Nuffnang

#KitaLawan : Apa Kejadahnya Sukan Pun Nak Dipolitikkan?


Kemelut kedegilan kerajaan Selangor mempertahankan slogan kontroversi #KitaLawan untuk kontinjen negeri itu pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak tahun depan ditegur Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Timbalan menterinya, Datuk M. Saravanan yang turut tidak bersetuju dengan slogan itu mengarahkan kerajaan negeri supaya tidak mencampuradukkan isu politik kepartian dalam bidang sukan serta perlu segera menukar slogan tersebut.

“Slogan ini memang jelas berbaur politik dan tidak patut digunakan, kerajaan Selangor sewajarnya guna slogan sesuai dan ketepikan perkara politik daripada isu sukan tempatan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Isnin.

Sambil menjelaskan slogan itu tidak mungkin sekadar ayat motivasi kepada atlet Selangor, Saravanan menambah, #KitaLawan buat masa ini lebih dikaitkan kepada gerakan protes pihak pembangkang di jalanan ibu negara sejak bulan lalu.

“KBS bimbang jika slogan ini diteruskan, mungkin ada sebilangan atlet negeri itu mengambil keputusan langsung enggan bertanding dalam Sukma 2016 kerana risau dianggap mahu bertindak ganas dan cetus huru-hara,” kata beliau.

Jumaat lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Usahawan Selangor, Amiruddin Saari bertegas, atlet negeri itu tetap menggunakan slogan #KitaLawan sebagai ‘tagline’ rasmi kontinjen pada temasya tersebut.

“Setakat ini, itu sahaja cadangan slogan yang kita ada untuk Sukma di Sarawak, saya tidak mahu buang masa hendak fikir masalah slogan semata-mata kerana kerajaan Selangor perlu tumpu kepada pembangunan sukan negeri,” tambah beliau.

Amiruddin mengulas kritikan keras Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang mendesak kerajaan Selangor agar membatalkan terus slogan itu kerana jelas cuba memanipulasi isu politik ke dalam arena sukan.

“Lebih baik jangan guna slogan yang bawa tafsiran politik, sukan bukan berperang dan MOM bimbang ayat slogan ini disalah guna untuk tujuan lain,” kata beliau merujuk slogan itu kepada siri demonstrasi haram pembangkang di Kuala Lumpur.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top