Pertelingkahan berlaku di sana sini. Peperangan berdentam dentum di seluruh alam. Malangnya peluru umat Islam ditujukan kepada saudara mereka. Angkara siapa. Siapa dalangnya. Di Somalia, Palestine, Timur Tengah hingga ke Asia Tenggara. Di mana ada umat Islam di situ ada peperangan. Tidak kedengaran berlaku peperangan antara Kristian dengan Kristian kecuali pertelingkahan di benua antara Protestan dan Khatolik tetapi tidak membawa perpecahan kepada seluruh penganut Kristian.
Peristiwa di Tak Bai Thailand dan sehingga sekarang di selatan Thailand, yang menjadi mangsa peluru ialah muslim.Peristiwa di Ambon beberapa tahun yang lalu, mangsanya adalah muslim. Di Pakistan, Afghanistan, Iraq dan yang terkini ialah di Lahad Datu Sabah. Muslim halakan peluru mereka kepada saudara mereka. Alangkah baik jika tentera Sulu halakan peluru mereka kepada tentera Kristian di Philipina. Manila yang telah lama menzalimi mereka.
Tidak salah jika kita katakan bahawa insiden di Sabah adalah mainan musuh-musuh Islam untuk melagakan ummat Islam di mana-mana mereka berada. Tentera USA berada di mana-mana tempat seluruh pelusuk alam. Perlu diketahui anggota tentera USA memiliki dua kewarganegaraan iaitu USA dan Israel.
Semasa mereka berada di Saudi dulu pernah memohon untuk menziarahi Lembah Khaibar tempat datuk nenek moyang mereka dihalau oleh Rasulullah saw kerana mengkhianati perjanjian. Tidak mustahil angkara mereka disebalik tabir untuk porakperandakan negara-negara Islam di Asia Tenggara dengan melaga-lagakan ummat Islam di kawasan ini.
Tapi persoalan yang harus di jawab ialah kenapa ianya berlaku. Muslim halakan peluru kepada saudara mereka. Ingatlah musuh kita yang utama adalah Yahudi dan Nasara. Ummat Islam dijadikan objek senjata-senjata baru mereka. Umat Islam dijadikan bahan uji kaji kecanggihan teknologi senjata mereka.
Maka ummat Islam perlu kepada penyatuan kekuatan. Kembalikan semula khilafah Islamiah untuk memenuhi tuntutan syarak dan amanah Allah Taala. Khilafah yang bertanggungjawab menjaga agama dan ummah. Pernah seorang khalifah menghantar satu ketumbukan tentera hanya membela seorang wanita muslimah yang di aibkan oleh pemuda-pemuda Yahudi di pasar ketika berniaga mencari sesuap rezeki di sempadan. Inilah kehebatan khilafah Islamiah. Mengurus , mentadbir, membela ummah dan agama.
Oleh :
Sharipudin AB Kadir
Pensyarah di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands
sudah-sudah lah menyalahkan bangsa lain kalo suda memang umat islam nie suka berperang....
BalasPadam