Nuffnang

LAHAD DATU : BAHAYA TANGANI CARA LAMA!



SHAH ALAM: Jika konflik di Lahad Datu dikendalikan dengan cara lama, kita akan berada dalam bahaya.

Begitulah pandangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam ketika memberi respon tentang keadaan di Lahad Datu.

Kata beliau, konflik ini bukanlah sekadar ‘peperangan’ yang melibatkan tembak-menembak, malah ia merupakan satu perang psikologi.


“Peperangan ini berkait dengan kesejahteraan penduduk di sana (Sabah). Apa yang ingin anda lakukan terhadap mereka? Mereka (orang Suluk) semua di sana.

“Jika mereka bertindak negatif, dan anda menganggap semua Suluk sebagai musuh... anda dalam bahaya,” kata Tun Musa kepada pemberita selepas sesi dialog ‘Bicara Minda’ di Kompleks Karangkraf pada Selasa.




Katanya, konflik ini memerlukan kajian yang mendalam kerana situasinya sangat serius dan terdapat lebih ratusan ribu Suluk di Sabah.

“Kita tidak boleh ambil ringan perkara ini. Kita tidak boleh merayakannya terlalu awal. Kita perlu sedar isu ini belum pernah berlaku,” kata beliau.

Sebelum itu, Tun Musa diminta mengulas tentang cara pengendalian kerajaan terhadap Lahad Datuberbanding Memali.

Beliau yang juga bekas Menteri Keselamatan Dalam Negeri sewaktu peristiwa itu (Memali) berkata, tugas tersebut sangat mencabar dan jika seseorang tidak dapat memikulnya, ia boleh membahayakan keadaan.

Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 pernah mendapat perhatian negara suatu waktu dahulu.

Insiden tersebut mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain serta penahanan beratus-ratus orang.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top