Nuffnang

TERKINI!!! GEMPUR Terakhir Dalam 48 Jam Di Ops Daulat!!!



Penambahan kekuatan dan aset perang dalam Ops Daulat oleh Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) memberi petunjuk bahawa itu mungkin gempuran terakhir dalam tempoh 48 jam ini bagi menamatkan terus krisis pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.




Menurut maklumat (SUMBER) yang diterima, adalah difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’.


Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.


Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.





Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.


Adalah difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.


Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.





Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.


Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.


Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawk telah digunakan.





Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.


Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakkan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.

Pada masa ini, difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil.

Share this article

5 Komen:

  1. SELAMAT BERJUANG SEHINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR. SAPU BERSIH SEMUA PENCEROBOH NEGARA BERDAULAT.
    HAPUSKAN JUGA PENGKHIANAT-PENGKHIANAT DALAM NEGARA SEHINGGA KE AKAR UMBI SUPAYA RAKYAT BOLEH HIDUP DENGAN AMAN.
    SEMOGA ALLAH S.W.T. MEMBERKATI PENGORBANAN PDRM DAN ATM.

    BalasPadam
  2. SELAMAT BERJUANG PAHLAWAN-PAHLAWAN NEGARA...TIADA PENGANAS DARI MANA PUN BOLEH MEMILIKI BUMI BERDAULAT INI..TABIK HORMAT KEPADA SEMUA TENTERA YANG BERKORBAN DEMI KEAMANAN NEGARA. TERIMA KASIH BANYAK..ALLAH SAJA DAPAT MEMBERI GANJARAN SETIMPAL UNTUK KALIAN

    BalasPadam
  3. semoga allah memberkati perjuangan wira2 kita.moga keamanan negara kita kembali seperti sediakala.......syukur kepadaMU.......moga pengorbanan kalian akan memperoleh keberkatan dariNYA.....ya allah,lindungilah perwira negara dlm pertempuran mereka dan berilah kekuatan kpd mereka......aminnn...

    BalasPadam
  4. Selepas Op Daulat, perlu ada Op pembersihan bagi menghantar pulang ke Negara asal semua PTI yang berada di Sabah. Bagi mereka yang telah diberi taraf kerakyatan Malaysia tetapi bersubahat (menjadi tali barut) kepada penceroboh perlu diambil tindakan tegas. Taraf kerakyatan mereka (warganegara atau penduduk tetap) perlu ditarik balik dan mereka perlu dihantar ke Negara asal selepas menjalani hukuman. Setelah itu, kawalan di sepanjang kawasan keselamatan sabah yang dikenali sebagai ESSCOM perlu diperketat bagi mengelakkan bukan sahaja kemasukan PTI tetapi juga bagi mengelak kejadian yg sama berulang. Perlu diingat, jika kita lalai lagi, musibah yang bakal datang pada masa akan datang sudah pasti lebih besar dari sekarang. Jika kawalan dapat diperketat sudah pasti penjualan rokok tanpa cukai dan CD lucah yang pada masa ini amat berleluasa terutamanya di kawasan pantai timur Sabah, tidak berlaku. Rumah-rumah/pondok-pondok setinggan yang banyak dibina sendiri oleh PTI perlu dirobohkan. Saya bersetuju dengan saranan Tun Mahathir supaya perumahan di atas air (Kg2 Air) dipindahkan ke darat (adakan penempatan/perumahan khas), supaya aktiviti penyeludupan manusia dan barang2 mudah dipantau dan dipatahkan. Kerajaan perlu tegas (tidak ada kompromi) dalam hal ini.

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaMac 15, 2013 2:16 PTG
    SANGAT BERSETUJU DENGAN ANDA. TOLONG AMBIL PERHATIAN.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top