Nuffnang

KISAH BENAR : "OPS RAMBO II" - KISAH DARI VETERAN!!




Berlatar belakangkan seorang tentera komando Filipina berbangsa Suluk yang dilatih oleh US Marine. Beliau telah menembak mati seorang Datuk Bandar dan di hadapkan ke Mahmakah Tentera Filipina. Bagaimana pun beliau dapat meloloskan diri setelah menembak seorang pegawai tentera berpangkat Jeneral yang mengadili perbicaraan di dalam Mahkamah Tentera dengan bantuan keluarga dan rakan2. 

Di situ berlakunya kejadian tembak menembak dan pengeboman di kawasan mahkamah. Beliau melarikan diri dengan dibantu oleh rakan2 menyeludup masuk ke Sabah secara haram dan bersembunyi di Pulau Jampiras dan akhirnya membina penempatan baru di sebuah pulau bernama Kg. Semangat (berhadapan dengan jeti di Pejabat Pos, Sandakan). 



Pengalamannya sebagai seorang anggota tentera terlatih telah membantu Rizal dalam mengukuhkan kubu serta penempatan kumpulannya dengan begitu taktikal. Selama menjadi pelarian dan pendatang asing tanpa izin, beliau telah menjalankan aktiviti2 penyeludupan dan melanun kapal2 dan perahu nelayan. Kumpulan Rizal juga banyak melakukan rompakan di laut serta menguasai penyeludupan rokok kretek dan merupakan pembekal utama dari Sandakan – Lahad datu –Kunak – Semporna di ketika itu. 

Kerjasama sempadan antara polis dan tentera Malaysia dengan Filipina telah di adakan untuk operasi memburu dan menangkap Rizal Aleh . Maka Ops Rambo 1 di awal 90’an telah di jalankan oleh pihak Regimen Gerak Khas (RGK) namun usaha misi yang hampir berjaya itu tidak berhasil kerana tipu helah dan kemahiran Rizal meloloskan diri di samping bantuan dari ahli2 kumpulan beliau. Rizal Aleh juga di ketahui mempunyai pelbagai ilmu kebal dan boleh berubah rupa bentuk fizikal (itu adalah lapuran yg di berikan oleh pihak risikan).

Maka pada April, 1992 Pasukan Komando VAT69 di arahkan untuk mengambil tugas menangkap hidup Rizal Aleh bersama kumpulannya. ASP. Mohd. Noor Razak telah di berikan mandat untuk menubuhkan sebuah pasukan dalam usaha menjayakan misi “Ops Rambo II”. ASP. Mohd. Noor telah memilih keanggotaan seramai 24 orang terdiri daripada pegawai dan anggota VAT69 dari Bravo Sqdn untuk menjalani latihan di kawasan paya bakau sebagai menghadapi keadaan mukabumi di kawasan kubu Rizal. Ops Rambo II juga merupakan sejarah baru bagi VAT69 dengan penglibatan Unit Selam Tempur yang baru di tubuhkan pada ketika itu.

Tanggal Jun, 1992 “semboyan perang” yang di tunggu2 oleh “The Silent Killer’s” kini tiba ketika mereka sedang asyik bermain bola jam 2 ptg. Setelah mendapat taklimat ringkas semua anggota dan pegawai membuat persediaan dan menaikkan kelengkapan ke dalam kenderaan masing2 dan terus berangkat ke BA dari pengkalan VAT69. Taklimat gerakan di berikan di Bilik Gerakan BA dan seterusnya VAT69 di terbangkan khas secara “sulit” ke bumi Sabah. 

Setelah mendarat di Kota Kinabalu VAT 69 di sambut oleh sekumpulan pasukan Cawangan Khas yang menguruskan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan yang mengambil masa berjam2 dan bertukar2 kenderaan untuk mengaburi kehadiran “The Silent Killer’s”. Semua pergerakan adalah rahsia dan hanya pihak Cawangan Khas tertentu sahaja yang mengetahui pergerakan VAT69 di sana. Seperti biasa… VAT69 dengan di bantu oleh Cawangan Khas telah mengumpulkan pelbagai maklumat dan pelbagai rancangan dengan mengambil kira berbagai faktor..


Apakah kisah persiapan dan perancangan “The Silent Killer’s” seterusnya….

Ikuti sambungannya seterusnya…..


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top