Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS!! Pemimpin Tertinggi PKR Kalah Saman RM557 Juta


Mahkamah Tinggi Tawau, Hakim Chew dalam penghakimannya pada 30 September telah memutuskan Christina Liew dan dua rakan subahatnya bersalah, selain diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29.

Pelik tak?

Tidak ada satu pun tentang kes ini disebut-sebut oleh PKR sebaliknya mereka sangat sibuk dengan isu-isu lain yang digembar-gemburkan, seolah-olah PKR cuba menutup kejalangan Christina Liew!

Berita Penuh 

Saturday, October 31, 2015

Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew telah kalah dalam saman bernilai RM557 juta.


Christina, seorang peguam yang juga dipercayai seorang imigran dari Indonesia, telah didapati bersalah kerana terlibat memberi nasihat, berkonspirasi dan mendalangi rakan sekongkolnya yang merupakan defendan pertama, dikenali dengan nama Siti.

Siti adalah kakitangan Christina Liew sendiri bersama-sama seorang lelaki bernama Samsuri Baharuddin yang menjadi peguam kepada 819 orang pemilik kebun kecil untuk memujuk mereka menjual tanah seluas 12,000 ekar.

Skim yang melibatkan Christina Liew itu turut membabitkan pekerja-pekerjanya sendiri sebagai pembeli untuk membeli setiap bidang tanah pekebun kecil pada harga RM45,000 untuk setiap lot yang berkeluasan 15 ekar. Dengan kata lain, berharga RM3,000 bagi setiap ekar atau 0.69 sen bagi setiap kaki persegi untuk tanah yang telah dibangunkan dan ditanam dengan kelapa sawit.

Mahkamah telah mendapati, Christina menggunakan kakitangannya untuk bertindak sebagai pembeli tanah-tanah berkenaan manakala perjanjian jual dan beli yang ditandatangani oleh pekebun-pekebun kecil tersebut sekitar tahun 2005 dan 2006 disediakan sendiri oleh Christina Liew walaupun peguam mereka adalah Samsuri Baharudin. Jual beli tanah tersebut telah menyebabkan 819 orang pemilik tanah itu terdedah kepada kesalahan melanggar perjanjian dengan syarikat Kerajaan Negeri Sabah bagi pemilikan tanah berkenaan.

Laporan-laporan berita turut menyatakan, kebanyakan daripada pemilik tanah tersebut telah membuat laporan polis ke atas Christina Liew dan dua orang lagi defendan apabila mereka dipaksa menandatangani surat perjanjian atau menurunkan cop ibu jari pada kertas kosong.

Sejarah tanah dalam kes ini adalah seperti berikut:

Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1980 telah mewujudkan skim pemilik tanah Bagahak bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan membolehkan golongan miskin memiliki tanah serta membangunkannya. Di bawah skim tersebut, setiap lot tanah seluas 15 ekar diagih-agihkan secara percuma kepada setiap pemilik.

Salah satu daripada syarat yang terkandung dalam skim tersebut ialah setiap orang pemilik perlu membangunkan tanah-tanah mereka sebelum Januari 1987. Sekiranya mereka gagal, Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk merampas tanah tersebut dan melantik mana-mana agensi untuk membangunkannya.

Memandangkan kebanyakan pemilik tanah berkenaan gagal memenuhi syarat, Kerajaan Negeri pada tahun 1993 telah melantik Sabah Land Development Board (SLDB) untuk membangunkan tanah-tanah tersebut dengan penanaman kelapa sawit.

Perjanjian pembangunan turut ditandatangani antara SLDB dengan Pemilik Kecil Bagahak pada tahun 1995, di mana SLDB akan membangunkan tanah-tanah tersebut menggunakan wang mereka sendiri yang kemudian ditukarkan sebagai pinjaman kepada pemilik-pemilik tanah yang perlu dibayar dalam tempoh 10 tahun.

SLDB telah membelanjakan sejumlah RM47,037,758 untuk membangunkan tanah-tanah tersebut.

Untuk tidak membebankan pemilik tanah dengan bayaran pinjaman, Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1997 telah memutuskan satu bentuk kerjasama diwujudkan antara pemilik-pemilik tanah dengan Borneo Samudera Sdn. Bhd, anak syarikat kepada syarikat milik Kerajaan Negeri, Sawit Kinabalu.

Di bawah perjanjian tersebut, 11,000 ekar tanah yang telah disuntik ke dalam syarikat perkongsian dan pemilik-pemilik tanh telah diberikan saham dalam syarikat. Menerusi kaedah ini, pinjaman pemilik-pemilik tanah kepada SLDB akan diselesaikan secara penuh oleh syarikat perkongsian dan kerjasama. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 9 Julai 1998.

Syarikat perkongsian itu telah membayar wang dividen pendahuluan kepada pemilik-pemilik tanah dari tahun 2000 sehingga 2013 yang berjumlah RM49,150 setiap orang.

Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding harga yang dibayar bagi setiap lot oleh pembli yang juga merupakan kakitangan di pejabat guaman ADUN Api-Api.

Mahkamah Tinggi Tawau, Hakim Chew dalam penghakimannya pada 30 September telah mendapatkan Christina Liew dan dua rakan subahatnya bersalah, selain diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29.

Pada 28 Oktober 2014, notis rayuan untuk mengenepikan hukuman telah difailkan oleh Christina Liew.

Share this article

2 Komen:

  1. kerja pemimpin PKR hanya nak MENIPU RAKYAT untuk keuntungan PERIBADI mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR= Parti Kencing Rakyat

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top