

Bangkit Membongkar Realiti.....
Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong semalam memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 – mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.
“Titah dan fatwa tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka,” kata peguam Edmund Bon (gambar) kepada The Malaysian Insider, memetik kes pada 2009.
“Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam,” katanya dan menambah fatwa hanya terpakai kepada umat Islam seperti diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan pada 2009 yang diputuskan oleh tiga hakim dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu; Kerajaan Malaysia (pencelah) & Kes Lain.
Panel hakim pada ketika itu terdiri daripada Hakim Besar Malaya pada ketika ini Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Tun Abdul Hamid Mohamad yang membuat penghakiman terakhirnya. Antaranya, fatwa hanya terpakai kepada penganut agama Islam.
Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.
“Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam,” kata Paulsen.
“Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam.”
Beliau mengatakan terdapat beberapa kes mahkamah dengan jelas menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.
“Islam bukanlah faktor utama yang boleh menafikan hak asasi rakyat Malaysia seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Paulsen.
“Rakyat Malaysia dijamin kebebasan bersuara, berekspresi dan beragama. Semua ini jelas ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Beliau memberikan komen selepas Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mengatakan sensitiviti agama dan status Islam sebagai agama rasmi negara harus dihormati.
“Titah Agong merupakan nasihat. Bagaimanapun, ia tidak membantu kerana apa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu ‘Allah’ adalah perundingan di antara pihak berkepentingan,” kata Paulsen.
Beliau juga mengatakan, Raja-raja Melayu, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pemimpin Kristian harus duduk bersama bagi menyelesaikan isu ini secara aman.
Semua pihak berkepentingan harus membuang prejudis dan berbincang untuk menyelesaikan isu ini, kata peguam tersebut.
Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari juga berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara berkaitan Islam kerana perkara itu merupakan urusan kerajaan negeri.
“Perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai status di sisi Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
“Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di tangan negeri-negeri dikekalkan oleh Perlembagaan Persekutuan.”
Sehubungan itu, beliau menegaskan, apa sahaja pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Pertubuhan Bible Malaysia pada 2 Januari tidak memberi kesan, sama ada kepada umat Islam atau bukan Islam.
Kenyataan Sultan semalam dibacakan ketika berlaku ketegangan di antara umat Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah Alla oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia.
Kepada ROS atau yang mempergunakan ROS, tolong jangan merendahkan imej dan kredibiliti penjawat awam...
KUALA LUMPUR: Hidung Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan berdarah sewaktu beliau ...
Apabila kronisme melangkaui kepentingan umum, maka berlakulah konflik dalam pembuatan keputusan....
Kesian rakyat...... Ingatkan ada perubahan daripada kerajaan baru ni, rupa-rupanya tidak. Sekep...
Keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antaraba...
Isu pengurusan sampah, kesesakan lalu lintas dan penjualan semula tapak bazar pada harga tida...
Pelajar yang terbabit dalam salah laku disiplin, khususnya membuli di sekolah akan dihantar men...
Wowww.... Dua-dua mempunyai "aura" tersendiri. Dua-dua mempunyai pengikut yang ramai di sosial ...
Sejarah tercipta buat anak Malaysia apabila Wan Kuzain Wan Kamal, 18, telah berjaya membuat kem...
POLIS mengesahkan Ketua Unit Media Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin disias...
NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara selama 30...
PUTRAJAYA: Empat buah kereta milik seorang pegawai kanan kastam serta ahli keluarganya terbakar...
Kepada ROS atau yang mempergunakan ROS, tolong jangan merendahkan imej dan kredibiliti penjawat awam...
KUALA LUMPUR: Hidung Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan berdarah sewaktu beliau ...
Dari Mahkamah : Siapa MO1 1MDB Akhirnya Terjawab. Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol mengaku diala...
UMUM mengetahui dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, sekurang-kurangnya 95% kaum Cin...
Sikap tidak sensitif penganjur Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay F...
Jahil sungguh sebahagian orang Melayu yang bergelar dan berjawatan apabila berkata tutup sekola...
Jahil sungguh sebahagian orang Melayu yang bergelar dan berjawatan apabila berkata tutup sekola...
Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas bakal menimbulkan lebih banyak keresa...
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengetepikan hukuman penjara lima bulan 22 hari ke atas V...
PEMAIN badminton negara Lee Chong Wei menafikan dirinya terlibat dalam rakaman video seks yang ...
Satu jam lebih punya dialog saya bercakap mengenai bola sepak dan isu-isu semasa, tetapi ayat g...
Tunku Ismail mengguris Hati Peminat. Itulah tajuk di akhbar KOSMO hari ini yang menarik minat p...