Nuffnang

Jangan Dipolitikkan Hal-Hal Yang Berkaitan Keselamatan Dan Aset Pertahanan Negara!!!

Hal-hal berkaitan keselamatan dan aset pertahanan negara tidak boleh dipolitikkan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara. kesan daripada elemen-elemen yang dipolitikkan itu secara tidak langsung telah mendedahkan rahsia keselamatan dan kesiapsiagaan negara kepada musuh yang tidak dikenali.





Dulu kita tahu siapa musuh kita, dulu ada musuh tradisional tapi sekarang tidak ada lagi, hanya bukan ancaman tradisional. Oleh itu, dalam hal-hal bersangkut paut dengan keselamatan dan aset pertahanan tiada kompromi untuk dipolitikkan, yang lain boleh dipolitikkan tapi tidak keselamatan negara dan aset pertahanan kita.

Anggota tentera termasuk tentera laut, tentera darat mahupun tentera udara tentu berasa terkilan atau kecil hati sekiranya isu ini dipolitikkan kerana mereka telah mempersiapkan diri untuk menerima teknologi terkini dalam pertahanan negara.

Kerajaan sememangnya mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan dalam proses perolehan ketenteraan dan aset pertahanan negara. tidak ada satu pun perolehan yang tidak mengikut arahan perbendaharaan, cumanya dalam sesuatu perolehan aset yang melibatkan perkara-perkara rahsia, akan ada satu pasukan yang akan menilai tiap-tiap satu aset mengikut teknologi yang dinyatakan.

Keperluan teknologi itu perlu dipenuhi mengikut keperluan dan kehendak pengguna berkenaan sesuai dengan kewangan negara. Jadi tidak timbul perkara-perkara yang dibuat tidak mengikut arahan perbendaharaan atau perkara yang diluar peraturan yang telah ditetapkan,

Usaha kementerian dalam meningkatkan sistem pertahanan negara adalah berpandukan kepada pelan pembangunan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau Pelan 4th Dimension Malaysian Armed Forces (4D MAF) yang merupakan landasan untuk tempoh jangka panjang, 2009-2020 dan seterusnya. Strategi pembangunan ini sejajar dengan konsep pertahanan yang termaktub dalam dasar Pertahanan Negara (DPN) serta Strategi Ketenteraan Negara (SKN).

Justeru, proses penambahan kekuatan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui rancangan jangka pendek dan jangka panjang sejajar dengan perkembangan teknologi semasa melalui perolehan aset pertahanan yang berteknologi terkini bergantung kepada kemampuan kewangan negara.

Sebagai langkah menambah kekuatan jangka pendek, program modenisasi dan pemanjangan jangka hayat atau Ship Life Extension Programme (SLEP) beberapa buah kapal, TLDM sedang dilaksanakan untuk memastikan peralatan kapal-kapal tersebut digantikan dengan yang terkini bagi menangani isu keusangan untuk menjadikan aset-aset ini lebih efektif untuk dioperasikan.

Bagi proses memperkuatkan armada laut untuk jangka panjang pula ialah melalui perolehan enam buah Offshore Patrol Vessels (OPV) yang dilakukan dalam Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8) dan RMK-9, dua buah kapal latihan dalam RMK-10 dan diikuti dengan rancangan perolehan enam buah kapal perang Littoral Combatant Ship (LCS) yang telah diluluskan dalam RMK-10 dan sebahagian dalam RMK-11.

Kekuatan TLDM bukan sahaja terletak kepada aset yang berteknologi tinggi tetapi ia hendaklah berbekalkan modal insan yang berkualiti untuk menghasilkan satu angkatan yang kredibel agar mampu melaksanakan peranan dan fungsi dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara serta kepentingannya.

Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top