Nuffnang

GULING NAJIB : Rayuan Muhyiddin Dan Tun M Tidak Dilayan?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa pernah meminta bantuan sekumpulan tokoh Melayu ternama yang dikenali dengan gelaran ‘G25’ untuk menentang Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli kumpulan tersebut, Tawfik Ismail berkata, Muhyiddin pernah memanggil G25 dalam satu mesyua­rat September lalu bagi menyuarakan perasaan tidak puas hatinya terhadap kepemimpinan Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, beliau yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memberitahu, G25 mengambil pendirian tidak menyebelahi mana-mana pihak dan enggan terlibat dalam isu tersebut.

“Kemudian beliau bertanya kepada kami, bagaimana kami boleh membantu. Kami berkata, pertamanya, kami tidak fikir kami cenderung memihak kepada sesiapa dalam politik. Kami non-partisan (tidak berpihak).

“Dan kami memberitahunya, kami merasakan beliau dan Dr. Mahathir bukan orang yang tepat untuk melawan Najib. Beliau sedikit terperanjat, meminta saya mene­rangkan maksud saya,” katanya seperti dilaporkan portal berita propembangkang The Malaysian Insider semalam.

Kumpulan 25 Melayu ternama itu merupakan mereka yang terdiri daripada bekas pegawai tinggi Me­layu yang pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai duta, ketua setiausaha, ketua jabatan, hakim dan sebagainya.

Mereka pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu apabila mempertikaikan undang-undang syariah dan kekebalan Akta Hasutan 1948 serta kebimbangan kononnya negara ini dikuasai oleh golo­ngan ekstremis.

Tawfik menambah, perbuatan saling menyerang antara Muhyiddin dan Najib hanya menambahkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Beliau memberitahu, Muhyiddin dimaklumkan bahawa segala masalah sepatutnya ditangani oleh golongan muda yang akan mewarisi kepemimpinan negara.

“Mereka ini pemimpin muda masa depan yang mempunyai kepentingan yang lebih besar terhadap apa yang berlaku pada masa akan datang berbanding Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Najib,” jelasnya.

Menurut Tawfik, G25 juga menjelaskan kepada Muhyiddin, kumpulan tersebut tidak dapat memainkan peranan untuk membawa mesej kesederhanaan di negara ini sekiranya mereka menyebelahi mana-mana pihak.

Sementara itu, G25 dalam kenya­taan malam tadi menyatakan, dakwaan berhubung pertemuan antara Dr. Mahathir, Muhyiddin dengan kumpulan berkenaan adalah pandangan peribadi Tawfik. 

- Utusan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top