Laporan Daripada BERNAMA pula memetik :
VIDEO : Tragedi Struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang Yang Runtuh
Georgetown: Empat dipercayai maut manakala tiga cedera parah selepas sebahagian rangka utama susur masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 50 meter dari arah Batu Maung yang dalam pembinaan runtuh, petang semalam.
Bagaimanapun, mengikut beberapa saksi, dipercayai masih ada kenderaan terperangkap apabila sisa jambatan seberat 200 tan itu runtuh di atas Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu itu.
Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, jalan kedua-dua arah dikatakan sibuk dengan kenderaan berikutan waktu pulang bekerja.
Bagaimanapun sehingga jam 12.30 malam tadi, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar enggan mengesahkan jumlah kematian dalam kereta berkenaan.
Difahamkan, lebih 10 pekerja sibuk memasukkan simen dalam rongga rangka utama jambatan berkenaan sebelum ia runtuh.
- BERITA HARIAN
Laporan Daripada BERNAMA pula memetik :
Laporan Daripada BERNAMA pula memetik :
Polis hari ini mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an di dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pasukan penyelamat menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu tanpa penumpang lain.
"Adik mangsa dalam perjalanan ke sini untuk membuat pengecaman sama ada mayat itu adalah abangnya. Kita ada menerima laporan berhubung kehilangan anggota keluarga daripada seorang individu di Batu Maung," katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata setakat ini hanya satu mayat ditemui di dalam timbunan runtuhan konkrit itu dan percaya tiada mangsa lain terlibat dalam kejadian berkenaan.
"Usaha untuk mengeluarkan mayat yang tersepit sedang dijalankan. Kita menghadapi sedikit kesulitan berikutan timbunan konkrit dan besi yang masih berada di tempat kejadian," katanya
- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



malaysian embassy in bangkok sealed after myanmar ...

trouble at kl tower fahmi fadzil government and li...

melaka has been attracting visitors for more than ...

minister be civil when posting on 3r issues

blogspot migrate ke wordpress

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
kasihan sekali korban celaka..
BalasPadam