Nuffnang

SPRM : Najib Razak Setuju Beri Keterangan


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa SPRM telah dan sedang mengambil segala tindakan yang perlu bagi melengkapkan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion secepat yang mungkin.

Sebagaimana telah disebutkan oleh SPRM pada 13 Oktober 2015, SPRM menyasarkan untuk melengkapkan siasatan kes SRC International sebelum akhir tahun ini dengan syarat boleh akses kepada dua pengarah SRC International, saksi penting yang masih berada di luar negara, dan diambil keterangan daripada mereka.


Pun begitu ia tidak menghalang SPRM daripada memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diambil keterangan, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed kepada pemberita di Kompleks SPRM Johor, Johor Bahru hari ini.

Tan Sri Abu Kassim berkata, pihak SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk diambil keterangan.

“SPRM sedang menunggu tarikh untuk menemu bual beliau (Perdana Menteri) bagi memberi penjelasan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan siasatan,” kata beliau.

Tan Sri Abu Kassim berkata, SPRM akan menjalankan siasatan merangkumi kesemua aspek.

“Pegawai-pegawai SPRM sedang bekerja keras untuk menyiapkan kertas siasatan mengikut tempoh yang disasarkan oleh SPRM,” kata beliau.

Dalam pada itu, menurut Tan Sri Abu Kassim, berkaitan dengan siasatan dana RM2.6 bilion, SPRM memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan kerana kebanyakan transaksi berlaku di luar negara, di mana ia memerlukan proses Mutual Legal Assistance (MLA).

Justeru, SPRM memerlukan masa untuk mendapatkan kerjasama beberapa pihak dari luar negara, kata beliau.

Katanya, sementara SPRM berhasrat untuk menyelesaikan siasatan isu SRC International dan dana RM2.6 bilion dengan kadar yang segera, SPRM tidak akan berkompromi dari segi kepentingan bukti dan saksi-saksi yang penting.

Menurut beliau, SPRM dari semasa ke semasa memaklumkan status siasatan kepada badan-badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas, SPRM mengambil kira harapan semua pihak termasuk kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu pada awal Oktober 2015.

SPRM memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top