Nuffnang

VIDEO : PENDEDAHAN NAJIB YANG BUAT PEMBANGKANG "KETAQ" LUTUT

Panas... panas.... panas.......

Ikuti video perutusan YAB PM sempena Sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei 2012.

read more...

SYABAS! LIONEL MESSI MALAYSIA (NAZMI FAIZ) IKAT KONTRAK DENGAN KELAB PORTUGAL

SYABAS NAZMI FAIZ MANSOR. KO BUAT RAKYAT MALAYSIA BANGGA. CUKUP BANGGA DENGAN KEJAYAAN KO MENJADI WARGA ASIA TENGGARA PERTAMA MEWAKIL KELAB LIGA BOLASEPAK DI PORTUGAL.



PEMAIN bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, 17, dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Portugal, Beira-Mar sehingga Jun 2015.

Nazmi Faiz melalui Twiter rasminya, NazmiFaiz2112 berkata:

“Insya-Allah saya akan melakukan yang terbaik dan saya akan menjadikan rakyat Malaysia bangga dan syukur alhamdulillah... saya mahu ucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat-peminat saya yang terus menyokong saya."

Nazmi Faiz sebelum ini bersama empat pemain dari negara  lain menjalani ujian pemilihan sebelum dipilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu itu. - SH


BB : Bangga dengan kejayaan anak muda kita. Syabas Nazmi. Lets Make It Tomorrow Better Than Today
read more...

DIKEMASKINI : PANDUAN LALU LINTAS DAN TRAFIK SEMPENA HIMPUNAN JUTAAN BELIA 23 - 27 MEI 2012

Pergh... macam mana keadaannya nanti Putrajaya apabila sekitar 2 juta pengunjung akan membanjiri Pusat Pentadbiran Kerajaan ini sempena Himpunan Jutaan Belia - Putrajaya Mei 2012 yang akan berlangsung bermula esok 23 Mei hingga 27 Mei 2012.

Pasti persoalan utama bagi mereka yang berminat dan bersemangat untuk bersama-sama mencipta sejarah sebagai perhimpunan TERBESAR yang pernah dianjurkan ini adalah mengenai laluan trafik di Putrajaya.


Klik imej untuk gambaran lebih jelas (laluan trafik 23-25 Mei 2012)



Klik imej untuk gambaran lebih jelas (laluan trafik 26-27 Mei 2012)


 

Klik imej untuk gambaran lebih jelas (laluan masuk)



 

Klik imej untuk gambaran lebih jelas (laluan bas dan trem)


Klik imej untuk gambaran lebih jelas (parking awam)

Perkhidmatan Trem percuma disediakan bagi pengunjung Himpunan Jutaan Belia khususnya bagi sepanjang laluan utama (Putajaya Boulevard) iaitu dari Masjid Putra sehingga PICC.

Di samping itu, aspek keselamatan pengunjung dan peserta Himpunan Jutaan Belia akan diberi perhatian sewajarnya supaya tiada kejadian buruk berlaku sepanjang lima hari acara itu berlangsung.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kira-kira 1,500 anggota keselamatan beruniform termasuk Polis Diraja Malaysia akan bertugas untuk memastikan keselamatan orang awam.

"Saya sempat bertemu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tadi dan berbincang mengenai aspek keselamatan termasuk mengawal keadaan lalu lintas.

"Beliau meminta kita tidak bimbang kerana mereka akan mengawal keadaan.
Malah seperti tahun lepas tiada sebarang kejadian buruk berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Celebrity Planet yang dikendalikan Stadium First Sdn Bhd dan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat itu dan Majlis Belia Malaysia di sini hari ini.

Selain itu lebih 20,000 sukarelawan antaranya anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rakan Muda akan turut sama memastikan segala acara berjalan lancar.


Mengenai persiapan menjelang Himpunan Jutaan Belia, beliau berkata pemasangan khemah sepanjang kawasan seluas 8.8 kilometer di sekitar Putrajaya, sudah 80 peratus selesai dan akan siap sepenuhnya esok.

Katanya khemah Celebrity Planet, sepanjang 200 kaki, yang merupakan lokasi perhimpunan kira-kira 1,000 artis tempatan yang akan terlibat dalam program itu dijangka antara khemah yang akan mendapat sambutan pengunjung untuk beramah mesra dengan artis.

Lebih 500 aktiviti akan diadakan sepanjang acara itu berlangsung antaranya Gerbang Kerjaya, pameran pendidikan, Putrajaya Bike Week 2012, pelbagai aktiviti lasak, konsert artis tempatan, persembahan kebudayaan, Karnival Jom Heboh serta perkhemahan dan jambori, katanya.

Terdahulu Ahmad Shabery turut menghadiri Majlis Penyerahan Penajaan kepada Kementerian Belia dan Sukan daripada 19 penaja sambutan Hari Belia Negara.

Katanya jumlah tajaan kali ini dijangka mencecah RM20 juta berbanding RM15 juta tahun lepas yang menunjukkan keprihatinan pihak swasta kepada golongan belia.
read more...

TU DIA!!! 3.3 JUTA PELUANG PEKERJAAN UNTUK DIREBUT

MUAR 19 Mei - Belia negara ini diminta mengambil peluang melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka mengisi 3.3 juta peluang pekerjaan yang tersedia menerusi program transformasi kerajaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.




Timbalan Perdana Menteri berkata, banyak daripada peluang pekerjaan itu terdapat dalam 12 sektor industri di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti minyak dan gas.

"Dalam tempoh lapan tahun ini, banyak peluang pekerjaan baru disediakan oleh kerajaan dan untuk itu, para belia perlu ada kemahiran yang sesuai bagi membolehkan pekerjaan itu diisi," katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dan anggota Parlimen Pagoh, berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kerjaya Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh di sini.

Beliau berkata IKBN dan institut kemahiran belia yang lain mempunyai peranan penting dalam menyediakan golongan belia negara ini dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sektor pekerjaan negara.

Timbalan Perdana Menteri memberi contoh bagaimana Johor memerlukan ribuan pekerja berkemahiran tinggi dalam pelbagai projek seperti Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas di Pengerang.

Katanya para belia perlu sentiasa melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan peluang pekerjaan negara ini diisi oleh rakyat tempatan.

Beliau berkata pada ketika ini, kadar pengangguran negara adalah pada tahap yang amat rendah sehingga dianggap badan antarabangsa sebagai pengangguran sifar, berikutan peluang pekerjaan yang tinggi.

Kejayaan ini, katanya semuanya disebabkan oleh kemampuan pentadbiran negara yang ditunjangi oleh kerajaan Barisan Nasional, yang meletakkan keperluan rakyat paling utama.

"Kita di Malaysia tidak ada masalah dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, hasil daripada kerja keras yang diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional," kata Muhyiddin. - BERNAMA
read more...

TU DIA!!! KEHEBATAN BELIA DALAM AL-QUR'AN DAN HADIS

FIRMAN ALLAH Yang bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa  takwa itulah yang sebaik-baiknya.  Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (S. Al-A’raaf: 26).

 
Penjelasan dan peringatan Allah SWT ini seharusnya mendorong setiap Muslim untuk mencapai darjat takwa terutama sekali golongan muda yang diistilahkan sebagai belia iaitu kumpulan yang berusia 15 hingga 40 tahun. Ia bersesuaian dengan kedudukan serta peranan mereka sebagai aset atau harta negara yang penting dalam pelbagai aspek pembangunan ummah dan Negara.

Belia yang dianggap sebagai golongan yang bersemangat dan teruja untuk melakukan sesuatu adalah penentu kepada kejayaan serta hala tuju program dan dasar yang direncana oleh pemerintah.

Mari bersama-sama kita renungkan sepotong hadis Rasulullah S.A.W sebagai penyuntik motivasi:

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ، ورجل قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه ” متفق عليه


“Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :

1) Imam (pemimpin) yang adil.
2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.
3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.
4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.
5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: “Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah,” (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)
6) Orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.
7) Orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Kehebatan dan sumbangan golongan belia juga tercatat di dalam al-Quran.  Allah SWT merakamkannya melalui kisah Ashabul Kahfi yang berani melawan raja yang zalim demi mempertahankan akidah. Firman Allah yang bermaksud :

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang muda  yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripada-Nya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (S. Al-Kahfi: 13-14)

Malah, kehebatan oramg muda turut menyerlah semasa Nabi SAW menyiarkan Islam.  Orang mudalah yang mula-mula beriman dan menyokong baginda. Generasi muda seperti Saidina Ali, Saidina Uthman Ibni Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas dan lain-lain lagi menjadi penggerak kepada perubahan masyarakat bermula di Makkah sehingga berkembang ke Madinah.

Mereka yang juga merupakan sahabat Rasulullah SAW berjuang dan berjihad menegakkan daulah islamiah dengan penuh istiqamah tanpa rasa jemu dan putus asa.
 
Di samping tokoh-tokoh terbilang berkenaan, sejarah juga turut mencatatkan kehebatan dan ketangkasan Usamah bin Ziad yang berusia 18 tahun dalam memimpin bala tentera menyerang kerajaan Rom.  Manakala Muhammad al-Fateh yang berusia 21 tahun pula membuka Kota Istanbul (Constantinople) di Turki.

Dr Yusuf Qaradawi menyatakan: “Bila mana kita hendak melihat bentuk negara pada masa depan, lihatlah generasi belia pada hari ini, kiranya golongan belia pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman sejahtera.”
 
Sehubungan itu, golongan belia hari ini hendaklah mengelakkan diri daripada terbabit dengan sebarang kegiatan atau kelakuan yang bertentangan dengan ajaran agama dan norma-norma hidup beragama, bermasyarakat dan bernegara.  

Sebaliknya, para belia perlu memainkan peranan proaktif untuk menjadi penggerak nadi bangsa sebagai khalifah di bumi, membina dan membangun jati diri dari segi rohani dan jasmani di samping berperanan secara bijaksana mendukung misi mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Peranan dan tanggungjawab ini selaras dengan tuntutan Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud :


“Dan perintahkanlah keluarga kamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.  Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.  Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (S. Thaahaa: 132).

Ayuh! Bersama-sama kita berusaha untuk merubah keadaan ini dan mengembalikan keagungan Islam pada masa dahulu yang dipacu oleh remaja-remaja seperti Ali b Abi Talib, Zaid b Tsabit, Abdullah b Umar, Mus’ab b Umair, Abdullah b  Zubair, dan ramai lagi generasi pewira Islam yang terdiri daripada golongan muda.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top