Nuffnang

2 LAGI SUSPEK HINA YDP AGONG SERAH DIRI

KUALA LUMPUR - Dua daripada tiga lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD), di sini semalam.




Jurucakap polis berkata kedua-dua mereka iaitu lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 30-an tiba di IPD itu pada pukul 3 petang, dengan ditemani seorang peguam.

Polis masih mengambil keterangan mereka, katanya ketika ditemui Bernama.

Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim yang kemudian menerima respons daripada pengguna lain.


IMBAS KEMBALI....



Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis dan pada Khamis lepas, polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun di Ampang bagi membantu siasatan.

Sementara itu, tatkala ramai rakyat yang marah serrta banyak laporan polis dibuat dek sesetengah orang yang menghina insitusi Raja dan Yang Di-Pertuan Agung, masih ada juga orang yang mahu mempertahankan kebiadapan tersebut!




Individu yang dimaksudkan ialah Ahli politik parti PKR di atas. Namanya Gooi Hsiau Leung, Ahli Parlimen Alor Setar, Kedah!

Beliau telah mempertahankan kenyataan Melissa Gooi yang 'muntah apabila mendengar titah Yang Di-Pertuan Agung'. Kenyataan Melissa Gooi itu pula disambut oleh rakan-rakan beliau yang bertanya Yang Di-Pertuan Agung wujudkah?

Cuma tidak dapat dipastikan adakah mereka mempunyai pertalian saudara memandangkan nama "GOOI" yang ada pada kedua-duanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top