Nuffnang

TERBARU : KONSERT ERYKAH BADU ARTIS BERTATU ALLAH DI BADAN DIBATALKAN


Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil The Star untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu perkataan “Allah” dalam akhbar itu.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Lee Chee Leong berkata KDN memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star untuk memberi penjelasan mengenai tindakan akhbar itu menyiarkan gambar berkenaan dalam edisinya Isnin.





Beliau berkata akhbar itu juga akan diberi Surat Tunjuk Sebab untuk memberi penjelasan bertulis dalam masa seminggu kepada KDN.“Tindakan susulan akan dibuat berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan (akhbar itu kepada KDN),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam ruangan muziknya, The Star menyiarkan gambar penyanyi “funk”, “hip-hop” dan “soul”, Erykah Badu, 40, yang menunjukkan wajah dan bahagian atas dadanya.

Maklumat terbaru yang BB terima, Konsert Erykah Badu ini yang dijadualkan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Rabu ini dibatalkan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan demikian menerusi twitternya awal petang Selasa.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia." kata beliau.

Beliau berkata perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.

"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.

Menurut Rais mesyuarat Puspal telah memutuskan pembatalan konsert itu berdasarkan pandangan anggota mesyuarat khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


BB : Hmm...bagus la..mencegah lebih baik daripada merawat
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top