Nuffnang

ROGOL KEMUDIAN KAHWIN : PENDAKWAAN TETAP DITERUSKAN!!

Kota Kinabalu: Pendakwaan terhadap seorang pengurus restoran yang didakwa merogol budak perempuan berusia 12 tahun tetap diteruskan walaupun dia sudah mengahwini kanak-kanak berkenaan, awal bulan lalu.

Peguam Kanan Persekutuan Jamil Aripin ketika prosiding di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, yang bersidang di depan Hakim Ummu Khatom Abd Samad mengesahkan proses pendakwaan itu.

Ummu Khatom turut menetapkan 20 Jun depan bagi pengurusan kes dan perbicaraan bermula 1 hingga 4 Julai manakala ikat jamin dilanjutkan sehingga kes selesai. Jamil berkata, pihaknya meneruskan pendakwaan terhadap Riduan Masmud, 40, walaupun laporan polis sudah dibuat bagi menarik balik laporan dibuat ibu saudara mangsa berhubung kejadian rogol yang berlaku di sebuah kereta.



Gambar Hiasan



“Pendakwaan diteruskan walaupun mereka sudah berkahwin dan perkara ini tidak dinyatakan kepada pegawai penyiasat,” katanya pada prosiding, di sini, semalam.

Tertuduh diwakili Loretto S Padua manakala peguam Datuk Mariati Robert menjadi pemerhati bagi Persatuan Undang-Undang Sabah.

Pada 28 Februari lalu, Riduan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rogol statutori dalam kereta di tepi jalan di Inanam, jam 10 pagi pada 18 Februari lalu.

Kes itu mendapat perhatian ramai apabila Mahkamah Sesyen, di sini, 20 Mei lalu, dimaklumkan Riduan sudah berkahwin dengan mangsa mengikut undang-undang Syariah, malah salinan sijil perkahwinan itu turut diserahkan kepada mahkamah.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top