KUALA LUMPUR 15 Jun - Lima belas individu termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ditahan kerana menyertai flashmob Black 505 di hadapan sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas enggan bersurai sejak tengah hari tadi apabila diarahkan polis berbuat demikian.
Antara yang ditahan termasuklah aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edi Nor Riduan dan aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee.
Flashmob Black dianjurkan sebagai persediaan menjelang Himpunan Suara Rakyat Black 505 pada 22 Jun ini.
Siri jelajah akan turut diadakan di Ipoh (17 Jun), Sungai Besar (18 Jun), Puduraya (19 Jun), Temerloh (20 Jun) dan KLSCAH (21 Jun)
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....