Nuffnang

KURANG AJAR!! SARJAN POLIS DAN KELUARGA DIBOGELKAN PEROMPAK!!


KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat sarjan dan ahli keluarganya berdepan detik cemas apabila bergelut dengan sekumpulan empat penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Seksyen 6 Wangsa Maju, di sini, hingga pistol miliknya dirampas.

Ketika kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa di rumah bersama isteri dan seorang anak perempuan sebelum secara tiba-tiba empat lelaki bertopeng serta bersenjatakan parang masuk ke kediamannya.




Menurut sumber, kumpulan penjenayah itu mengarahkan semua mangsa ke tingkat atas sebelum menggeledah rumah.

“Dalam keadaan kelam-kabut dan cemas itu, anggota polis berkenaan cuba mempertahankan diri dengan mengambil pistol miliknya yang disimpan bersama 30 peluru di atas almari, namun tindakannya itu disedari kumpulan penjenayah terbabit.



“Berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek hingga menyebabkan pistolnya dirampas dan berang dengan tindakan mangsa itu, penjenayah terbabit bertindak membogelkan semua mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber berkata, selain pistol milik mangsa, suspek turut merampas beberapa barang berharga termasuk wang tunai sebelum melarikan diri menaiki kenderaan diletakkan di kawasan berhampiran rumah mangsa.

“Suspek sempat mengambil telefon bimbit jenis Sony Xperia dan iPhone 4, rantai emas serta jam tangan selain wang tunai kira-kira RM2,000.

“Semua suspek melarikan diri dengan kenderaan tidak dapat dipastikan jenis dan kerugian mangsa dianggarkan RM6,000,” katanya.

Difahamkan, anggota polis itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - MD
Share this article

4 Komen:

  1. Penjenayah mempunyai banyak taktik untuk memudahkan kerja mereka..... ugutan bunuh,rogol,mencederakan mangsa , bogelkan mangsa dsbnya. Taman aku sejak diduduki 2003-2009 sebanyak 33 kes kecurian/pecah rumah berlaku. Tetapi 2010 hingga sekarang, Alhamdulillah taman aku (38 buah rumah semiD setingkat) guna khidmat guard bertugas dari 11 mlm -11.00 pagi...... (hasil kesanggupan setiap rumah menyumbang RM40 sebulan untuk membiayai bayaran guard). 4 tahun berlalu kecurian/pecah rumah 0%

    BalasPadam
    Balasan
    1. BERGUNA JUGA PENGAWAL KESELAMATAN ADALAH BERTUGAS MENJAGA KESELAMATAN HARTABENDA DAN NYAWA...

      Padam
  2. betul. mencegah lebih baik dari merawat. lebih baik kuar duit skit untuk keselamatan dari berkira kerana malang tak berabu. ngeri pula dengar. akibat pendatang yang berleluasa. mudah-mudahan dijauhi segala bencana.

    BalasPadam
  3. BARU DIA TAHU HEBAT NYA PEJENAYAH SKRG,JGN KITA LEKA..,KITA SENTIA PEKA,DGN KESELAMATAN DIRI KITA DAN KELUARGA, JENATAH BOLEH BERLAKU TANPA DI DUGA

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top