Nuffnang

AMANAT NIK AZIZ : PasMa Dan Pentaksub Al-Jubr Jangan Meroyan!!!


Wah.....biar betul apa yang didedahkan ini. Bukan kita tak kenal Arwah Nik Aziz dan penerimaan beliau ke atas UMNO. Bagai Langit dan bumi yang tidak mungkin dapat disatukan.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan, bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengingatkan ahli parti itu agar mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, menurut laporan Berita Harian hari ini, Nik Aziz juga mengingatkannya dan ahli PAS agar tidak mengkritik Umno kerana parti Melayu itu merupakan pihak yang perlu berurusan bagi membolehkan hasrat kerajaan negeri tercapai. 

“Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAS sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud. 

“Kenapa isu ini perlu dibangkitkan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga, hubungan itu sudah terjalin. 

“Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi, tidak perlu pertikaikan isu hubungan baik PAS dengan kerajaan Persekutuan, sebaliknya beri keyakinan kepada pimpinan PAS, kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat,” beliau dipetik berkata akhbar itu. 

Kerajaan negeri Kelantan bulan lalu meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) yang mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk dari Umno dan PKR. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan melaksanakan peraturan syariah itu. 

Sekiranya pindaan akta itu diluluskan dengan mendapat sokongan majoriti mudah ahli Parlimen, Kelantan sudah boleh melaksanakan 4 daripada 6 peraturan syariah yang dicadangkan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke hari ini belum menyatakan pendirian Barisan Nasional (BN) dan Umno walaupun parti komponennya banyak yang menyuarakan bantahan bagi Kelantan melaksanakan hudud. – 3 April, 2015. 

- http://www.themalaysianinsider.com


KEMASKINI

Merujuk kepada berita ini, Dato' Nik Amar telah membuat penafian seperti postingnya di FB :



Apa lagi..... Saman la Malaysian Insider atau Berita Harian tu!!!
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top