Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

ASMA / ASTHMA : KATEGORI DAN RAWATAN




Asthma


  • Salah satu penyakit sistem pernafasan dimana ia boleh menganggu proses penghantaran oksigen ke sel-sel badan.
  • Ia disebabkan oleh saluran udara di dalam paru-paru menjadi sempit, terhalang atau tersekat.
  • Penghidap asma adalah lebih sukar menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
  • Serangan asma biasanya adalah seperti kesukaran bernafas, berdehit, batuk dan sesak dada.
  • Serangan asma boleh berlarutan sehingga beberapa minit atau berterusan selama beberapa jam atau hari. Lebih lama serangan berterusan, lebih bahaya keadaannya.
  • Gejala-gejala penghidap asma adalah berbeza dan tidak semua gejala hadir ketika serangan asma.
  • Asma tidak boleh menjangkiti atau dijangkiti.
  • Kebanyakan asma bermula daripada usia kanak-kanak, kadang kala semasa bayi. Orang dewasa yang tidak pernah mendapat asma juga boleh mendapat penyakit ini bila-bila masa.

read more...

KURANG AJAR!! SARJAN POLIS DAN KELUARGA DIBOGELKAN PEROMPAK!!


KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat sarjan dan ahli keluarganya berdepan detik cemas apabila bergelut dengan sekumpulan empat penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Seksyen 6 Wangsa Maju, di sini, hingga pistol miliknya dirampas.

Ketika kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa di rumah bersama isteri dan seorang anak perempuan sebelum secara tiba-tiba empat lelaki bertopeng serta bersenjatakan parang masuk ke kediamannya.




Menurut sumber, kumpulan penjenayah itu mengarahkan semua mangsa ke tingkat atas sebelum menggeledah rumah.

“Dalam keadaan kelam-kabut dan cemas itu, anggota polis berkenaan cuba mempertahankan diri dengan mengambil pistol miliknya yang disimpan bersama 30 peluru di atas almari, namun tindakannya itu disedari kumpulan penjenayah terbabit.

read more...

LAGI 5 PEMIMPIN PR DIPANGGIL POLIS UNTUK SIASATAN

Lima pemimpin pembangkang yang hadir dalam acara nyalaan lilin pada 22 Mei lalu untuk menuntut pembebasan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim disiasat polis hari ini.

Mereka yang disiasat Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan empat wakil rakyat: Gobind Singh (Puchong), Tan Seng Giaw (Kepong), Ng Suee Lim (Sekinchan) dan Ronnie Liu (Pandamaran). 

Ng memberitahu, polis semalam telah menyamannya ke balai polis Kepong untuk memberikan kenyataan pada Rabu - hari yang sudah pun lepas. 



Demo pro-Adam Adli: 5 pemimpin Pakatan disiasat



"Gobind sudah menghubungi polis untuk menyusun tarikh lain untuk Gobind, Liu dan saya sendiri untuk memberikan kenyataan. 

"Tan sudah memberikan kenyataannya dan Salahuddin dijadual hari ini, menurut laporan media," kata Ng. 

read more...

KG TANDUO : KOLAM UDANG KABURI KEMASUKAN PENGGANAS

KAMPUNG Tanduo yang dahulunya menjadi kediaman bagi 20 buah keluarga, kini bagai sudah tidak bernyawa.

Ia terpaksa ditutup selepas dikatakan menjadi lokasi dan kubu pengganas Kiram.

Semalam, kami berpeluang menyelusur semula kisah pahit itu. Bagai terdengar bunyi tembakan  sepanjang berada Kampung Tanduo yang pernah menjadi penempatan pengganas Kiram.




TIGA buah Hornet melakukan pengeboman awal menggunakan bom yang dipercayai GBU-16 MK-83 1,000-pound bomb. CAS pula dipertanggungjawabkan ke atas LIMA buah Hawk 208 milik TUDM.


Selepas serangan ofensif dilancarkan pasukan keselamatan pada 5 Mac lalu penduduknya diarah berpindah bagi mengelak lokasi itu terus menjadi kubu kuat pengganas.

read more...

2 LAGI SUSPEK HINA YDP AGONG SERAH DIRI

KUALA LUMPUR - Dua daripada tiga lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD), di sini semalam.




Jurucakap polis berkata kedua-dua mereka iaitu lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 30-an tiba di IPD itu pada pukul 3 petang, dengan ditemani seorang peguam.

Polis masih mengambil keterangan mereka, katanya ketika ditemui Bernama.

Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim yang kemudian menerima respons daripada pengguna lain.


IMBAS KEMBALI....



Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis dan pada Khamis lepas, polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun di Ampang bagi membantu siasatan.

Sementara itu, tatkala ramai rakyat yang marah serrta banyak laporan polis dibuat dek sesetengah orang yang menghina insitusi Raja dan Yang Di-Pertuan Agung, masih ada juga orang yang mahu mempertahankan kebiadapan tersebut!




Individu yang dimaksudkan ialah Ahli politik parti PKR di atas. Namanya Gooi Hsiau Leung, Ahli Parlimen Alor Setar, Kedah!

Beliau telah mempertahankan kenyataan Melissa Gooi yang 'muntah apabila mendengar titah Yang Di-Pertuan Agung'. Kenyataan Melissa Gooi itu pula disambut oleh rakan-rakan beliau yang bertanya Yang Di-Pertuan Agung wujudkah?

Cuma tidak dapat dipastikan adakah mereka mempunyai pertalian saudara memandangkan nama "GOOI" yang ada pada kedua-duanya.
read more...

KEISTIMEWAAN MELAYU : SUARAM YANG MACAM HARAM!!!



Orang melayu yang sayangkan bumi bertuah ini sajalah yang terasa hati bila ada pihak iaitu Suaram (senang kata wakil Pakatan) yang mengeluarkan kenyataan seumpama ini yang cukup mengguris hati orang melayu.

Orang melayu Pro pakatan samada lahir dari UItm atau anak-anak mereka yang mendapat keistimewaan ini takkan terasa kerana hati dah mati dek lupa diri gara-gara menjadi barua DAP.

read more...

EKSKLUSIF!! Datu Hamza Taib Berkongsi Kisah "KING OF BORNEO" (FULL STORY)


Kejayaan kerajaan menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas di Daerah Lahad Datu, Sabah melalui pasukan keselamatan dipimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar dikagumi.

Di sebalik kejayaan itu, terpahat 1001 kisah pahit selain mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, PDRM menghadapi pelbagai kerenah dan permintaan tidak masuk akal pengganas.

Mahu dirinya diiktiraf sebagai ‘King of Borneo’, itu antara tuntutan yang disuarakan Ketua Pengganas, Agbimudin Kiram susulan rundingan tiga hari dengan PDRM.





Sinar Harian berkesempatan bertemu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib yang berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas pengganas dilancarkan. Ikuti temubual khas bersama wartawan Sinar Harian, di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.

Bolehkah Datuk ceritakan dari awal bagaimana krisis pencerobohan Lahad Datu bermula serta langkah-langkah penyelesaiannya?

Saya menerima laporan berkenaan pencerobohan Lahad Datu pada pagi 12 Februari lalu mengatakan sekumpulan orang bersenjata mendarat di Kampung Tanduo.

Saya menghubungi Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsudin Mat untuk mengesahkan perkara itu dan beliau memaklumkan kepada saya bahawa 60 hingga 80 orang mendarat di kampung itu. Sesetengahnya memakai jubah, seragam serta ‘half uniform’.

Setelah mendapat tahu perkara itu dan selepas disahkan oleh Ketua Polis Daerah Lahad Datu, apa tindakan Datuk seterusnya?

Saya arahkan pegawai saya membuat laporan berhubung perkara ini serta menghubungi Komander Briged Sabah, Datuk Ahmad Marzuki untuk mengepung kawasan berkenaan serta menggerakkan Eastern Command.

Petang itu juga saya kumpulkan semua ketua-ketua jabatan untuk membincangkan perkara ini dan perkara pertama adalah mencari satu kod operasi yang mana nama Ops Sulu dipersetujui.

Kita telah gerakkan Ops Sulu dan kumpulkan segala maklumat yang ada. Saya juga arahkan agar Ketua Cawangan Khas untuk sahkan maklumat yang diterima, Komander Briged Sabah mengepung kawasan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) wujudkan pasukan siasatan serta melantik seorang perunding.

Langkah seterusnya adalah memaklumkan pihak Bukit Aman operasi yang dilaksanakan.

Bagaimana perjalanan rundingan antara polis dengan pihak penceroboh?

Saya bertindak selaku pegawai pemerintah dalam operasi ini dan dimaklumkan oleh perunding bahawa mereka dapat bertemu dengan pihak penceroboh yang diketuai oleh Agbimudin Kiram.

Pertemuan dengan pihak penceroboh diadakan sebanyak tiga kali iaitu 14, 15 dan 16 Februari. Bagaimanapun proses rundingan sebenarnya bermula sejak hari pertama, iaitu pada 12 Februari melalui telefon. 

Boleh Datuk ceritakan, daripada proses perbincangan itu, apa yang Agbimudin mahukan?

Antara dituntut Agimudin adalah mahu gerombolannya dikenali sebagai ‘Royal Sulu Force’ dan bukan sebagai pihak mewakili Abu Sayaf atau Moro Islamic Liberation Front (MILF). Agbimudin juga menuntut agar orang Sulu tidak diusir keluar dari Sabah di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI). Perkara ini kita boleh tunai kerana proses RCI belum habis.

Seterusnya dia minta menemui seorang personaliti dan memaklumkan personaliti itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui dengan harapan apabila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.

Apakah pihak datuk berjaya temui personaliti itu dan apa keputusan Agbimudin selepas itu?

Kita jumpa personaliti itu dan bawa orang ini masuk berjumpa Agbimudin.

Selepas itu dia minta berjumpa abangnya, Ismail Kiram. Untuk usaha ini kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina berjumpa dengan Agbimudin. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka, namun dia tetap tidak mahu beralah.

Selain itu, apa lagi tuntutan diajukan oleh Agbimudin Kiram?

Dia mahu kita iktiraf dia sebagai ‘King of Borneo’. Saya cakap dengan dia, sedangkan Kerajaan Filipina tak iktiraf dia sebagai 'King of Borneo', mustahil kita boleh iktiraf apa dia mahu.

Pelbagai usaha kita buat. Kita panggil isteri dia, anak dia dan libatkan Kerajaan Filipina tapi masih degil.

Selepas rundingan dan segala usaha gagal. Selaku pegawai pemerintah, adakah Datuk rasa sudah sampai masa serangan dilakukan?

Kita boleh serang, tapi ini bukan cara Malaysia. Kita tak nak ada pertumpahan darah dan ambil keputusan teruskan usaha rundingan melalui telefon.

Keadaan memang tegang ketika itu. Proses rundingan terus berjalan dan saya dipertanggungjawabkan kerajaan Malaysia buat sidang akhbar setiap hari. Memang sukar dan akhirnya selepas 20 hari proses rundingan berlangsung, kerajaan Malaysia arah serangan dilakukan.

Adakah pihak polis beri sebarang amaran kepada penceroboh sebelum serangan dilancarkan?

Dua hari sebelum serangan dilakukan, kita beri amaran kepada mereka. Kita jatuhkan risalah menggunakan helikopter dua hari berturut-turut sebelum serangan untuk meminta penceroboh serah diri. Risalah itu guna tiga bahasa iaitu Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Sulu.

Pada masa itu, beberapa anggota penceroboh yang takut mula menyusup keluar dari Kampung Tanduo dan kita berjaya menahan mereka. Namun sebahagian besar masih bertahan di dalam kampung itu.

Boleh Datuk ceritakan bagaimana pertempuran bermula?

Pada hari pasukan keselamatan sepatutnya sampai, kita telah ketatkan kawalan di semua penjuru.

Apabila pasukan Vat69 masuk mereka terserempak dengan sekumpulanpengganas dan mereka diminta menyerah. Kerana pengganas enggan menyerah, terjadilah pertempuran menyebabkan dua anggota VAT69 meninggal dunia, manakala 15 pengganas ditembak mati.

Masa kejadian saya memang berada di situ dan bila terima berita anggota kita terkorban, saya memang rasa sedih, marah dan geram. Kalau anda berada di situ sebagai ketua ketika itu, anda juga turut rasakan perasaan sama.

Tapi kita tak nak sebarang tekanan dan serang pada hari itu sebab kita nak serang pada keesokan harinya. Kita nak elak bertempur pada Jumaat kerana kita tahu semangat mereka lebih tinggi pada hari itu, namun tidak dapat dielak. Kita terpaksa juga melaksanakan gerakan ofensif dan berjaya tembak mati 15 pengganas.

Pertempuran di Kampung Simunul pula enam pengganas maut. Boleh ceritakan bagaimana pertempuran di situ boleh berlaku?

Sebenarnya pusat persembunyian pengganas Sulu ini berada di Simunul, namun seperti kita tahu, ia merupakan sebuah kampung air. Anggota kita masuk seramai 25 orang dan berpecah kepada tiga kumpulan.

Satu kumpulan berjaya tangkap enam pengganas dalam sebuah rumah, satu kumpulan lain berada tidak jauh dari rumah itu dan berlindung di rumah lain. Manakala satu kumpulan berjaya selamatkan diri.

Untuk selamatkan mereka, kita gerakkan Unit Tindakan Khas (UTK) membantu dan selepas 22 jam kita berjaya keluarkan keduadua kumpulan. Dalam kejadian itu, enam pengganas ditembak mati manakala enam anggota kita terkorban.

Sepanjang Op Daulat, adakah Datuk sentiasa berhubung dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan bagaimana keadaan Datuk ketika itu?

Saya bernasib baik kerana Tan Sri Ismail yang bertindak sebagai penasihat operasi turut bersama saya di Felda Sahabat. Begitu juga dengan Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkefli Zainal Abidin, keadaan ini membolehkan kami mengadakan perbincangan setiap hari dan ketika itu sememangnya masa saya cukup padat. 

Saya hanya tidur empat jam dan kami dapat dengar setiap bunyi tembakan serta apa sahaja yang berlaku dari Felda Sahabat yang hanya 20 kilometer dari tempat operasi. Ketika ini saya kagum dengan kecekalan serta keberanian anggota VAT69.

Walaupun ada anggota gugur semasa operasi. Mereka masih mampu hantar laporan serta berbincang langkah yang perlu diambil.

Bagaimana Datuk bawa diri sepanjang berada di tempat operasi?

Saya berada di situ lebih 20 hari rasanya dan sepanjang tempoh itu, saya nikmati makanan bersama mereka. Tiada layanan khas. Antara menu paling lazat bagi saya ketika itu adalah nasi berlauk ikan sardin dan cucur tepung.

Kadang-kadang bila berkesempatan balik ke Kota Kinabalu sekejap, saya belikan burger atau lain-lain makanan untuk semua anggota dan bawa ke tempat operasi guna helikopter. Bukan senang jadi polis dan bayangkan bila anggota terpaksa makan dalam gelap, serta terpaksa makan sambil perhati pergerakanmusuh dalam hutan dengan sebelah tangan Hamza pegang senjata.

Pada pandangan Datuk, adakah pengganas ini terlatih dan bagaimana pula khabar angin mengatakan mereka kebal?

Tidak dinafikan mereka cukup terlatih dalam peperangan, bersemangat tinggi dan mereka datang ke sini untuk mati. Berkenaan kebal, susah untuk saya kata ya atau tidak.

Namun saya tidak menafikan perkara itu. Memang tidak dapat disangkal bila kita periksa mayat pengganas, hampir kesemuanya memakai tangkal.

Apa nasihat Datuk kepada anggota atau lontaran kata-kata motivasi ketika menghadapi situasi itu?

Saya nasihatkan mereka, walau apapun berlaku kita percaya kepada kuasa ALLAH, kuatkan semangat, sentiasa solat dan tabah. Jika sampai masa mereka (pengganas) mati, sama ada kebal atau tidak mereka tetap akan mati. Saya juga berpesan kepada setiap anggota bahawa kita berjuang demi mempertahankan negara dan jangan gentar hadapi musuh.

Bagaimana isteri dan anak-anak Datuk menghadapi situasi ini?

Mereka cukup tabah, tapi saya kasihan melihat isteri saya (Datin Alauyah Mohamed) yang semakin susut berat badannya kerana sentiasa risau tentang keselamatan saya.

Saya sentiasa hubunginya dan sering katakan selagi dia nampak saya di televisyen, bermakna saya selamat.

Empat anak saya pula sentiasa hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya untuk ketahui perkembangan diri saya sepanjang operasi.

Adakah insiden pencerobohan ini pengalaman paling mencabar?

Sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam PDRM, inilah pengalaman saya paling mencabar. Saya juga akui saya sangat takut PRU13 gagal diadakan di Sabah berikutan insiden ini. Bayangkan jika berlaku pengeboman semasa proses pengundian berlangsung, pasti ramai rakyat di sini takut keluar mengundi.

Bagaimanapun, syukur semua berjalan lancar dan 80 peratus rakyat Sabah keluar mengundi 5 Mei lalu.

Adakah insiden pencerobohan ini merupakan insiden tidak disangka akan berlaku ke atas negara kita?

Sebenarnya saya memang menjangkakan serangan ini akan berlaku dan kerana itulah kita bentuk Eastern Command, iaitu sistem pertahanan yang melibat polis di sekitar Malaysia Timur. Saya akan pastikan mesyuarat Eastern Command ini diadakan secara kerap bagi memastikan tiada ancaman.

Seperti sedia maklum kawasan Malaysia Timur sentiasa terdedah dengan serangan pihak luar dan kawasan ini juga terdedah dengan aktiviti pelanunan. Oleh itu, setiap pegawai yang menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Apa perasaan Datuk bila ada pihak katakan insiden ini satu sandiwara dan berterusan politikkannya?

Geram bila memikirkannya, saya tak nampak macam mana insiden ini boleh dikatakan sandiwara. 73 musuh maut bukan satu mainan. 10 anggota keselamatan yang terkorban, perasaan keluarga, anak dan …apa faedah kita nak kata ini satu sandiwara? 

Ramai menyangka Op Daulat telah selesai sedangkan ia masih berjalan hingga kini namun dalam skala lebih kecil. Saya juga yakin Sabah ketika ini berada dalam keadaan aman dan selamat.

- SINAR HARIAN
read more...

VIDEO : Tragedi Struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang Yang Runtuh


Georgetown: Empat dipercayai maut manakala tiga cedera parah selepas sebahagian rangka utama susur masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 50 meter dari arah Batu Maung yang dalam pembinaan runtuh, petang semalam.

Bagaimanapun, mengikut beberapa saksi, dipercayai masih ada kenderaan terperangkap apabila sisa jambatan seberat 200 tan itu runtuh di atas Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu itu.





Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, jalan kedua-dua arah dikatakan sibuk dengan kenderaan berikutan waktu pulang bekerja.


Bagaimanapun sehingga jam 12.30 malam tadi, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar enggan mengesahkan jumlah kematian dalam kereta berkenaan.

Difahamkan, lebih 10 pekerja sibuk memasukkan simen dalam rongga rangka utama jambatan berkenaan sebelum ia runtuh.





- BERITA HARIAN


Laporan Daripada BERNAMA pula memetik :

Polis hari ini mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an di dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pasukan penyelamat menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu tanpa penumpang lain. 

"Adik mangsa dalam perjalanan ke sini untuk membuat pengecaman sama ada mayat itu adalah abangnya. Kita ada menerima laporan berhubung kehilangan anggota keluarga daripada seorang individu di Batu Maung," katanya pada sidang akhbar di sini. 

Beliau berkata setakat ini hanya satu mayat ditemui di dalam timbunan runtuhan konkrit itu dan percaya tiada mangsa lain terlibat dalam kejadian berkenaan. 

"Usaha untuk mengeluarkan mayat yang tersepit sedang dijalankan. Kita menghadapi sedikit kesulitan berikutan timbunan konkrit dan besi yang masih berada di tempat kejadian," katanya


- BERNAMA

read more...

KRISIS LAHAD DATU : SEORANG LAGI BERDEPAN HUKUMAN MATI!!!


TAWAU 7 Jun - Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lepas berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Feb 2013 hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda.




Pendakwaan dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di hadapan Hakim P. Ravinthran yang bersidang di Penjara Tawau.

Dengan pertuduhan terbaru hari ini, jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu kini menjadi 31 orang termasuk seorang anggota polis, KPL Hassan Ali Basri.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding hari ini, Abdul Gani berkata, kesemua tertuduh telahpun melantik peguam masing-masing kecuali seorang tertuduh yang akan diwakili peguam yang bakal dilantik mahkamah tidak lama lagi.

Abdul Gani berkata, pihak pendakwaan juga mendapat persetujuan daripada mahkamah supaya kesemua kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada prosiding seterusnya termasuk sesi perbicaraan.

"Saya dah mengemukakan proposal (permohonan) secara bertulis kepada CJSS (Hakim Besar Sabah dan Sarawak) untuk semua kes ini dipindahkan ke Kota Kinabalu dan proposal saya sudahpun dipersetujui," katanya.

Katanya, kesemua kes itu, kecuali kes KPL Hassan yang tarikh perbicaraannya sudah ditetapkan, akan disebut semula di Kota Kinabalu pada 27 Jun ini manakala perbicaraan KPL Hassan juga di Kota Kinabalu, akan bermula pada 24 Jun.

Sementara itu, James Tsai, peguam yang dilantik Kerajaan Filipina untuk mewakili rakyat negara itu yang berdepan tuduhan dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu berkata, setakat ini mereka mewakili 24 tertuduh.

Tsai berkata, permohonan Datuk N.Sivananthan untuk menyertai pasukan peguamnya yang bakal mewakili kesemua 24 tertuduh itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 12 Jun ini.

Katanya, tertuduh yang belum diwakili peguam pula akan diwakili peguam yang dilantik mahkamah.

Antara peguam yang dilantik mahkamah dan hadir bagi mewakili anak guam masing-masing dalam prosiding hari ini ialah Syarulnizam Salleh, YS Lo Yun Sin dan Zakaria Ahmad dengan diketuai Ram Singh. Mereka mewakili Basad H Manuel.

Ronny Cham pula mewakili Ismail Yasin manakala Abdul Gani Zelika mewakili Abd Hadi Mawan dan Atik Hussin Abu Bakar.

Turut hadir ialah Peguam Rowiena Rasid yang mewakili tertuduh, Pabblo Alie.

Rowiena dilantik keluarga Pabblo. - BERNAMA
read more...

MACAM-MACAM - PAKAIAN DALAM TIDAK DIBENARKAN DALAM PEPERIKSAAN


BEIJING: Lebih dari sembilan juta pelajar memenuhi dewan peperiksaan di seluruh China bagi hari pembukaan peperiksaan kemasukan universiti negara pada Jumaat dengan cubaan untuk menghentikan penipuan dengan pengharaman kancing logam baju dalam.




Pelajar di timur laut wilayah Jilin diharamkan memakai pakaian yang mempunyai bahagian logam dan pihak berkuasa pendidikan memasang pengesan logam di pusat-pusat peperiksaan untuk mengetatkan kawalan ke atas "peranti penipuan tanpa wayar", lapor Global Times.

Pihak berkuasa telah menjadi sedikit bimbang mengenai risiko pelajar menggunakan peranti seperti telefon pintar – yang sekarang lebih kecil dan senang untuk disembunyikan – sebagai bantuan sewaktu peperiksaan.

Sekitar 9.12 juta pelajar sekolah tinggi didaftarkan diseluruh China untuk mengambil peperiksaan dua hari yang dikenali sebagai ‘gaokao’, menurut menteri pendidikan.

Tujuan pegawai adalah bagi melumpuhkan "jualan peralatan berteknologi tinggi untuk menipu, dan penipuan berkaitan gaokao," kata Global Times.

Sesetengah langkah bagi memastikan pelajar sampai di tempat peperiksaan tepat pada masanya sangat mencabar. Gambar yang diletakkan di dalam talian menunjukkan kereta bomba meredah air untuk menghantar budak berpakaian seragam sekolah ke tempat peperiksaan di bahagian terpencil di Inner Mongolia.

Selatan bandar Guangzhou menyediakan laluan khas kepada kenderaan yang membawa pelajar ke ‘gaokao’, media tempatan berkata, manakala ibu bapa yang mempunyai hub perniagaan China Shanghai, telah menempah teksi selama seminggu untuk anak-anak mereka.




Ibu bapa di seluruh negara melawat kuil untuk memberikan persembahan bagi kejayaan anak-anak mereka, kata Global Times, sementara mereka yang lain dilihat menunggu di luar dewan peperiksaan dengan makanan dan minuman disediakan kepada anak-anak mereka.

Peperiksaan tersebut mendapat kritikan teruk di China dengan meletakkan tekanan besar terhadap pelajar, dan sebagai simbol ketidaksamaan pendidikan, dengan ramai pelajar yang ibu bapa berpendapatan rendah telah berhijrah ke bandar-bandar dihalang daripada mengambil peperiksaan di rumah baru mereka.


read more...

TERKINI : NGERI!!! KEADAAN KERETA MANGSA YANG MASIH TERSEPIT RUNTUHAN JAMBATAN RUNTUH

Pasukan mencari dan menyelamat memotong keluli dan rangka konkrit yang besar untuk sampai ke kawasan di mana sebuah kereta tertimbus selepas penyambung jambatan kedua Pulau Pinang di Batu Maung yang masih dalam pembinaan runtuh pada pukul 7 malam Khamis.

Polis berkata, pasukan penyelamat mencuba untuk lebih dekat dengan kereta itu tetapi ia dihalang oleh runtuhan rangka konkrit.

Lalu lintas di kawasan itu pada pagi Jumaat sesak apabila orang ramai menuju ke tempat kerja di kilang-kilang di kawasan perindustrian.




Anggota bomba dan penyelamat meneruskan kerja untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan struktur penyambung antara Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, dekat sini.





Kerja-kerja pembinaan dihentikan untuk memudahkan penyiasatan dan laluan masuk dan keluar laluan ke kawasan itu terus ditutup kepada semua kenderaan.

Tiga orang cedera akibat penyambung konkrit dan keluli di persimpangan bertingkat di Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh.

Dua daripada mangsa adalah pekerja pembinaan Slamat, 36, dari Indonesia dan Tin Maung Iwin, 39, dari Myanmar.

Kedua-dua mereka dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Pulau Pinang, Polis Datuk Abdul Rahim Jaafar pada malam Khamis berkata bahawa pekerja asing sedang bekerja di tapak projek ketika kejadian berlaku.

Seorang lagi yang cedera ialah Thilasheni Rajendran, 24, yang telah terkena serpihan runtuhan.

Thilasheni, yang ketika itu sedang memandu, berjaya menghentikan keretanya kira-kira dua meter dari tempat kejadian.

Rakannya, Gajashaantini Gajanujan, 24, yang turut berada di dalam kereta tidak cedera.

Abdul Rahim berkata, lebih 300 anggota bomba dan polis berusaha mencari mangsa di dalam kereta yang tertimbus dalam runtuhan.

Abdul Rahim berkata, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan kren besar apabila kren yang dibekalkan oleh syarikat pembinaan gagal untuk mengangkat konkrit.

Jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata, runtuhan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung sedang disiasat.

Jalan susur projek jambatan itu dilaksanakan oleh Cergas Murni Sdn Bhd.


Gambar-Gambar Kejadian  di lokasi Jambatan Kedua Pulau Pinang Yang Runtuh Semalam



read more...

ROGOL KEMUDIAN KAHWIN : PENDAKWAAN TETAP DITERUSKAN!!

Kota Kinabalu: Pendakwaan terhadap seorang pengurus restoran yang didakwa merogol budak perempuan berusia 12 tahun tetap diteruskan walaupun dia sudah mengahwini kanak-kanak berkenaan, awal bulan lalu.

Peguam Kanan Persekutuan Jamil Aripin ketika prosiding di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, yang bersidang di depan Hakim Ummu Khatom Abd Samad mengesahkan proses pendakwaan itu.

Ummu Khatom turut menetapkan 20 Jun depan bagi pengurusan kes dan perbicaraan bermula 1 hingga 4 Julai manakala ikat jamin dilanjutkan sehingga kes selesai. Jamil berkata, pihaknya meneruskan pendakwaan terhadap Riduan Masmud, 40, walaupun laporan polis sudah dibuat bagi menarik balik laporan dibuat ibu saudara mangsa berhubung kejadian rogol yang berlaku di sebuah kereta.



Gambar Hiasan



“Pendakwaan diteruskan walaupun mereka sudah berkahwin dan perkara ini tidak dinyatakan kepada pegawai penyiasat,” katanya pada prosiding, di sini, semalam.

Tertuduh diwakili Loretto S Padua manakala peguam Datuk Mariati Robert menjadi pemerhati bagi Persatuan Undang-Undang Sabah.

Pada 28 Februari lalu, Riduan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rogol statutori dalam kereta di tepi jalan di Inanam, jam 10 pagi pada 18 Februari lalu.

Kes itu mendapat perhatian ramai apabila Mahkamah Sesyen, di sini, 20 Mei lalu, dimaklumkan Riduan sudah berkahwin dengan mangsa mengikut undang-undang Syariah, malah salinan sijil perkahwinan itu turut diserahkan kepada mahkamah.

read more...

EKSKLUSIF : PPS SABAH BERKONGSI NIAT JAHAT AGBIMUDIN



"DIA minta bertemu seorang personaliti dan maklumkan personaliti itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui personaliti itu.

Kita ingat, bila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.

Selepas itu dia minta berjumpa pula abangnya, Ismail Kiram.

Untuk usaha ini, kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka.

Namun dia tetap tak mahu beralah.



"Dia mahu kita iktiraf dia sebagai King of Borneo.

Saya cakap dengan dia, sedangkan Kerajaan Filipina tak iktiraf dia sebagai King of Borneo, mustahil kita boleh iktiraf seperti yang dia mahu.

Macam-macam usaha kita buat. Kita panggil isteri dia, anak dia dan libatkan Kerajaan Filipina tapi dia masih degil."

Begitulah sepintas bicara Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib, menceritakan kisah di sebalik usaha menyelesaikan krisis tegang pencerobohan di daerah Lahad Datu oleh Pengganas Kiram yang mengemparkan negara di sepanjang Februari dan Mac lalu.

BERSAMBUNG....
read more...

KRISIS LAHAD DATU : FILIPINA BAKAL AMBIL TINDAKAN KE ATAS KIRAM

KOTA KINABALU - Manila selesai menjalankan siasatan terhadap pencerobohan tentera Sulu 12 Februari lalu ke atas Sabah dan dijangka membuat keputusan sama Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu akan dikenakan tindakan.

Media Filipina melaporkan bahawa orang kanan politik Filipina, termasuk bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro Nur Misuari, didapati tidak mempunyai sebarang penglibatan oleh Biro Penyiasatan Kebangsaan Filipina (NBI).




Laporan itu juga menyatakan bahawa NBI telah mengemukakan laporan siasatan itu kepada Jabatan Keadilan (DOJ) dan mengesyorkan untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap Jamalul Kiram dan 38 pengikut bersenjatanya, yang ditahan oleh pihak berkuasa Filipina pada 13 Mac apabila mereka pulang dari Sabah.

NBI juga mencadangkan mereka yang terlibat didakwa kerana memiliki senjata api secara haram, melanggar larangan senjata api dan kerana menghasut perang terhadap negara asing.

Walau bagaimanapun, butiran laporan itu tidak disediakan untuk pihak media sambil Setiausaha Kehakiman Filipina Leila de Lima berkata hasil siasatan NBI akan dijadikan sebagai asas untuk memfailkan tuduhan terhadap para konspirator.

Menurut ‘Philippine Star’, siasatan NBI menunjukkan bahawa keluarga Kiram dan penyokong mereka telah membuat rancangan untuk “serangan” seawal November 2012.

Selain Misuari, siasatan NBI juga mendapati bekas penasihat keselamatan negara Norberto Gonzales dan setiausaha agung Pastor Saycon “tidak mempunyai peranan atau penglibatan” dalam serangan Sulu seperti yang didakwa sebelum ini.




“Tidak ada bukti yang cukup untuk membuktikan bahawa mana-mana daripada mereka telah dibiayai atau membantu Kiram untuk membawa pengikut bersenjata ke Sabah,” lapor sebuah akhbar yang memetik sumber.

Jamalul Kiram dan ahli keluarganya tidak bersetuju untuk memberi kenyataan kepada NBI walaupun jurucakap Abraham Idjirani hadir untuk siasatan itu.

Sekumpulan kira-kira 200 orang yang diketuai oleh adik Jamalul Kiram, Azzimudie Kiram tiba di Kampung Tanduo di daerah Lahad Datu pantai timur Sabah pada 9 Februari yang membawa kepada serangan antara kumpulan bersenjata dan pasukan keselamatan Malaysia. - MD
read more...

LAHAD DATU ATAU PRU13 : RCI YANG MANA KERAJAAN PERLU DAHULUKAN??



Kerajaan Malaysia mesti mempunyai satu keutamaan yang jelas iaitu melindungi keselamatan rakyat dan negara ini, khususnya daripada pencerobohan militer oleh pengganas asing. 

Rakyat Malaysia khususnya di Sabah masih tertanya-tanya mengapa Suruhanjaya Siasatan Diraja ataupun dikenali sebagai Royal Commission of Inquiry (RCI) tidak ditubuhkan untuk menyiasat dan mengadili mereka yang terlibat dalam menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 10 anggota pasukan keselamatan negara kita di Lahad Datu tempoh hari. 

Apakah yang lebih penting, melayan kerenah seorang manusia yang sudah gila bayang kerana gagal memenangi PRU13 untuk menjadi Perdana Menteri, atau melayan keperluan rakyat kita di pantai timur Sabah yang memerlukan jaminan keselamatan akibat pencerobohan pengganas yang kemungkinan akan berulang semula.





Tubuhkan dahulu RCI Pencerobohan Lahad Datu, barulah tubuhkan RCI PRU13! Dahulukan mana peristiwa yang terdahulu terjadi, ikut giliranlah!

Terdapat penemuan terbaru bahawa Anwar Ibrahim mendapat bantuan kewangan yang besar dari sebuah syarikat di negara jiran, dengan tujuan untuk melemahkan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepada dunia dan rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Malaysia lemah serta tidak mampu menangani kemelut pencerobohan terancang di Lahad Datu itu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pemimpin negara tersebut dan Anwar Ibrahim sudah tidak boleh menyembunyikannya lagi!

Maka, kita mendesak supaya kerajaan menyegerakan dan mengutamakan penubuhan RCI Pencerobohan Pengganas di Lahad Datu, bukannya RCI PRU13 yang sudahpun selesai dengan jayanya. 

Berjaya kerana kerana kerajaan DAP Pulau Pinang, kerajaan DAP Selangor dan Kerajaan PAS di Kelantan turut telah berjaya ditubuhkan hasil daripada kemenangan mereka di dalam PRU13 baru-baru ini. Mereka semua menerima dan tidak membantah keputusan PRU13!

-My Massa


BB : SECARA PERIBADI TENTULAH BB MAHUKAN RCI KRISIS LAHAD DATU DISEGERAKAN! SUDAH CUKUP DENGAN PELBAGAI ANDAIAN DAN TANGGAPAN MALAH TUDUHAN BERKENAAN HUBUNGKAIT PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBAGAI DALANG PENCEROBOHAN TERSEBUT. KEPADA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB, JANGAN SAMPAI PERSEPSI PEMBANGKANG MENJADI REALITI! 
read more...

VIDEO : MAYAT MANGSA TRAGEDI BOT KARAM DITEMUI


Penduduk rumah panjang di Rh Tevok menemui mayat Tujok Lah, 44, tidak jauh dari tempat bot ekspres yang dinaikinya karam kira-kira pukul 7 pagi Khamis.

Tujok, kaum Orang Ulu dari Rh Sking, Ng Merit dekat sini antara 14 mangsa yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam setelah terlanggar batu.

Mayat Tujok Anak Lah, 44 tahun, dijumpai penduduk kampung dekat Wong Tukuk, kira-kira 30 minit dari lokasi nahas.








read more...

MESTI LAYAN!! ANAK KAMPUNG VERSI AWEKS THAILAND


video ini telah ditonton 352 ribu orang memang dahsyat apapun jom kita dengar lagu aku anak kampung versi awek comel dari Thailand ini



Jom layannzz..



What Say U??

read more...

Bot Karam: 3 Bomoh Siam Bantu Cari Mangsa Hilang






BELAGA - Tiga sami Buddha didatangkan khas dari Wat Velurachin, Thonburi, Bangkok bagi membantu pada hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat mangsa bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam di Giam Bungan, Sungai Rajang.

Tiga sami itu Phra Maha Songsak, 69, Phra Maha Lamphua, 44, dan Phra Maha Precha, 41, tiba di sini sejak 3 Jun lepas dibawa oleh pemilik syarikat bot ekspres untuk membantu usaha mencari itu mengikut kepercayaan Buddha.

Menurut Phra Maha Songsak, ritual diadakan bagi meminta bantuan 'Mountain God' dan 'River God' membantu melepas serta membawa roh mangsa yang dikhuatiri mati ke 'syurga'.

Ritual selama sejam itu dimulakan dengan barangan seperti limau, epal, baju dan kasut kertas, biskut, gula-gula, air mineral, Rum dan 'wang tebusan' 'Hell Money' sebanyak tiga juta disusun manakala colok dipasang di tepi tebing sungai.

Ini diikuti bacaan mantera diketuai Phra Maha Songsak dan dua lagi sami dengan turut disertai wakil pemilik bot, Neo Keat Seng bersama isterinya.

Tali kemudian diletakkan pada wang kertas Hell Money dan dipegang oleh ketiga-tiga sami berkenaan sebelum air mineral yang sudah dijampi dan Rum dituang di tebing sungai.

Bacaan mantera diteruskan sebelum ritual diakhiri dengan pembakaran wang kertas serta baju dan kasut kertas manakala Phra Maha Songsak pula menabur kelopak bunga-bungaan ke dalam sungai.

Dalam kejadian 28 Mei lepas, sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari Sibu.

Setakat ini, jumlah mangsa yang selamat ialah 205 orang, dua masih hilang dan satu mayat, Tujok Lah sudah dijumpai.

Dua mangsa yang masih hilang ialah Roslin Jati dan Maurice Ajan. - Bernama
read more...

LAHAD DATU : ESSCOM MENGIKUT PERANCANGAN

LAHAD DATU - Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) adalah mengikut perancangan yang disasar bagi mempertingkat kawalan keselamatan di kawasan timur negeri ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata sebagai sebuah organisasi baharu, Esscom yang ditubuh sejak dua bulan lepas, berada di landasan yang betul dan fasa penubuhannya adalah cepat.



Abdul Rahim Bakri


"Mereka yang dipertanggungjawab dalam Esscom diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cekap sehingga dalam tempoh dua bulan, organisasi itu dapat diinstitutkan," katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat sementara Esscom di Pangkalan Polis Marin di sini hari ini.

Pembentukan Esscom diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu untuk menjaga kedaulatan serta keselamatan kawasan pantai timur negeri Sabah.

Ia meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau.

Penubuhan Esscom adalah susulan insiden pencerobohan pengganas militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Tungku pada Februari lepas.

Abdul Rahim juga berkata sokongan padu kerajaan pusat dan negeri akan dapat meluaskan lagi peranan Esscom selari dengan matlamat penubuhannya.

Beliau berkata ini penting bagi memastikan organisasi itu benar-benar memberi fungsi dan pelaksanaan tugas kepada kawasan timur negeri Sabah dari segi keselamatan serta pembangunan.

Terdahulu, Abdul Rahim melakukan lawatan kerja ke kawasan Operasi Daulat di Felda Sahabat di Kem Tanduo dan menyertai program jiwa murni kesihatan yang dilaksana Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia di Kampung Tanjung Labian serta Tanjung Batu. - Bernama
read more...

REALITI : INI TANAH MELAYU KER TANAH BESAR CHINA?



Pastinya artikel Utusan ini bakal meletop seperti juga artikel Apa Lagi Cina Mahu ? Tajuknya saja dah buat mereka yang spesis dengan Lim Kit Siang berguling2....

Walaupun tajuknya tak sebut perkataan Cina tapi siapa lagi di Malaysia RASIS kalau bukan cina, kan? 




KUALA LUMPUR 4 Jun - Satu kajian yang dilakukan seorang penyelidik sebuah universiti awam mengesahkan wujud diskriminasi terhadap graduan Melayu yang memohon pekerjaan di syarikat swasta yang majoriti dimiliki kaum Cina dan asing.

Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan graduan kaum Cina menjadi pilihan untuk dipanggil temu duga berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini.

Kajian selama enam bulan itu mendapati, syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina dan pihak asing lebih mengutamakan graduan kaum Cina untuk bekerja dengan mereka.

"Daripada lebih 3,000 resume yang dihantar kepada syarikat terbabit, kaum Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga.

"Kaum Cina pula mempunyai sebanyak 22.1 peratus peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan setara dan lepasan universiti sama dengan kaum Melayu," menurut kajian itu.

Kajian tersebut hanya melibatkan graduan yang baru menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan yang memohon bekerja dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.

Menurut kajian itu, graduan daripada IPTA yang dikenali dan diiktiraf iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lebih diutamakan majikan.

"Sambutan majikan terhadap graduan IPTS adalah rendah dan hanya graduan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) termasuk kaum Melayu yang belajar di situ menjadi pilihan terutama dalam bidang perakaunan.

"Graduan kaum Melayu yang boleh menulis, bertutur dan membaca dalam bahasa Cina juga lebih berkemungkinan dipanggil menghadiri temu duga berbanding yang tidak mempunyai kebolehan itu," mengikut kajian itu.

Kajian itu merumuskan supaya kerajaan memandang serius isu berkenaan bagi memastikan diskriminasi terhadap graduan Melayu tidak berterusan.

"Sudah sampai masa kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia menggubal Akta Peluang Saksama dan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi memantau pelaksanaan akta ini supaya tiada sebarang diskriminasi berlaku di negara ini," menurut kajian itu.


BB : 10 Tahun Sudah BB Dah Alami Perkara Ini. Dan Semakin Tahun Nampaknya Semakin Berani Mereka Meletakkan Ia Secara Terbuka Sebagai Syarat Di Ruangan Iklan Bagi Pencari Kerja. Kadang-kadang Terfikir Gak Alangkah Bagusnya Kita Mengikut Cara Indonesia Dalam Mendoktrinkan  Budaya dan Bahasa Di Kalangan Rakyatnya!!

Ini sekolah pun tak mampu nak selaraskan!!! PARAH
read more...

BONGKAR!!! WAJAH SEBENAR BLOGGER EFFI OBEFIEND DIDEDAHKAN!!

Inilah wajah blogger blogserius.blogspot.com yang menghina YDP AGONG!!!

Persoalannya, kenapa dan mengapa isu penghinaan kepada YDP AGONG seakan-akan menjadi "trend" ketika ini?

Bukan mereka 2-3 kerat ini sahaja, dah "bersepah" di media sosial seperti FB dan Twitter..

Persoalan yang perlukan jawapan dari pakar2 sejarawan dan bijak pandai

Mencegah lebih baik daripada merawat!!





Takkan KDN hari-hari nak menghadap puak-puak mereka saja..secara matematik mereka sudah buat perkiraan dalam hal ini. Habis teruk pun kalau sabit kesalahan bayar denda saja. Mana boleh tarik balik hak warganegara ke??!! Apapun mereka memang sudah rancang semua ni sudah lama. Mereka sudah siap 10 langkah di depan kita.

Kita baru dok berhujah, baru nak berhujah tentang ini tetapi mereka sudah standby nak menggerakkan yang lain pulak. Memang mereka dah susun nak punahkan semua ni. Sepatutnya puak-puak ni yang sepatutnya dihentam oleh penceroboh Lahad Datu, mereka ni langsung tak peduli tentang PERLEMBAGAAN NEGARA!!!

Dan ramai yang bukan Bumiputera PKR pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab nak terus memperbodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS, untuk menyembunyikan rahsia mereka ini sebagai menjadikan negara semakin tidak tenteram.


BB : MEMANG NAMPAK JELAS PERANCANGAN TINDAKAN MEREKA. BEGITU TERSUSUN DAN MENGIKUT FASA. SELEPAS SATU ISU, SATU LAGI ISU BARU AKAN DIMAINKAN SECARA KONSISTEN DAN MENYELURUH! DISEBARKAN SECARA MELUAS. 

ITU DI PIHAK MEREKA!!! DI PIHAK KERAJAAN?? 

SUDAH BERSEDIA ATAU HANYA MENANTI ISU-ISU BARU UNTUK DITANGKIS....

AKHIRNYA HUJAH DAN PENDAKWAAN GAGAL!!!

LIHAT ISU PENGHINAAN YDP AGONG, HARI INI PENGHINA TERSEBUT TELAH DIBEBASKAN POLIS SELEPAS DITAHAN SEMALAM..

ADAKAH PENGUATKUASAAN DAN SISTEM PERUNDANGAN NEGARA TERLALU LEMAH SEHINGGA MENJADI MAINAN OLEH "PAKAR" PERUNDANGAN DALAM NEGARA?

ATAU PELAKSANA PERUNDANGAN KITA "LENA" DENGAN KUASA EKSEKUTIF YANG MEREKA ADA?

TEPUK DADA TANYA AKAL!


read more...

MUKJIZAT : KENAPA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK MEMILIKI BAYANG

Semua sedia maklum, satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya… Rahmatan Lilalalmin…

Baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. Baginda itu Nur Muhammad… Cahaya atas cahaya… Allahu Rabbi…





Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw…. Rambut ini apabila disuluh tiada bayang… Jelas… Ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah… Rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada… Buktinya apabila rambut ini dipotong.. Ia akan kembali kepada panjang asal….

Sollu alan Nabi…

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ 


Allahumma salli `ala muhammadin wa’ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa’ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid.

ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak, jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu.

Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:

Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat:

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :

Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap:

Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)

13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)

14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)

15. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. Kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya syaitan tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat.
(Hr Muslim)

والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Wallahua’lam…

- SUMBER
read more...

30 BULAN PENJARA BUAT PEMIMPIN HINDRAF P. UTHAYAKUMAR





Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P Uthayakumar dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah membuat kenyataan hasutan pada 2007.

Beliau didakwa memuatkan bahan hasutan dalam surat yang ditulis antara 15 November hingga 8 Disember 2007 kepada perdana menteri British ketika itu Gordon Brown, yang mendakwa terdapat pembersihan etnik India miskin di Malaysia. 

Dia juga memuatkannya di laman web Police Watch yang tidak lagi beroperasi.

Pada Isnin, Uthayakumar menolak untuk menyambung pembelaannya atas alasan bahawa keadaan kes itu tidak membenarkannya untuk meneruskannya. Dia juga enggan membuat penghujahannya pagi ini.

Kes itu dikendalikan oleh Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.


read more...

PHEWITT!! Amy Search BANTAI Anwar Dalam Instagram!!



Instagram Amy Search...

read more...

DUSTA DAN FITNAH!! HARAKAH DIKECAM PEMBACANYA SENDIRI!!




Harakah dan PAS berbangga kerana kononnya mereka turut berjaya mengesan bukti warga Bangladesh yang jadi pengundi hantu dengan memaparkan gambar diatas di Facebook mereka. 

Sebagai pejuang daulah islamiah, PAS dan Harakah tidak sedikit pun rasa bersalah menuduh masyarakat Orang Asli sebagai pengundi hantu atau Bangla. Ini juga menunjukkan mereka sanggup menghina masyarakat Orang Asli secara keterlaluan, hanya berdasarkan warna kulit.

Dibawah ini adalah komenter serta teguran dari penyokong PAS terhadap fitnah melampau yang dibuat Harakah.





- SUMBER



BB : HARAMKAH!! KAH...KAH..KAH... FITNAH DAN DUSTA MAINAN MEREKA JUGA RUPANYA!!! ADA KELUAR PENATIAN ATAU RALAT TAK?

KAH..KAH...KAH...
read more...

SEORANG KRITIKAL, SEORANG TERBUNUH!! NASIB PENDAKI MALAYSIA DI EVEREST


NEW DELHI, Keadaan cuaca buruk telah mengendalakan misi menyelamat dua pendaki Malaysia, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal dan seorang lagi disahkan meninggal dunia.

"Proses membawa keluar mereka sedang diusahakan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk memindahkan jenazah pendaki muda itu manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal," kata seorang pegawai Malaysia di Kathmandu, Nepal.

Pendaki yang meninggal dunia ialah Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, kakitangan Perbadanan Putrajaya.



Gambar Hiasan


Kedua-dua pendaki mengalami penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness) semasa dalam perjalanan ke kem pangkalan Gunung Everest dan seorang meninggal dunia pada 5 petang (waktu Nepal) pada Isnin, katanya kepada Bernama ketika dihubungi Selasa.

"Pintu keluar terdekat ialah Lapangan Terbang Lukla. Kami perlu tunggu sehingga keadaan cuaca bertambah baik sebelum kami boleh membawa balik jenazah dan rakyat Malaysia yang sakit teruk ke Kathmandu."

Lapangan Terbang Tenzing-Hillary, juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Lukla, adalah sebuah lapangan terbang kecil di bandar Lukla, di Khumbu, daerah Solukhumbu, zon Sagarmatha, timur Nepal.

"Proses menghantar mereka pulang ke Malaysia hanya boleh dilakukan sebaik mereka berada di Kathmandu," kata pegawai itu.



-- BERNAMA
read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top