Nuffnang

KBS SAMAN MAHFUZ?





MUAR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dakwaan Datuk Mahfuz Omar bahawa Kementerian Belia dan Sukan membiayai lebih 2,000 siri ceramah bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, adalah satu fitnah dan terserah kepadanya jika mahu saman Naib Presiden Pas itu. “Ini satu fitnah, sebagai orang Islam usahlah buat dosa kering dengan membuat tuduhan sedemikian.

“Pas perlu tahu Hasan bertindak seperti ini kerana dia ada keupayaannya dan mempunyai semangat yang kuat untuk  menyebar luas konflik yang  berlaku dalam Pas,” kata Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno ini pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di kawasan Pagoh dan Jorak di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, Pas kini menjadi seperti ‘cacing kepanasan’ dan oleh itu, setiap masalah yang berlaku pasti akan dikaitkan dengan Umno. Menurutnya, beliau sudah mendengar sendiri kenyataan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan nyata dakwaan tersebut tidak benar.

“Pas biasa buat kerja macam itu, apabila parti ini berhadapan dengan masalah pasti akan menuduh Umno. “Sekarang Pas berhadapan masalah kerana Hasan menjelajah seluruh negara dan membawa cerita sebenar apa yang dia (Hasan) tahu yang sedang berlaku dalam Pas,” katanya. Tegas beliau, Pas perlu menghadapinya kerana ini adalah masalah mereka dan tidak perlu menuduh Umno.

Ketika ditanya sama ada tindakan undang-undang akan diambil ke atas Mahfuz, Muhyiddin berkata, beliau menyerahkannya kepada kementerian berkenaan jika mereka menganggap dakwaan tersebut sebagai satu fitnah.

“Tetapi saya hendak beritahu bahawa Pas harus tanggung masalah mereka sendiri dan jangan libatkan pihak lain dengan cara melemparkan tuduhan yang tidak berasas. “Pas juga tidak mahu melihat kelemahan diri sendiri, tidak lihat kekacauan dan kepincangan dalaman parti. Jadi apabila  berhadapan dengan kepincangan ini mereka akan mencari ‘kambing hitam’  dan  Umno menjadi  sasarannya,” katanya. – Sinar Harian
read more...

KBS : SHABERY CABAR MAHFUZ






KEMAMAN, 2 Mac – Tohmahan yang dibuat oleh Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar terhadap Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak berasas lebih bersifat kebudak-budakan, kata Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Menurut Menteri itu, tohmahan tersebut lebih berunsurkan politik serta mahu menutup kelemahan dan kekecohan yang dihadapi PAS terutamanya dalam isu yang mereka hadapi di Kedah.

“Ingin saya nyatakan kenyataan itu tidak ada kebenarannya, tidak berasas dan mungkin beliau kini tidak beberapa sihat dan memerlukan rawatan ataupun kaunseling.“Bagaimanapun saya percaya ramai di kalangan rakan pembangkang mampu untuk memberikan kaunseling kepada beliau termasuk kaunseling pada jam 3 pagi” katanya kepada pemberita di sini.

Datuk Mahfuz dalam satu sidang media antara lain menyatakan bahawa Kementerian Belia dan Sukan telah menggunakan peruntukannya sebanyak RM30 juta untuk menaja 2,000 ceramah yang diadakan oleh Datuk Dr Hassan Ali yang telah dipecat PAS Januari lepas. Shabery berkata jika benar Mahfuz mahu bertanyakan soalan tersebut, beliau patut membawa isu itu ke Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi.

“Kalau beliau mahu mencari kebenaran maka saya bersedia menjawab soalan tersebut di Parlimen.“Cumanya saya risau jawapan yang akan beliau terima itu hanya akan memalukannya, seperti isu peninju muay thai dari Israel yang pernah beliau bawa ke Parlimen, tetapi akhirnya terbukti yang menaja program tersebut adalah kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang.

Shabery berkata, isu yang dibawa oleh PAS ini hanyalah mainan politik PAS yang kian terdesak dan hanya mahu mengalihkan pandangan masyarakat terhadap kelemahan mereka itu.
read more...

BUKAN ISLAM SOKONG BATAL KONSERT ERYKAH BADU

alt

KUALA LUMPUR, 29 Feb - Tindakan kerajaan membatalkan konsert Erykah Badu yang dijadual berlangsung pada Selasa malam di bandar raya ini, juga dialu-alukan oleh bukan Islam.
Para pemerhati berkata tindakan tegas kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu adalah tepat sambil berpendapat sekiranya persembahan itu diteruskan ia akan lebih menyakiti hati umat Islam di samping menggambarkan keputusan tadbir urus yang tidak baik.
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Huazhong), Dr Chin Yew Sin berkata pembatalan itu dibuat bagi menegaskan pentingnya artis antarabangsa menghormati garis panduan yang diberi.
"Jika kerajaan menarik balik pembatalan itu, ada kemungkinan sekumpulan orang ramai membantah keputusan itu, menimbulkan kekecohan di luar dewan konsert, dan oleh kerana beliau superstar antarabangsa, imej Malaysia akan teruk tercemar," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Rabu.


Erykah Badu, 40, yang gambarnya disiarkan dalam akhbar The Star pada Isnin menimbulkan bantahan hebat di kalangan orang Islam di negara ini. Gambar penyanyi funk, hip hop dan soul dari Dallas, Texas itu menunjukkan beberapa lukisan pada badannya termasuk tulisan 'Allah' di kiri kanan badan yang terdedah. - BERNAMA


BB : Demi keharmonian dan keamanan Negara


read more...

JUARA PERTAMA BN YOUTH MUSIC AHAD INI

Penentuan juara pencarian bakat baru menerusi BN Youth Music 2011 kini tiba kemuncaknya apabila 60 peserta daripada seluruh negara dikumpulkan untuk bertarung merebut wang tunai berjumlah RM129,000 serta peluang rakaman lagu bersama syarikat Universal Music.






Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata 25 peserta solo, 20 band dan 15 vokal berkumpulan bakal bertarung pada peringkat separuh akhir Sabtu ini yang akan diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.


Menurut beliau daripada jumlah itu, 12 peserta yang akan mewakili setiap kategori akan layak ke peringkat akhir pada hari Ahad yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pada peringkat separuh akhir dan akhir ini, para peserta yang layak akan mempersembahkan secara “live” dan akan diadili oleh juri-juri yang telah dipilih. Antaranya Jason Lo, Jehan Miskin, Tam Spider serta wakil universal music.
“Ini adalah salah satu pendekatan pencarian mereka yang berbakat dalam bidang muk secara demokrasi. Sebelum ini mereka telah bersaing dengan ribuan peserta lain yang memuatkan hasil karya mereka menerusi “you tube” yang disediakan oleh pihak penganjur

“Kita berharap bintang seterusnya akan dapat dicari dan seterusnya ditonjolka menerusi BN Youth Music 2011 ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Khairy seterusnya menegaskan program seperti itu melambangkang keterangkuman auntuk mendekati golongan muda serta belia yang lain secara lebih meluas serta tidak terbatas dengan cara tradisi.

“Ini adalah salah satu cabang kita untuk mendekati golongan muda dan ini menujukkan kita khususnya Pemuda BN tidak tertumpu kepada politik semata-mata. “Oleh itu, jangan lupa datang untuk menyaksikan secara “live” para peserta yang terlibat pada Sabtu dan Ahad ini untuk melihat secara lebih dekat.

“Dan Insyaallah…jika berjaya Ahad ini, kita akan teruskan lagi program seumpama ini berdasarkan kepada sokongan penaja dan sebagainya. Apa pun sehingga kini sambutan yang diterima amat menggalakkan,“ katanya.

Pada hari Sabtu pertandingan separuh akhir akan bermula pada pukul 10 pagi dan pada pad aperingkat akhir iaitu Ahad, ianya dijadualkan bermula pada pukul 4.00 petang.

Namun sepanjang dua hari berkenaan bermula, pelbagai acara menarik disediakan oleh pihak penganjur. -MediaUMNO
read more...

PEMUDA SEBAGAI KUMPULAN PENDESAK! PERLU ATAU TIDAK???

PETALING JAYA 29 Feb. - Pemuda UMNO tidak lagi wajar menjadi kumpulan pendesak kerana cara itu tidak sesuai untuk mendekati generasi muda sekarang, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.






"Zaman menjadi pendesak sudah tamat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Khairy berkata, walaupun masih ada suara yang mahu Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional kekal menjadi kumpulan pendesak tetapi cara lama itu harus dihentikan jika BN mahu mendapat sokongan golongan muda.

"Pemuda BN membawa pendekatan baru seperti karnival kerjaya dan program mencari bakat untuk mendekatkan BN kepada golongan muda,” katanya.

Khairy berkata, pendekatan baru Pemuda BN itu mendapat maklum balas positif daripada generasi muda.

"Sokongan ini sememangnya belum diuji pada peringkat nasional, namun ia telah diuji pada pilihan raya kecil di mana kita lihat banyak undi diperoleh daripada golongan muda ini ke arah BN,” katanya.



BB : Kepada YB KJ, BB akui YB punyai karisma yang membuatkan sebilangan anak muda menjadikan YB sebagai Idola mereka. Tidak dapat tidak, BB kena akui. Tetapi BB rasa YB sendiri menyedari perihal jentera Yb di dalam pemuda. Lebih ramai yang mahu jadi ketua daripada menjadi pengikut dan pekerja. Fikir-fikirkanlah wahai YB. BB - YB = Yang Berkhidmat
read more...

PRU 13 : WARGA EMAS ATAU PENGUNDI MUDA SEBAGAI PENENTU

Kehangatkan PRU13 semakin membara sehangat jiwa belia yang sentiasa bergelora dan bersemangat. Sekarang ini, pelbagai ramalan dari pelbagai pihak tentang tarikh & masa PRU13 ini menjelma. Walaupun tempoh mandat rakyat kepada kerajaan memerintah sehingga tahun 2013 namun, ianyanya hangat diperkatakan PRU13 bakal diadakan menjelang pertengahan tahun ini. Apa-apa ramalan, ianya terletak ditangan PM secara mutlak.





Menjelang PRU13 ini, kita pasti tertanya-tanya siapakah yang akan menguasainya? Adakah Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR)? Penilaian terhadap kedua-dua parti ini dinilai dari pelbagai aspek oleh pemilih-pemilih berdaftar dari belia hingga ke warga emas. Kadang-kadang ada jugak yang menyibuk menilai tapi tak sedar diri sendiri pun belum daftar mengundi! Yang belum daftar tapi dah cukup syarat, jangan buang masa,daftar sekarang. Undi anda adallah untuk masa depan negara. Anda daftar, anda berhak bersuara.

Penilaian prestasi & perkembangan BN & PR dinilai oleh rakyat melalui pelbagai saluran. Tak kira media cetak mahupun media elektronik. Pada PRU13 ini,ada pihak mengatakan ini adalah pilihanraya internet! Masakan tidak?? Tengok sahaja hari ini,berapa banyak saluran di internet digunakan oleh kedua-dua pihak untuk menyebarkan maklumat-maklumat dan ada juga disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah serta pembohongan!





Sebagai belia, kematangan & kejernihan pemikiran harus dimanfaatkan sepenuhnya dalam menilai mana maklumat yang boleh dipakai atau dibuang. Kebijaksaan belia dan rakyat dalam hal ini banyak manfaat dalam menentukan undi mereka! bukan undi sahaja tetapi menentukan jalan dan arah mereka membuat keputusan yang betul & tepat pada hari mengundi kelak.

Pelbagai isu-isu yang timbul akhir-akhir ini dan tidak lekang dari kedua-dua belah pihak. Sehinggakan ada isu yang sengaja dibesar-besarkan walhal tidak la seteruk itu tapi diputarbelit oleh sesetangah pihak untuk mengaut keuntungan politik semata-mata. Apabila mereka terjerat pula terjerat dengan kata-kata mereka sendiri,dituduh pula pihak lain yang buat fitnah walhal sudah terang lagi bersuluh kata-kata dan rakyat sendiri sudah menilai tanpa perlu tafsiran dari pihak lain.





Dalam menjelang PRU13 ini, janji-janji akan timbul. Adakah salah parti-parti menyuarakan janji mereka? sudah pasti tidak kerana ini yang rakyat mahukan. Namun, janji macam mana yang rakyat mahukan? adakah janji kosong atau janji bulan dan bintang atau janji yang pasti dilaksanakan? Tuhan sudah memerikan akal yang sempurna buat kita untuk menilai akan hakikat ini. Dalam menabur janji baru, rakyat akan bertanya, adakah janji lama sudah dipenuhi? Kalau belum,adakah kita mesti percaya dengan janji baru? Sekiranya Ya! Anda patut menyerahkan undi anda untuk parti itu.. Kita mahukan sebuah kepimpinan “Walk the Talk”. Pihak manakah? Anda sendiri menilai.

Sehingga hari ini, BN ada pemerintah sedia ada dan juga memerintah negeri-negeri juga. PR pun ada juga diberi peluang oleh rakyat untuk menunjukkan kebolehan mereka. Dengan ‘track record’ sedia ada, pencapaian, keberkesanan, tunai janji dan mengutamakan rakyat pasti dilihat,pihak mana yang berjaya. Sekiranya pemerintahan tidak berjaya dan menyusahkan rakyat, adakah kita masih mahu memberikan mereka peluang? adakah rakyat masih mahu mengundi mereka? sudah pasti tidak… Dulu “Serik Doh Wei” berkumandang di Terengganu.. Sekarang.. “Kami sudah insaf”. . Anda tahu dimana..

Selamat mengundi RAKYAT MALAYSIA.


Buatlah pilihan yang bijak.! Dapatkan maklumat tepat, benar dan sahih..!
Kita tolak fitnah dan pembohongan,usah biarkan diri kita dinodai olehnya.
Daftar pemilih bagi mereka yang belum mendaftar,


ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA.!






read more...

KEBESARAN ALLAH : VIDEO BUDAK 1 TAHUN YANG MENAKJUBKAN

Sekadar Perkongsian.



Di ruangan FB pagi ini BB terlihat satu posting yang amat menarik sebagai umat Islam dari sahabat yang bernama Imbran Afham. Apa tidaknya, kuasa dan kebesaran Allah yang tidak terjangka telah berlaku di muka bumi ini yang menuntut Keimanan daripada HambaNYA.

Walaupun video ini telah diupload oleh rockbebeh (jangan nilai pada nama) pada November 2007, tapi tidak salah rasanya untuk BB berkongsi bersama pembaca budiman sekalian.


........................................................................



Allahu Akhbar!!! Walaupun dia bukan lah graduan yang ada ijazah,


Dalam umur 1 tahun dia telah pandai membaca Al-Qur'an dan dia boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Perancis, Arabic dan Swahili tanpa pergi belajar....

Dan ayat pertama yang diucapkan adalah  "kalau kamu beriman kamu akan diterima oleh Allah" yang dicakap dalam bahasa Arab padahal dia bukan lah berbangsa arab.

Dia juga berkata bahwa dia akan hafiz Quran dan akan menghafal semua maksud Quran yang mana pada masa itu umurnya baru 1 tahun setengah dan dia juga sembahyang 5 waktu sehari pada waktu itu..

Budak ini dilahirkan dalam keluarga Kristian dan sejak berlaku keajaiban pada budak ini... ibu bapanya pun memasuki agama islam... begitu hebatnya kuasa Allah. Tak terjangkau oleh akal....

Sementara itu, orang-orang Islam yang telah melihat kejadian ini telah beriman dengan Allah dengan sebenar benarnya dan orang kafir yang telah melihat kejadian ini telah memasuki agama Islam..

Sekarang ini dia telah bergelar Sheikh Sharifuddin dan berumur 10 tahun dan sudah tahu semua isi Qur'an.

BB : Insaf....
read more...

ALLAHU AKHBAR : PENGHINA NABI RENTUNG TERBAKAR




Masih ingat lagi lukisan kartun kontrovesi yang menimbulkan kemarahan umat islam seluruh dunia dahulu, dimana seorang pelukis kartun telah cuba menghina dan mengaikan Nabi Muhammad S.A.W dengan keganasan. Ketahuilah bahawa pelukis kartun tersebut telah mati dalam keadaan sangat mengerikan, dia telah mati dalam keadaan rentung.

Bagaimana dia boleh rentung tidak diketahui,kisah kematiannya juga dikhabarkan telah cuba disembunyikan, tapi sebusuk-busuk bangkai takkan mampu ditutup dengan daun. Walaupun dia pernah beberapa kali dibunuh kerana kontrovesi lukisannya, namun beberapa kali juga dia telah berjaya menyelamatkan diri.


Akhirnya si penghina kekasih ALLAH telah menerima balasannya. Mungkin dia mahu menghina kekasih ALLAH lagi, dia sekali lagi menggantikan jubah Nabi dengan bom, dan terus sahaja lukisan bom itu meletup.. siapa tahu..

Kuasa ALLAH mengatasi apa sahaja yang mampu difikir manusia.
read more...

TERBARU : KONSERT ERYKAH BADU ARTIS BERTATU ALLAH DI BADAN DIBATALKAN


Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil The Star untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu perkataan “Allah” dalam akhbar itu.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Lee Chee Leong berkata KDN memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star untuk memberi penjelasan mengenai tindakan akhbar itu menyiarkan gambar berkenaan dalam edisinya Isnin.





Beliau berkata akhbar itu juga akan diberi Surat Tunjuk Sebab untuk memberi penjelasan bertulis dalam masa seminggu kepada KDN.“Tindakan susulan akan dibuat berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan (akhbar itu kepada KDN),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam ruangan muziknya, The Star menyiarkan gambar penyanyi “funk”, “hip-hop” dan “soul”, Erykah Badu, 40, yang menunjukkan wajah dan bahagian atas dadanya.

Maklumat terbaru yang BB terima, Konsert Erykah Badu ini yang dijadualkan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Rabu ini dibatalkan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan demikian menerusi twitternya awal petang Selasa.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia." kata beliau.

Beliau berkata perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.

"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.

Menurut Rais mesyuarat Puspal telah memutuskan pembatalan konsert itu berdasarkan pandangan anggota mesyuarat khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


BB : Hmm...bagus la..mencegah lebih baik daripada merawat
read more...

DR BADRULAMIN : SAYA RELA BERUNDUR

KUANTAN 27 Feb. – “Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron.




Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas. Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.

“Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Dr. Badrulamin berkata, cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu. Terdahulu, Dr. Badrulamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd. Irfan Abdullah, untuk memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak JAIP.

Sementara itu, wanita yang dipercayai berkhalwat dengan Dr. Badrulamin tiba di pejabat JAIP pada pukul 3.05 petang dengan menaiki sebuah kereta Perodua Alza ditemani seorang lelaki dan seorang wanita. Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat JAIP pukul 6.20 petang.

Dr. Badrulamin berkata, beliau mengenali wanita tersebut dan suaminya sejak setahun lepas di mana beliau sekeluarga dan keluarga wanita itu pernah mengerjakan umrah bersama-sama. Sementara itu, Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Dr. Badrulamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah.
read more...

HADIS PALSU IBARAT PENDUSTAAN KEPADA NABI MUHAMMAD SAW




KUALA LUMPUR, 27 Feb - Sesiapa yang mencipta, mengguna dan menyebarkan hadis “palsu” dianggap telah melakukan pendustaan besar terhadap Nabi Muhammad SAW.

“Jika mereka ini berniat jahat, ia boleh menyebabkan umat Islam hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap agama mereka,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha kepada Bernama.

Sambil melahirkan rasa bimbang terhadap penggunaan hadis palsu yang kini menular di Internet, beliau berkata ia boleh menyebabkan umat Islam beramal dengan suatu syariat yang salah kerana hadis berkenaan tidak berlandaskan sumber rujukan yang diperakui kesahihannya.

Othman berkata, mereka yang terlibat menggunakan hadis daif dan palsu disebarkan melalui blog atau laman sosial peribadi ini, kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai hadis.
“Ada pula yang tidak dapat membezakan antara kata-kata sahabat atau hukamak (cendekiawan) dengan hadis Nabi. Mereka menganggap semua itu sama sahaja daripada segi statusnya,” katanya.

Othman berkata, hukum mengguna dan menyebarkan hadis palsu adalah haram disamping bererti suatu pengkhianatan kepada syariat Islam itu sendiri.

Beliau berkata, jika hendak menyebarkan sesuatu hadis kepada umum, sama ada melalui media cetak, media eletronik atau media baru, ia mestilah terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang arif tentang hadis atau daripada sumber yang muktabar.

Kesalahan menyebarkan hadis palsu boleh dikenakan tindakan mengikut pelbagai seksyen seperti mencerca agama dan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak. Kesalahan ini terletak di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, Seksyen 13 (1). Othman berkata, tindakan boleh juga diambil mengikut Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri.

Memandangkan kesalahan ini dilakukan di alam siber, pihak berkuasa agama negeri perlu mendapat kerjasama daripada pihak yang mempunyai bidang kuasa dan kepakaran khususnya Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), katanya.

Othman berkata, penyebaran seumpama itu akan memberi kesan yang besar kerana ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja di serata tempat. “Perbuatan ini seolah-olah menyebarkan fitnah dan pendustaan terhadap Rasulullah SAW kepada seluruh umat manusia dan merosakkan aqidah umat Islam dan kewibawaan nas-nas syarak itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan penelitian Jakim, masih banyak kes yang berbentuk menghina Islam dan Rasulullah SAW yang dibuat secara terang-terangan, namun ia sentiasa dipantau.
read more...

AWIE, ADIRA AF GEGAR PARIT SULONG MALAM INI


Awie, masih bertahan di hati anak muda


Karnival Mesra Belia kembali lagi. Kali ini bertempat di Dataran Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Karnival yang diadakan bersempena dengan LTDL 2012 bakal menyaksikan persembahan artis-artis terkenal tanah air malam ini seperti Awie (Wings), Adira AF, Ezad Exist dan ramai lagi.




Melalui sumber yang BB perolehi, karnival anjuran KBS  dan Majlis Belia Malaysia (MBM) ini telah bermula daripada kelmarin dengan pelbagai pengisian menarik khususnya bagi golongan muda. Semalam sahaja, dianggarkan sekitar 8 ribu orang penduduk sekitar yang terdiri daripada golongan muda dari Parlimen Parit Sulong membanjiri Dataran Parit Sulong .




Semalam juga para pengunjung disajikan dengan Pertandingan Akhir Battle of the Band dan Pertandingan Akhir Karaoke. Peserta-peserta yang bertanding bagi kedua-dua kategori merupakan belia dari sekitar Parlimen Parit Sulung dan Batu Pahat. Adun Dun Semerah, YB Datuk Ariss Bin Shamsuddin telah hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah dan bermesra dgn penduduk setempat.



BB : Rugi rasanya tidak dapat bersama di Parit Sulong Malam ni...
read more...

PANAS : AKIBAT ZINA DENGAN ISTERI ORANG

DUNIA OH DUNIA

Kali ini BB nak kongsi dengan pembaca perihal zina memandangkan sedang hangat ketika ini isu pemimpin politik yang ditangkap khalwat di Kuantan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kebenarannya.





Zina termasuk diantara dosa-dosa besar yang diharamkan Allah swt baik dilakukan oleh seorang yang belum menikah maupun yang sudah menikah, sebagaimana firman Allah swt :


وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً


Artinya : “Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isra : 32)

Imam Bukhori meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan". Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah itu? Beliau bersabda: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq, memakan riba, makan harta anak yatim, kabur dari medan peperangan dan menuduh seorang wanita mu'min yang suci berbuat zina".

Sedangkan sangsi seorang pezina yang telah menikah lebih berat dari yang belum menikah yaitu dibunuh dengan cara dirajam karena orang itu telah mengetahui dan merasakan kenikmatan dari jima’ dengan pasangannya baik suami atau istrinya melalui suatu akad pernikahan yang sah menurut syari’at. Sedangkan bagi orang yang belum menikah dihukum cambuk seratus kali dan diasingkan selama setahun, sebagaiman dalil-dalil berikut :


1. Firman Allah swt :


الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ


Artinya : “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS. An Nuur : 2)

2. Dari Abu Hurairoh ra bahwasanya Rasulullah saw pernah memberikan hukuman kepada orang yang berzina (belum menikah) dengan hukuman dibuang (diasingkan) satu tahun dan pukulan seratus kali.” (HR. Bukhori)

3. Rasulullah saw menanyakan kepada seorang laki-laki yang mengaku berzina,”Apakah engkau seorang muhshon (sudah menikah)? Orang itu menjawab,’Ya’. Kemudian Nabi bersabda lagi,’Bawalah orang ini dan rajamlah.” (HR Bukhori Muslim)

Namun demikian Allah swt Maha Pengampun dan Maha penerima taubat hamba-hamba-Nya yang mau kembali kepada-Nya, bertaubat dengan taubat nasuha, yaitu : memohon ampunan kepada-Nya, menyesali perbuatan buruknya itu, bertekad untuk tidak mengulanginya di masa-masa yang akan datang dan melakukan berbagai amal shaleh, sebagaimana firman Allah swt :

Artinya : “Dan sesungguhnya aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal saleh, kemudian tetap di jalan yang benar.” (QS. Thaha : 82)

Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Anas bin Malik ia berkata; saya mendengar Rasulullah saw berkata: "Allah tabaraka wa ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, tidaklah engkau berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku melainkan Aku ampuni dosa yang ada padamu dan Aku tidak perduli, wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku niscaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan kepenuh bumi kemudian engkau menemui-Ku dengan tidak mensekutukan sesuatu dengan-Ku niscaya aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi." Abu Isa berkata; hadits adalah hadits hasan gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalur ini.

Untuk itu tidak sepatutnya seorang yang telah melakukan suatu dosa sekali pun ia adalah dosa besar berputus asa karena pintu taubat masih terus dibuka selama nyawa belum berada di tenggorokan dan selama matahari belum terbit dari barat. Bahkan Allah swt menjanjikan bagi setiap orang yang berdosa lalu bertaubat dengan sebenar-benarnya akan dihapuskan kesalahannya itu bagaikan seorang yang tidak dosa serta memberikan kemenangan baginya di akherat dengan surga-Nya.

Artinya : “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (QS. At Tahrim : 8)

Artinya : “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An Nuur : 31)

Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu 'Ubaidah bin Abdullah dari ayahnya dia berkata; Rasulullah saw bersabda: "Orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan seorang yang tidak berdosa."

Kemudian hendaklah si pelaku setelah bertaubat tidak membuka aibnya itu kepada siapapun setelah Allah menutupi aibnya, sebagaimana sabda Rasulullah saw ,”Setiap umatku mendapat pemaafan kecuali orang yang menceritakan (aibnya sendiri). Sesungguhnya diantara perbuatan menceritakan aib sendiri adalah seorang yang melakukan suatu perbuatan (dosa) di malam hari dan sudah ditutupi oleh Allah swt kemudian dipagi harinya dia sendiri membuka apa yang ditutupi Allah itu.” (HR. Bukhori dan Muslim)
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top