkal perspektif negatif di mata masyarakat dunia mengenai belia Malaysia yang kononnya ganas dan liar.







3.        Sumber rasmi KBS mengumumkan kehadiran seramai 2.4 juta (2,480,502) belia dan pengunjung yang mana ia merupakan satu indikator baru yang menunjukkan generasi muda merasai bahawa mereka turut terlibat dan menyumbang dalam agenda pembangunan belia negara.

 





4.       Tema "‘Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan’ bagi Himpunan Jutaan Belia ini turut dilihat sebagai pemangkin hala tuju golongan belia mendepani cabaran terkini dan masa depan dengan menyediakan  kepada golongan belia peluang pekerjaan, kemahiran dan keusahawanan melalui pelaksanaan lebih 500 aktiviti dan acara di bawah 46 segmen.


5.        “Konsep Dari belia kepada belia”. Program dan aktiviti yang diadakan adalah mengikut acuan, kehendak dan trend masa kini generasi muda termasuklah dalam memperkasakan jati diri insaniah dan sahsiah belia kerana semua program dan aktiviti dianjur dan dilaksanakan sendiri oleh belia.


6.         Inisiatif Kerajaan khususnya KBS dipelbagaikan dalam memperkasakan belia-belia Malaysia bagi memberi kesan positif kepada belia itu sendiri untuk jangka masa panjang. Justeru itu, kesan-kesan positif yang dapat dilihat adalah golongan belia lebih berketerampilan, berwawasan, berpandangan jauh, berjati diri tinggi dan terutama sekali lebih berdisiplin untuk mengekspresikan kreativiti, minat, bakat dan kebolehan masing-masing secara positif kepada masyarakat.



7.         Keyakinan puluhan syarikat dan perniagaan untuk turut sama menjayakan perhimpunan ini melalui pendekatan Strategi Lautan Biru (BOS) sama ada sebagai penaja, pemberi khidmat dan juga mengambil peluang mempromosikan berbagai-bagai produk mereka di HJB. Kejayaan HJB belia telah berjaya menarik penajaan yang besar (kalau ikut kenyataan media KBS) dalam bentuk tajaan tunai, barangan dan operator program sekali gus melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak RM28juta.




8.        Sekaligus memberikan satu keyakinan bahawa pada masa-masa akan datang HJB ini dapat dilaksanakan atas inisiatif swasta dan tidak lagi melibatkan perbelanjaan kerajaan. Inilah hasrat dan semangat penganjuran HJB pada tahun ini yang kesemuanya berpaksikan kepada slogan “Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini” .


Hmmm ...... Alhamdulillah, generasi muda Malaysia telah menerima baik HJB pada tahun ini dengan memberi idea, buah fikiran, menyertai dan merebut peluang menghadiri perhimpunan yang terbesar pernah diadakan di Malaysia dengan aman dan berdisiplin.
read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top