Nuffnang

SAYU DAN PILU - SURAT TERBUKA ISTERI ANGGOTA KESELAMATAN

Aduh.... Sayu dan tersentuh BB membaca surat terbuka dari seorang wanita yang menjadi isteri kepada anggota polis. Benar apa yang diluahkan oleh wanita ini. Betapa perit mata memandang, perit lagi dirinya yang menanggung.


Sebenarnya, surat ini telah diemailkan isteri seorang anggota keselamatan ini kepada blogger HAZREY. Tetapi BB terpanggil untuk berkongsi bersama pembaca BB luahan wanita yang menyentap perasaan bagi kita yang normal.




Assalamialaikum wbt.


lapan orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. aku? bukanlah sebahagian dari ahli keluarga,

bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka,

bukan juga seorang yang pemimpin, artis atau orang politik. aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.

ya, bukan anggota polis yang berpangkat tinggi....cuma anggota bawahan. seorang isteri anggota keselamatan. yang sering ditinggalkan suami,sebulan,dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata.


begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di sulu,selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara. mungkin teori tersebut di ambil dari filem filem perang,jenayah sahaja. ya,selepas melihat filem tersebut anda memang fasih tentang nama senjata,tentang teknik itu teknik ini. 

baju kalis peluru,bom itu bom ini. wah, sungguh layak kalian mengajar anggota tentera dan polis bukan? tapi sayang,kalian hanya hebat setakat di dalam facebook,blog atau kedai kopi. tapi, kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa? kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti penghimpunan bersih,demokrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota polis kita? ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja?


sekadar bercakap,siapa pun mampu,buka mulut luas luas hembus sahaja perkataan yang hendak dikeluarkan. cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan untuk menjaga keamanan, berada di tempat kami sebagai isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang antara hidup dan mati bila keluar bekerja. 
berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu rumah,sambil berlari-lari memeluk...tapi akhirnya...yang dipeluk cumalah sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.


Ini kisah anggota PDRM dan ATM........ 


yang gaji sudahlah tak seberapa, kerja tanpa mengira waktu, 
cuti bukanlah hak mereka, anak isteri cuma suku dari kehidupan,
tapi hidupnya di sumpah seranah setiap hari...tak ada seorang yang sudi berbaik sangka kepada mereka. buat roadblock dikatakan mencari duit kopi. tahan kereta ditepi jalan yang mencurigakan dikatakan tahan nak minta habuan. bila ada demokrasi,mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara...kalau kes dalam penyiasatan dikatakan tidur tidak buat kerja.


bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda? 
diri anak isteri anda? paling menyedihkan....yang celakanya.... kisah ini sebahagian dari modal politik!! apa mungkin kau ingat nyawa manusia ini sama seperti kisah-kisah celaka kau kah? siapa suka,berdiri di tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara, tinggal anak isteri dirumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya, sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam.


kau suka? kalau suka mohon kerja polis. 
cubalah rasa bagaimana peritnya. bagilah pula anak isteri,ibumu berada ditempat kami yang mana setiap kali suami,anak,adik lelaki berkerja kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram. jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah,perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga.


aku punya anak, sejujurnya...aku sentiasa mengatakan kepada anakku. bila besar nanti jangan jadi polis dan tentera...bonda tidak mahu rasa perit ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita. 

kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli, sudahla tiada masa untuk anak,isteri dan keluarga gaji pula sangatlah tidak setimpal dengan kerja tapi, jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada apa yang mampu melawan setiap takdirnya dan, aku terfikir sejenak. mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja.


wahai kalian keturunan perajurit kita,kuatlah!! tidak apalah kalau dunia tidak henti mengata dan menghina kita, kita lebih mengetahui dan kenal siapa suami kita, siapa anak kita, siapa adik-adik lelaki kita... 


semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita.


Share this article

39 Komen:

  1. terima kasih kerana sudi menyiarkan surat saya,
    http://ladiesriders.blogspot.com/2013/03/blog-post.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbaek kak....

      Padam
    2. kak..sya pn rsa..suami sya di sbah skg..dh hmpir 4 bln sya xjmpa dia..dia pda mulanya operasi di sabah,skg di arahkan stanby di sna..hnya doa yg mngiringinya...sya amat mmhami...

      Padam
    3. Surat yg terbaik kak..sama2 kita mendoakan keselamatan anggota kita dan suami2 kita walaupun di mana mereka berada.. walaupun keringat mereka dicaci dan hina.

      Padam
  2. Ku rasa apa yang kau rasa. Tq

    BalasPadam
  3. sedey....aku anak polis, walau pun abah dah pencen tapi adek2 lelaki ku meneruskan perjuangan abah...memang laa...kalau kata polis jer...org x pandang pun...aku dah rasa semua tuu....huhuhuhu...

    BalasPadam
  4. begitulah apa yang kami rasa...isteri polis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy jga sebagai seorg isteri kepada anggota pdrm merasa spt yg anda rasa,terhiris perasaan pabila org mengata suami ni itu ini,...hati x tenang bila suami sdh pergi krja krana krjanya hnya untk hidup @pun mati...d tmbah lg dgn anak2 yg bertanya bila suami x balik hati jadi sayu dn sedih,mereka menanti kepulangan ayah merka dgn xtahu apa2pun tntang krja ayahnya...perasaan ni hnya istri dn keluarga seorg snggota polis saja yg rasai dn tahu..

      Padam
  5. pedulikan kata manusia..tp kan Allah pandang..besar ganjaran nanti...buat anggota atau keluarga ,,,'bila tuhan bg SATU kesusahan Dia akan beri pula DUA kesenangan nanti...'

    BalasPadam
  6. Pengorbanan seorang isteri...mcm aku ni isteri polis merangkap anggota polis llagi la xde msa utk keluarga 24 jam sehari

    BalasPadam
  7. enam bulan tidak bertemu mata..hanya mendengar suara..hanya kita y tahu dan rasa kperitan smua ni...isteri tentera..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum

    Sejujurnya..keluarga saya juga keluarga tentera. Dan kami juga terasa apa yang penulis surat ini rasa. Tapi,bila menulis biarlah adil. Maksud adil adalah melatkkan sesuatu pada tempatnya. Adalah tidak adil penulis meletakkan contoh perhimpunan bersih atau sebarang perhimpunan aman sebagai model. Ini akan meletakkan taraf surat ini lebih kepada politik sebelah pihak. Sepatutnya buat satu seruan agar semua pihak menghormati tugas pasukan keselamatan.

    Suami saya tentera,seorang penyokong pakatan rakyat dalam diam.Dan ramai lagi di luar sana yang menyokong PR. Kita bebas memilih sesiapa saja yang boleh menjamin masa depan. Kami hanya taat pada Yang di pertuan Agong,bukannya parti2 politik.

    Jangan kita menilai pembacaan blog2 atau FB. Contoh.Tian Chua - Komando mati katak. Suami saya pernah pergi ceramah beliau untuk mendengar sendiri dari mulutnya. Apa yg suami dengar sangat memeranjatkan. Terperanjat kerana selama ini pembacaan suami dalam media sangat berbeza dengan apa yg di ucapkan oleh Tian Chua.

    Saya fikir,mesti ada yang marah dengan tulisan ini. Tapi itulah saya ..seorang isteri kepada anggota tentera yang sedang bertugas di lahad datu. Ya Allah..selamatkan suamiku .. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dgn pndapat di atas...letakkan sesuatu pada tempatnya...jgn nilai semua org adalah sama meskipun brbeza latar blkg politik...

      Padam
    2. maaf puan..mmg betul msing2 bebas memilih..tp,adakah berfaedah buat demontrasi tersebut?apbila polis,fru mengawal,mereka di lemparkan tuduhan,cacian dan makian spti 'anjing krajaan'..penulis di sini mksudkan apa kerja yg polis,askar lakukan,semuanya nk di kaitkan dengan parti politik UMNO/BN..walhal,mereka hanya mengikut arahan kerajaan sediaada dan mereka juga hanya taat pada DYMM Agong..cuma harapan penulis,janganlah di pandang remeh egala pengorbanan mereka..andai pemimpin tersebut dan org ramai beri kata2 semangat kepada mereka,ianya tak menjadi isu..tapi,tu lah,sebaliknya yg terjadi/mereka lakukan..

      Padam
    3. sy setuju mmg setiap org ada pndpt n pahaman masing2. stiap org punya hak utk memilih...tp yg sering menghina pdrm adalah pr... ada apa2 dlm negara yg bkaitan pdrm mesti pdrm diperendahkn n dkutuk mati2an.. shingga sggup merendah2 org lain atau pdrm sperti anjing n sbagainya...apa yg ditulis pnulis ini apa yg dia rasa..kta xperlu pertikaikn...

      Padam
    4. Awak akan rase bila suami awak terjadi seperti diatas. Pada masa tu Pemimpin-pemimpin PKR akan kutuk Polis & Askar kerana tidak professional dengan alasan untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Pada masa itu hanya hati awak saja yang tahu betapa sakitnya. Masa tu baru awak sedar tak ada guna nyer menyokong parti politik

      Padam
    5. ceh..nama pun PR,putar belit pandai la

      Padam
    6. ya, Tian Chua memang baik, dia yang bagi daging korban masa raya haji dulu, dia yang berpuasa masa bulan ramadan dulu, dia yang jadi kepala langgar sekatan polis masa bersih dulu, dia yang tolong tengok askar yang mati dilanggarnya di Johor dulu, dialah segalanya... kalau kat blog tulis lain, kat ceramah cakap lain, apa maknanya? ikhlas ke? bukan marah, cuma minta gunalah kurniaan Ilahi iaitu akal untuk fikir,orang yang mengeji dan mencaci kita untuk disokong dan diangkat menjadi pemimpin

      Padam
  9. sy juga sebagai anggota polis tau ape yg akak rase n yg kami rase...demi agama, bangsa dan negara kami sanggup berjuang walaupun gugur ke bumi, rambut sama2 hitam tp hati lain-lain..lumrah dunia kak...kita hanya manusia hanya mampu berdoa n berserah pd yang maha esa, semoga ape yg kita lakukan didunia ini kita akan dpt ganjaran diakhirat nanti...in shaa allah..

    BalasPadam
  10. sy bangga jd anak polis

    BalasPadam
  11. Sudah lumrah kehidupan sebagai anggota polis,kita kena bersedia dari segala segi klu dah jadi polis,isteri polis dan anak polis.Polis pun ada yg baik dan ada yg tak baik,yg tak baik yg ni lah mencemarkan nama polis.masyarakat memandang yg ini drp yg lain.klu kita xckp bersedia langkah terakhir berhentilah jadi polis.

    BalasPadam
  12. Mati Syahid , janji Allah untuk suami2 anda di medan Lahad Datu. Perlukah bersedih dan berduka dengan kritikan dan komen orang lain.

    BalasPadam
  13. Semua Janji2 Allah Adalah Benar..tapi kita tetap manusia biasa yg punya perasaan...jd sebelum komen sesuatu bertimbang rasalah kerana jika tulisan atau percakapan kita menyakiti org lain, AWAS kerana Allah akan membalasNYA, Kerana Janji2 ALLAH adalah BENAR belaka

    BalasPadam
  14. berkerja siang malam x kira masa.. jadual kerja hanya pameran sahaja.. walhal kerja sebenar x kira masa.. 24 jam selesaikan maslah org... cuma terima kasih balasan yg dipinta.. isteri mengadu..siang malam. keluar kerja 8 pagi.. balik kol 4 pagi hari2... waktu tidur sangat singkat... untuk rakyat,untuk negara... orang kata polis anjing...aku terus sekeh kepala.. padan muka.. hidup pdrm.. pada mu aku berbakti...

    BalasPadam
  15. Saya bangga jd anak polis...biarlah apa org nk kata especially PR..sy tetap sokong polis.

    BalasPadam
  16. Sy merasakn benda yg sama spti penulis...ayah n suami seorg anggota tentera termasuk adik beradik sy memilih bidang dlm pertahankn negara...siap sedia berkorban demi negara,kdng2 wktu untk ank n isteri di ketepikn demi mu Malaysia...mudah2an Allah lindungi pejuang2 negara kita walau di mana mereka berada...amin...

    BalasPadam
  17. Salam ... Emak sekeras-kerasnya melarang anak-anaknya menjadi tentera, cukuplah arwah ayah kamu saja jadi tentera.
    Wallahualam.. hanya ibu yg tahu sebabnya..

    BalasPadam
  18. Sebaik sahaja seseorang itu membuat keputusan untuk masuk dalam pasukan keselamatan,,,,, mereka telah di beri satu surat akuan iaitu akujanji.... bersumpah akan taat setia pada pasukan , menjaga rahsia kerajaan dll.... maka seharusnya kita iaitu sebahagian dari ahli keluarga secara auto terikat dalam peraturan yg sama.... k. sekiranya begitu berat beban di hati rayu pada suami minta tukar ke cawangan yg lain yg tidak memerlukan mereka berjauhan selalu dari keluarga.... k... pilihan di tangan anda.... pihak pengurusan sentiasa menjaga kebajikan pegawai dn anggota... janganlah salah faham dengan kerjaya pasukan keselamatan....tampa mereka siapalah kita ini... siapa yg menjaga di saat anda semua lena di ulit mimpi. sekurang-kurangnya tolonglah bersyukur kerana anda di lahirkan dalam sebuah Negara yang begitu aman dan selamat iaitu NEGARA MALAYSIA. TQ.

    BalasPadam
  19. ku doakan kesejahteraan dn keselamatan semua Perwira2ku smoge sentiasa dilindungi olehNYA...In shaa Allah...Utk Admin,kesabaran dan ketabahan menerima segala dugaan dariNYA ade hikmahnya...Rahmat Allah sentiasa disisi mu...In shaa Allah..(Y)

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum sume..Ini semua adalah Qada dn Qadar(ketetapan dn perlaksanaan) ALLAH...same2 la kite bermuhasabah dri dn memohon keredhaan dariNya...In shaa Allah,..kite akn dberi petunjuk.dn jgnlah kite asyik mnyalahkn satu same ln...sedarlah Saudara Islamku..kpd Perwira2ku.ku doakan keselamatan drimu,smoge sntiasa dlindungi olehNya....p/s:jika tulisan atau percakapan kita menyakiti org lain, AWAS!!! Allah akan membalasNYA, Kerana Janji2 ALLAH adalah BENAR belaka

    BalasPadam
  21. malaysia ttp akan terus kukuh d persada dunia....

    BalasPadam
  22. saya anak anggota polis..mmg benar masa kecil2 dulu x kiralah cuti sekolah..cuti raya...kami x dpt pulang ke kg kerana abah bekerja..kekdg sedih juga tgk kwn2 boleh pergi bercuti melancong ke sana sini..walau apapun saya sgt bangga saya anak anggota polis...luv u abah...

    BalasPadam
  23. saya anak kepada bekas tentera... org tua saya pernah trlibat melawan insurgensi...zaman kanak2 saya banyak kali ditinggalkan bapa....byk negeri saya pernah tinggal...bg kanak2 seperti saya apalah sgt merasa bila ketiadaan bapa tapi IBU saya???..kita tak tahu apa dlm hati dia...bg generasi slps saya yg menikmati zmn penuh kemewahan takkan mengrti apalagi generasi zmn siber ni...mrk yg bukan famili dikalangan anggota keselamatn blh berkata apa2 sj...saya bekas anggota wataniah kami diajar taat kepada pemerintah tertinggi ATM iaitu YD Pertuan Agong bukan kpd mana2 organisasi atau org2 politik...hrp maaf

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa-apa pun si penulis ke..si pengomen ke... kita perlu ketahui....siapa pun pemerintah kita...polis dan tentera tetap teguh seperti biasa. seharusnya jangan di campur aduk kan...2 organisasi keselamatan ini dalam politik...kepayahan menjalani kehidupan tanpa privasi lumrah kepada mereka ini..saya askar melayu seluruh negeri di malaysia habis di jejaki... beberapa negara di eropah dan afrika saya terlbat dalam misi....

      Padam
  24. Jangan politikkan semuanya... Hadui... Ckit isu terus politik.. Boleh kah komen tanpa menyebut sedikitpun isu politik wlupn hnya nma mereka? Hormat la sikit perasaan sayu surat d atas....

    BalasPadam
  25. Dengar ceramah ngan tulisa lain wahai isteri tentera menyokong pakatan.aku ada masa bersih dan aku salah seorang anggota polis yang terperangkap di sogo.aku tahu apa yang terjadi masa bersih 3.dengar dan alamisendiri alin wahai isteri anggota tentera yang menyokong anggota tentera.nakmenyokong parti mana sekalipun itu adalah hak masing masing tetapi jangan sampai gadai maruah pasukan.jangan jadi penyokong yang bodoh dan senang di perbodohkan dengan katakata manis pemimpin.kenalilah siapa bakal pemimpin kita.

    BalasPadam
  26. we 're in the same boat sis..rasa apa yg sis rasa..sakit dan pedih bila polis d gelar sedemikian rupa...bagi yg pengomen yg x faham apa yg cuba dsampaikan oleh penulis..tolong baca betul2 setiap bait ayat yg di tulis..xde pn unsur politik dlm srt tu??kenape??sebab penulis tu petik pasal Bersih terus d cap sebagai politik ler??oii..cuba la faham betul2 apa yg penulis nk sampaikan..penulis nk beri gambaran tugas..pengorbanan polis buat ms demonstrasi Bersih ntah ape2 tu!hurm...kalo pn suami puan tu tentera yg fahamn politik nya kepada pembangkang..lantak lah..tapi kena akur dan setia pada ikrar nya semasa menerima tugas sbg anggota tentera..jgn plk bila msk parti pembangkang..maruah dan rahsia negara d gadaikan..so think bout it..saya slh seorang isteri anggota polis..jd sy fhm sgt tgs suami sy..dn seharusnya puan faham apa yg d rasakan isteri2 anggota..

    BalasPadam
  27. penyokong2 dn pemmpin Pakatan Rakyat selalu kata anggota keselamatan kita Polis dn tentera kita sebagai ANJING.sedang kan pasukan keselamatan kita mnjaga keselamatan mereka juga siang dn mlm. tp mereka (puak PR) tak pernah nk mnghargai jasa perwira negara.mereka mengangkat pengganas komunis sbgai wira. apa saja pasukan polis dn tentera kita laksanakan mereka (puak PR) mengatakan sandiwara.anggota keselamatan (polis dn tentera) kita terkorban pun puak PR ni kata sandiwara

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top