Nuffnang

PREBET AHMAD FARHAN WIRA KE 10 GUGUR DI LAHAD DATU



Kota Baharu, 12 Mac - Prebet Ahmad Farhan Ruslan, anggota tentera yang terkorban dalam kemalangan jalan raya ketika mengiringi konvoi menghantar bekalan makanan kepada pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah, hari ini, amat berminat menyertai tentera. 


Bapa saudaranya, Mohd Zaki Ghani, 47, berkataAllahyarham menyertai pasukan tentera dua tahun lepas sebagai mewarisi pekerjaan bapanya, Ruslan Hassan, 50, seorang pesara tentera.


"Arwah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang ketenteraan sejak kecil lagi sebab itu dia amat bersemangat menyertai gerakan dalam operasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh, di sini malam ini.


Suasana sedih dan hiba menyelubungi rumah keluarga itu terutama apabila ibu Allahyarham, Roslawati Ghani, 44, terpaksa dipapah sebaik menerima berita kematian anaknya yang disampaikan oleh beberapa anggota tentera yang mengunjungi rumahnya pukul 3.30 petang ini.


Mohd Zaki berkata Ahmad Farhan, 21, menelefon ibunya minggu lepas menyatakan dia akan memasuki kawasan operasi hari ini bersama anggota Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Sabah.


Mohd Zaki seorang guru yang tinggal di Lundang mendapat tahu kemalangan yang menimpa anak saudaranya itu melalui telefon daripada seorang lagi anak saudaranya.


"Saya bergegas ke rumah kakak saya (Roslawati) kerana khuatir terjadi sesuatu yang tidak diingini apabila menerima berita yang menyedihkan itu, kerana ayah arwah tiada di rumah kerana ada urusan peribadi di Singapura," katanya.


Katanya kali terakhir beliau menemui Ahmad Farhan pada hari raya Aidiladha lepas, sebelum kembali ke kem tempat dia bertugas di Sabah.


"Saya tidak menduga itu adalah pertemuan terakhir dengan arwah yang memang rapat dengan saya dan semua keluarganya," katanya.


Jenazah Allahyarham dijangka tiba pagi esok dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumbuh di sini.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menziarahi keluarga Allahyarham, turut menyampaikan sumbangan wang ehsan sebanyak RM10,000.- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top