Nuffnang

KBS : SHABERY CABAR MAHFUZ






KEMAMAN, 2 Mac – Tohmahan yang dibuat oleh Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar terhadap Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak berasas lebih bersifat kebudak-budakan, kata Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Menurut Menteri itu, tohmahan tersebut lebih berunsurkan politik serta mahu menutup kelemahan dan kekecohan yang dihadapi PAS terutamanya dalam isu yang mereka hadapi di Kedah.

“Ingin saya nyatakan kenyataan itu tidak ada kebenarannya, tidak berasas dan mungkin beliau kini tidak beberapa sihat dan memerlukan rawatan ataupun kaunseling.“Bagaimanapun saya percaya ramai di kalangan rakan pembangkang mampu untuk memberikan kaunseling kepada beliau termasuk kaunseling pada jam 3 pagi” katanya kepada pemberita di sini.

Datuk Mahfuz dalam satu sidang media antara lain menyatakan bahawa Kementerian Belia dan Sukan telah menggunakan peruntukannya sebanyak RM30 juta untuk menaja 2,000 ceramah yang diadakan oleh Datuk Dr Hassan Ali yang telah dipecat PAS Januari lepas. Shabery berkata jika benar Mahfuz mahu bertanyakan soalan tersebut, beliau patut membawa isu itu ke Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi.

“Kalau beliau mahu mencari kebenaran maka saya bersedia menjawab soalan tersebut di Parlimen.“Cumanya saya risau jawapan yang akan beliau terima itu hanya akan memalukannya, seperti isu peninju muay thai dari Israel yang pernah beliau bawa ke Parlimen, tetapi akhirnya terbukti yang menaja program tersebut adalah kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang.

Shabery berkata, isu yang dibawa oleh PAS ini hanyalah mainan politik PAS yang kian terdesak dan hanya mahu mengalihkan pandangan masyarakat terhadap kelemahan mereka itu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top