BERSIH : Anak MB Selangor Dipanggil Polis
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata anak lelakinya akan menduduki semua kertas peperiksaan akhirnya terlebih dahulu sebelum memberi sebarang keterangan kepada pihak polis berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.
Beliau berkata anak bongsunya berusia 15 tahun itu akan menghadapi peperiksaan mulai esok sehingga Jumaat.
"Peguam saya memberitahu polis bahawa anak saya akan menduduki peperiksaan akhir itu. Saya akan pastikan anak saya selesai menjalani peperiksaan itu terlebih dahulu sebelum memberi sebarang keterangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Deepavali, di Klang semalam.
Bagaimanapun, katanya beliau sedang menunggu nasihat peguamnya untuk tindakan selanjutnya.
Mohamed Azmin menerusi laman sosial Twitternya hari ini memuat naik status menyatakan anak lelakinya itu dipanggil polis bagi direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pukul 10 pagi esok, kerana terlibat di dalam perhimpunan berkenaan.
-Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



rebut peluang hebat di laman sendayan 2 sebelum te...

cream o pop stick buat sendiri goodies comel untuk...

orodesign platform jual beli emas fizikal yang ter...

virus hfmd serang sekolah panik attack mode on

hidup bukan perlumbaan fokus pada diri sendiri

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....