Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DAH LUPA? Syor Tun Mahathir Makan Diri


“Jika ini cara sistem undang-undang baru itu dikuatkuasakan, Dr Mahathir sendiri tidak akan selamat berdasarkan gaya hidup mewah keluarganya sendiri yang perlu dibuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan rasuah atau tidak akan dihumban ke penjara,” katanya menerusi entri terbarunya sskeruak.blogspot.my.

Syor yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mahkamah negara ini mengambil kira gaya hidup mewah sebagai bukti rasuah dilihat memakan diri sendiri.

Menteri, Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menempelak cadangan itu dan berkata beliau akan diheret sama ke penjara jika ia dilaksana.

Menurutnya, sekiranya aspek itu diambil kira, ia bermakna bahan bukti lain tidak diperlukan untuk mengaitkan seseorang dengan rasuah.

Ia bermakna sistem perundangan yang sepatutnya berfungsi tidak lagi selamat.

“Anda boleh ditahan dan diletakkan dalam penjara kerana memandu kereta dan tingga di rumah (mewah) atas alasan rasuah,” tulisnya.

Menurut Salleh jika apa yang dicadangkan Dr Mahathir diterima, ia bermakna seseorang dikira bersalah sehingga dia dapat membuktikan dirinya tidak bersalah.

Ia bercanggah prinsip undang-undang di mana seseorang tidak dianggap bersalah sehingga terbukti bersalah.

Bekas Perdana Menteri itu melontarkan cadangan itu pada ucap utama pada Simposium Malaysia Perangi Rasuah 2015 di ibu negara.

Salleh Said Keruak
Tun Dr Mahathir Mohamad said he does not want to change the system. He just wants to change the Prime Minister. He will then let Malaysians decide on what system they want after Malaysia gets a new Prime Minister. The question now would be: why did Dr Mahathir not change the system when he was Prime Minister for 22 years?
Since Dr Mahathir wants to allow Malaysians to decide their own future, what if Malaysians decide they still want Najib Tun Razak as the Prime Minister? Is Dr Mahathir prepared to agree to this? While he is prepared to allow Malaysians to decide what system they want, Dr Mahathir wants to dictate who should be Prime Minister and will not allow Malaysians to make that decision.
As far back as 2008 Dr Mahathir had already announced that he wants a Presidential Council to be set up and for the country to be run by a Council of Elders. More than seven years later and he is still pushing for that to be implemented although there is no such system in the Constitution or in a Westminster system of government.
Dr Mahathir also said that a lavish lifestyle is evidence enough that someone is corrupt and that the court can take action against that person. You do not need any other evidence other than that. If that is how our legal system is supposed to work then no one is safe any longer. You can be arrested and put in jail just because someone says you are corrupt based on the car you drive or the house you live in.
In the end the person is assumed guilty until and unless he or she can prove innocence. If this is how the new legal system is supposed to work then even Dr Mahathir himself would not be safe based on the lavish lifestyle of his own family who would need to prove they are not corrupt or else would have to go to jail.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top