Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIRAL!!! Gambar Sultan Johor Berselfie Dengan Artis K-Pop Tersebar!!!


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang terkenal dengan personaliti mesra rakyat dan disenangi oleh rakyat jelata itu hari ini menjadi bualan ramai di media sosial setelah gambar baginda bersama sebuah kumpulan Korea Selatan, T-ARA tersebar di media sosial.

Difahamkan, T-ARA hadir ke Johor baru-baru ini bagi menjayakan konsert bersempena pertabalan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor yang kelima.

Antara selebriti yang hadir bagi menjayakan konsert percuma itu adalah, SISTAR, Taboo (Black Eyed Peas), Rossa, Sheila Majid, Jacklyn Victor, Shila Amzah dan ramai lagi.

Akaun peminat T-ARA pagi tadi berkongsikan sekeping gambar yang menunjukkan ahli kumpulan itu bergambar bersama Sultan Johor termasuk salah satunya yang merupakan gambar selfie atau selca yang memang popular di kalangan artis Korea.

Gambar mesra baginda bersama dengan kumpulan T-ARA itu menarik perhatian netizen dan rata-rata memuji sifat keterbukaan baginda. 


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top