
Malaysia Kejutkan Korea

IPOH, 10 Mac - Malaysia membuka langkah kanan pada kempen Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah dengan penuh bergaya apabila mengejutkan Korea Selatan 3-2 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini, Sabtu.
Pemain berpengalaman Chua Boon Huat muncul wira pasukan negara apabila menjaringkan dua gol termasuk gol kemenangan pada minit ke-70.
Skuad negara bimbingan jurulatih Paul Revington mencetuskan semangat penyokong apabila Faizal Saari membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-21 untuk mendahului 1-0 pada babak pertama.
Bagaimanapun, Korea Selatan, yang terkenal dengan semangat kental, kembali pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi Nam Hyun Woo pada minit ke-57.
Boon Huat kemudian meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-68 dan kedudukan itu tidak kekal lama apabila Korea Selatan sekali lagi menyamakan kedudukan seminit kemudian menerusi jaringan Yoon Sung Hoon.
Ketika perlawanan menuju ke masa penamat, Boon Huat menjaringkan gol kemenangan untuk Malaysia membawa pulang tiga mata penuh.
Ketua pasukan negara Mohd Shahrun Nabil ketika ditemui menyifatkan kemenangan itu sebagai hasil sokongan tidak berbelah bagi daripada penyokong.
"Boon Huat yang mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa telah menjadi mentor kepada kami pada perlawanan ini," katanya.
Pada Ahad, Malaysia akan berdepan dengan juara bertahan New Zealand.
Pada edisi tahun lepas, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Tai Beng Hai ketika itu sekadar menamatkan saingan di tempat keenam daripada tujuh pasukan yang mengambil bahagian.
Dalam perlawanan lain, Pakistan berjaya mengalahkan New Zealand 4-3 manakala bekas juara Australia mengatasi India 4-3.
-- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



syawal tanpa keluarga tiga beradik yatim piatu sek...

how much torque and horsepower does a porsche m96 ...

hadiah abel 2025 disandang oleh kashiwara

mikroplastik dalam plasenta dan ovari ancaman kepa...

wawancara alien spesis manusia

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....