
Browse » Home »
belia
,
Berita
,
info
» SEORANG KRITIKAL, SEORANG TERBUNUH!! NASIB PENDAKI MALAYSIA DI EVEREST
SEORANG KRITIKAL, SEORANG TERBUNUH!! NASIB PENDAKI MALAYSIA DI EVEREST
NEW DELHI, Keadaan cuaca buruk telah mengendalakan misi menyelamat dua pendaki Malaysia, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal dan seorang lagi disahkan meninggal dunia.
"Proses membawa keluar mereka sedang diusahakan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk memindahkan jenazah pendaki muda itu manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal," kata seorang pegawai Malaysia di Kathmandu, Nepal.
Pendaki yang meninggal dunia ialah Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, kakitangan Perbadanan Putrajaya.

Gambar Hiasan
Kedua-dua pendaki mengalami penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness) semasa dalam perjalanan ke kem pangkalan Gunung Everest dan seorang meninggal dunia pada 5 petang (waktu Nepal) pada Isnin, katanya kepada Bernama ketika dihubungi Selasa.
"Pintu keluar terdekat ialah Lapangan Terbang Lukla. Kami perlu tunggu sehingga keadaan cuaca bertambah baik sebelum kami boleh membawa balik jenazah dan rakyat Malaysia yang sakit teruk ke Kathmandu."
Lapangan Terbang Tenzing-Hillary, juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Lukla, adalah sebuah lapangan terbang kecil di bandar Lukla, di Khumbu, daerah Solukhumbu, zon Sagarmatha, timur Nepal.
"Proses menghantar mereka pulang ke Malaysia hanya boleh dilakukan sebaik mereka berada di Kathmandu," kata pegawai itu.
-- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



trouble at kl tower fahmi fadzil government and li...

lina nak dengar sangat suara abah anak oku ini cub...

gempa di myanmar 144 terbunuh 732 cedera dalam gem...

scam kononnya pmx sediakan pelaburan ia adalah pal...

syawal tanpa keluarga tiga beradik yatim piatu sek...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....