Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#HeliTerhempas : Senarai Nama Dan Gambar-Gambar Tragedi!!!


Ahli Parlimen Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis telah disahkan terbunuh dalam kemalangan tersebut. Pengesahan tersebut datangnya daripada Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi. 


Sebelum itu, Jamaluddin Jarjis menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Najib Abdul Razak di Pekan, Pahang. Dan Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein Onn telah mengesahkan, Jamaluddin Jarjis berada dalam helikopter berkenaan.

TV3 juga melaporkan bahawa bahawa Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, juga menaiki helikopter itu.


Senarai Mangsa Yang Terkorban Nahas :

1. Chris - Pilot

2. Eidiana - co pilot
3. Tan Sri Dato' Sri Jamaluddin Jarjis
4. Dato Seri Azlin - Ketua SUS YAB PM
5. Dato Tan
6. Razkan - BG Tan Sri JJ (PDRM)


Helikopter itu membawa enam orang termasuk juruterbang dan pembantunya apabila  terhempas kira-kira jam 4.55 petang..

Empat lagi adalah juruterbang dikenali Cliff Fournier, pembantunya Eidiana, Datuk Robert Tan dan seorang pengawal peribadi kepada Jamaluddin.

Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.

Helikopter itu dikatakan jenis AS365 milik Solitaire Air Services dipercayai dalam penerbangan dari Senai ke Subang apabila kemalangan berlaku.

Sebelum itu, mereka dari Pekan kerana menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri.

Cuaca ketika kejadian dilaporkan hujan serta angin kencang dan ada laporan mengatakan saksi melihat pesawat itu meletup di udara.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, semua mayat berjaya ditemui dan dikeluarkan jam 8.15 malam tadi dan akan dibawa sama ada ke Hospital Serdang atau Hospital Kuala Lumpur untuk pengecaman dan pengesahan identiti.

Pihak Jabatan Penerbangan Awam dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tragedi itu.






Seorang saksi yang juga penduduk kampung mendakwa melihat sebuah helikopter meletup di udara sebelum terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini, petang tadi.


Pengawal keselamatan, Roslan Harun, 53, berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 4.30 itu, beliau sedang berehat di rumahnya.

“Mula-mula pak cik dengar bunyi kipas kuat…nampak helikopter meletup dan terbakar di udara. Selepas itu helikopter mula jatuh ke bawah.

“Tiba-tiba, pak cik dengar letupan kali kedua, mungkin waktu itu, ia sudah berada di darat. Hujan juga ketika itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.




Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top