Nuffnang

AMEKKAU!!! Tian Chua Dan Teresa Kok Kena Basuh Di Parlimen!!


Nak sangat kan? Ameklah!!! Terkedu tak terkata......Cubaan Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chang atau Tian Chua untuk mempolitikkan isu dana kumpulan pembersihan awam dan kutipan sampah pengurusan sisa pepejal untuk Selangor tidak menjadi.

Sebaliknya, beliau dibidas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk AbdulRahman Dahlan kerana cuba mengalihkan kelemahan serta kegagalan kerajaan negeri Selangor terhadap Kerajaan Persekutuan.

Tian Chua yang mengemukakan soalan sewaktu perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015 di bawah kepala P 43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditempelak Abdul Rahman sehingga hilang kepetahan untuk berbahas di Dewan Rakyat, Selasa.

Tian Chua sebelum itu menyalahkan Kerajaan Persekutuan dengan mendakwa bersifat kepartian kerana mengecualikan Selangor dari menerima subsidi itu lantaran menolak Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Abdul Rahman bagaimanapun menegaskan bahawa dana itu bukan subsidi dan kerana itu hanya disalurkan kepada negeri-negeri yang menggunapakai akta terbabit.

Beliau juga menyifatkan tindakan Selangor tidak mahu menggunapakai akta itu harus dianggap cabaran bagi membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan pakatan pembangkang mampu mengurus masalah kebersihan, masalah sampah tidak dikutip dan denggi.


“Ada yang mengatakan negeri Selangor, mendabik dada mengatakan kami tidak perlu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan, betul, tetapi risikonya ialah perkhidmatan mereka yang begitu, tidak..tidak menyerlah.

“Kita tahu Selangor mempunyai masalah denggi yang tinggi, antara lainnya adalah kebersihan yang begitu, buruklah kalau dalam keadaan negeri yang begitu maju,” katanya sambil meminta kerajaan negeri Selangor berbelanja lebih untuk membersihkan pihak-pihak berkuasa tempatannya.

“Sebabnya, Yang Berhormat sendiri tahu bahawa kerajaan negeri Selangor gagal menyelesaikan masalah.

“Ini bukan politik, saya cerita ini adalah yang sebetulnya, maknanya itu gagallah dari segi pengurusan kewangan dan kita tahu statistiknya. Yang Berhormat, you cannot run away from the statistic,” katanya.

Untuk rekod, Selangor mencatatkan 19,162 kes atau 59 peratus daripada 32,535 kes di seluruh negara termasuk 52 kematian berbanding 101 kematian di seluruh negara daripada Januari hingga 29 Mac tahun ini.


Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim yang mencelah cuba membantu Tian Chua dengan mengatakan statistik kes denggi di Kuala Lumpur juga tinggi lantaran kotor, malah lebih kotor dari bandar Kuching, Sarawak yang dalam persediaan menghadapi pilihanraya negeri turut disindir Abdul Rahman.

“Yang Berhormat, yang kotor di Kuala Lumpur ini ialah mulut ahli-ahli politik, itu yang kotor. Kuala Lumpur bersih, mulut-mulut ahli politik, setengah-setengah ahli politik itu kotor,” katanya.

Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015 di bawah kepala P 43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kemudiannya diluluskan ahli Dewan Rakyat.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top