Nuffnang

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 : FAKTA - FAKTA YANG MEMBUATKAN DEWAN PEMUDA PAS DAN MALAYSIAN INSIDER KEPANASAN

Hmmm.... fikir punya fikir, google punya google, akhirnya gua ambil keputusan untuk membuat sedikit perkongsian dengan you all semua mengenai penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang baru dianjurkan oleh KBS baru-baru ini. Setuju atau tidak, inilah fakta-fakta yang sempat gua cilok untuk tatapan you all semua.

 



  
1.        Paling ketara untuk menilai kejayaan penganjuran Himpunan Jutaan Belia (HJB) pada kali ini dapat diukur dari segi jumlah pengunjung atau penyertaan belia di samping jumlah dan pengisian program/aktiviti serta jumlah tajaan korporat dan swasta yang telah diterima.



2.        Strategi Lautan Biru (BOS) yang diterjemahkan dalam pelaksanaan program dan aktiviti dianjurkan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malah oleh pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan, syarikat korporat dan swasta. Selain itu, HJB ini juga berjaya menarik minat dan perhatian belia-belia dari negara jiran untuk turut hadir seperti negara Brunei Darussalam. Terdapat juga belia-belia dari negara luar yang lain turut hadir di HJB. Justeru itu, perkara ini sekali gus berjaya menyangkal perspektif negatif di mata masyarakat dunia mengenai belia Malaysia yang kononnya ganas dan liar.







3.        Sumber rasmi KBS mengumumkan kehadiran seramai 2.4 juta (2,480,502) belia dan pengunjung yang mana ia merupakan satu indikator baru yang menunjukkan generasi muda merasai bahawa mereka turut terlibat dan menyumbang dalam agenda pembangunan belia negara.

 





4.       Tema "‘Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan’ bagi Himpunan Jutaan Belia ini turut dilihat sebagai pemangkin hala tuju golongan belia mendepani cabaran terkini dan masa depan dengan menyediakan  kepada golongan belia peluang pekerjaan, kemahiran dan keusahawanan melalui pelaksanaan lebih 500 aktiviti dan acara di bawah 46 segmen.


5.        “Konsep Dari belia kepada belia”. Program dan aktiviti yang diadakan adalah mengikut acuan, kehendak dan trend masa kini generasi muda termasuklah dalam memperkasakan jati diri insaniah dan sahsiah belia kerana semua program dan aktiviti dianjur dan dilaksanakan sendiri oleh belia.


6.         Inisiatif Kerajaan khususnya KBS dipelbagaikan dalam memperkasakan belia-belia Malaysia bagi memberi kesan positif kepada belia itu sendiri untuk jangka masa panjang. Justeru itu, kesan-kesan positif yang dapat dilihat adalah golongan belia lebih berketerampilan, berwawasan, berpandangan jauh, berjati diri tinggi dan terutama sekali lebih berdisiplin untuk mengekspresikan kreativiti, minat, bakat dan kebolehan masing-masing secara positif kepada masyarakat.



7.         Keyakinan puluhan syarikat dan perniagaan untuk turut sama menjayakan perhimpunan ini melalui pendekatan Strategi Lautan Biru (BOS) sama ada sebagai penaja, pemberi khidmat dan juga mengambil peluang mempromosikan berbagai-bagai produk mereka di HJB. Kejayaan HJB belia telah berjaya menarik penajaan yang besar (kalau ikut kenyataan media KBS) dalam bentuk tajaan tunai, barangan dan operator program sekali gus melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak RM28juta.




8.        Sekaligus memberikan satu keyakinan bahawa pada masa-masa akan datang HJB ini dapat dilaksanakan atas inisiatif swasta dan tidak lagi melibatkan perbelanjaan kerajaan. Inilah hasrat dan semangat penganjuran HJB pada tahun ini yang kesemuanya berpaksikan kepada slogan “Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini” .


Hmmm ...... Alhamdulillah, generasi muda Malaysia telah menerima baik HJB pada tahun ini dengan memberi idea, buah fikiran, menyertai dan merebut peluang menghadiri perhimpunan yang terbesar pernah diadakan di Malaysia dengan aman dan berdisiplin.
Share this article

1 Komen:

  1. fakta yg hampa taktau saat azan berkumandang saat tuh juga muzik dimainkan sama kuat dengan azan...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top