Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANAS!!! ABBY ABADI "BUAT APA" DENGAN HADI AWANG????

Penglibatan artis dalam kempen atau program politik nampaknya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Terbaru yang dapat dikesan ialah penyanyi, pelakon, pengacara Abby Abadi.



Sekiranya sebelum ini Abby didapati menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idris, namun kini Abby mengorak langkah akan tampil di pentas Ceramah bersama Tuan Guru Hj Hadi Awang pula.


Di dalam Facebooknya, Abby telah memuat naik status mengenai terdapat sebuah produksi drama bertindak menarik semula tawaran berlakon kepada pelakon wanita ini kerana dia kini sudah pun bertudung.

Tetapi, Abby bersyukur dan redha kerana setiap rezeki yang diberikan itu semua datangnya dari Allah S.W.T.

“Assalamualaikum, heyyooo.. Sihat? Kt ne tu? Hehe… Sy teruja bila dpt offer berlakon kononnya watak wanita paling cantik di Kg, tp bila Sy cakap Sy dah pakai tudung, terus respon dr meka mdukacitakan,… Nape cmtu? Huhu… Org bertudung tak shantek ke? Takpelah… Rezeki kita rahsia ALLAH…. Redha :),” tulis Abby.

read more...

SENARAI DAN GAMBAR PEJUANG-PEJUANG BERSIH YANG TIDAK DIUNDANG

"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, Dia akan buat lagi". Anda kenal mereka? Pernah lihat mereka? Tahu di mana mereka berada? Jangan tunggu lagi. Lihat dan camkan mereka betul-betul.











Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan. Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.

Hubungi Pegawai Siasatan Jenayah D7A Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau emailazmiazizi@rmp.gov.my

SEBARKAN!!!
read more...

APA YANG SEBENARNYA ANAK MUDA KITA MAHUKAN???

Orang Muda sebagai pewaris negara dilihat sebagai aset dan bukan menjadi tanggungan yang membebankan masyarakat dan negara. Mereka ini sangat bernilai dan perlu digilap supaya mereka tidak menjadi liabiliti dan disalahkan di dalam pelbagai permasalahan.


Namun begitu, pendedahan berlebihan kepada pengaruh luar dan liberalisasi maklumat dalam era globalisasi menyebabkan timbulnya kegawatan sikap dan nilai di kalangan golongan belia kita sehingga kadangkala menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.


Peningkatan bilangan orang muda (belia) umumnya akan berlaku setiap tahun. Pada tahun 2000, bilangan belia berjumlah 9.85 juta orang manakala tahun 2005 jumlah tersebut meningkat kepada 11.10 juta orang. Pada tahun 2010 golongan belia di Malaysia adalah 11.614,735 juta di mana 10.728,122 juta warganegara dan 886,613 bukan warganegara. Jumlah ini mewakili 40.2 % penduduk Malaysia dan merupakan bilangan populasi penduduk terbesar negara.

Pembangunan pesat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik negara telah mewujudkan persekitaran baru dalam pembangunan belia. Perubahan perspektif serta gaya hidup masyarakat menjadi landskap baru persekitaran ini dan membawa implikasi kepada negara dengan kemunculan isu-isu baru yang mempengaruhi, berkaitan citarasa dan kehendak masyarakat. Secara fokus isu-isu baru ini menuntut kepada ketepatan aktiviti pembangunan, penekanan kepada keutamaan serta kepantasan dan keberkesanaan sistem penyampaian.

Golongan belia hendaklah diterima sebagai kelompok penting yang sangat berharga dan jaminan negara pada masa hadapan. Mereka hendaklah dibelai dengan pendekatan penuh kasih sayang di mana ruang yang cukup perlu diberikan supaya mereka dapat menyerlahkan potensi diri di pelbagai bidang kehidupan. Peluang merealisasikan potensi diri akan mewujudkan keyakinan kepada kemajuan masa depan mereka dan kelangsungan pembangunan negara.

Selain dari itu, bentuk pengiktirafan bahawa mereka menduduki tempat yang penting hendaklah diterjemahkan sepenuhnya dalam kegiatan harian supaya mereka tidak merasa terpinggir dan diabaikan. Kegagalan membina keyakinan diri akan melahirkan generasi belia yang terlibat dalam kegiatan negatif seperti anti-establishment, bersikap berkecuali dalam politik negara dan tiada bersemangat enterprising.


Persoalannya, adakah pengiktirafan dan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada golongan ini masih tidak memadai? Sekiranya diimbas kembali kepada penubuhan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKKPB) yang dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, ia sebenarnya telah dianggotai oleh 12 Kementerian yang masing-masing memainkan peranan dalam pembangunan belia.

Jadi, di mana silapnya program-program pembangunan belia ini? Adakah ia tidak sampai kepada golongan sasaran sebenar? Atau promosi mahupun publisiti tidak dilakasanakan secara berkesan.
 
 

Kepada anak-anak muda di luar sana, nyatakanlah apa sebenarnya yang anda semua mahukan dengan cara yang betul dan waras. Demonstrasi bukanlah hanya satu penyelesaian yang ada. Fikir-fikirkanlah.
read more...

MESTI BACA : SURAT TERBUKA ANAK POLIS KEPADA NIK AZIZ DAN VIDEO SEBENAR REMPUHAN KERETA POLIS

Masih tak habis-habis lagi sandiwara yang dipertontonkan oleh BERSIH 3.0 mengenai keganasan dan kekejaman Polis. Kebenaran telah disunting menjadi kebencian. Contohnya, video kereta polis yang merempuh pendemo di depan Sogo. Dei! Akai ada ker? Tak kan lah sekejam itu abang-abang polis ni! Mari kita tengok video sebenar apa yang sebetulnya berlaku di tempat kejadian.




Video sebenar penyebab rempuhan kereta polis. sumber : Keris Putera




Dah tengok? Dah kena gasak sampai macam tu macam mana abang polis ni boleh kawal lagi kereta dia oii..bukan stuntman!

Ni pula gua nak kongsi surat terbuka anak abang polis kita yang menuntut di UUM kepada TUAN GURU NIK AJIS.


Assalamuailaikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat mahasiswa UUM sekalian,

Saya juga seperti kalian, mengambil berat apa yang berlaku pada hari semalam.

Jujur saya katakan, mereka keterlaluan, keterlaluan dalam erti kata menggelar Polis sebagai Anjing, melakukan provokasi dan sebagainya.

Saya anak Polis, apa salah Polis sehinggakan sahabat saya menggelarkan POLIS itu zalim, anjing!! Setiap yang polis lakukan itu kerana tugas mereka! Tugas menjaga keamanan. Hinakah pekerjaan ayah saya sebagai seorang POLIS??

Sedangkan sahabat-sahabat UUM ada yang menuduh polis zalim, kejam, berhati anjing dan sebagainya, pernahkah sahabat fikir yang dipanggil anjing itu adalah ayah saudara? Pernah?? Saya mohon maaf, saya percaya mahasiswa UUM tiada yang terlibat.

Cuma inilah luahan saya selepas membaca berita di Harakah Daily, dan sebagainya. Adakah apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru sebagai mengikut arahan? Adakah arahan itu termasuk menggelar polis anjing, merosakkan harta benda semua? Saya percaya tidak. Namun apabila disebut demostrasi perkara ini tak kan terlepas.

Mohon sahabat-sahabat sedar perjuangan seorang anggota polis. Andai sahabat terus menggelarkan mereka anjing, saya tiada pilihan untuk bangga diri saya sebagai anak anjing. Kerana Anjing yang dipanggil oleh pihak tertentu itu lah orang yang sentiasa sebelum tidurnya memikirkan mengenai ketenteraman awam.

Maafkan saya andai surat ini mengecilkan hati sahabat sekalian.

Terima Kasih kerana menyiarkan surat saya.

Sumber : AAKJ


Walau ringkas, namun tersentuh juga gua dibuatnya. Apa citer kalau bapak2, abang2 dan adik2 you all semua adalah juga seorang polis!!!
read more...

KISAH BENAR SEORANG PEMIMPIN BELIA KITA!!!!

Kali ini gua nak kongsi kisah seorang pemimpin belia kpd para pembaca sekelian. Bukan apa, tersentuh juga dengan apa yang beliau kongsikan bersama rakyat Malaysia. Sama-sama kita renungkan.......



....................................................................................................


LAMAN sosial facebook menemukan penulis dengan rakan lama, Lim Siu Yun yang terpisah sejak bergraduan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1998. Sebelum itu kami sama -sama menuntut di tingkatan enam di Sekolah Munshi Sulaiman Batu Pahat, Johor.

Amat malang nasib Siu Yun kerana hanya sempat setahun bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Senai kerana pada 1999 beliau parah akibat diserang peragut ketika menziarahi saudaranya di Singapura. Siu Yun mengalami pendarahan di kepala akibat dipukul dengan kuat oleh peragut durjana. Hanya selepas 14 tahun penulis berjaya menjejaki beliau yang kini banyak menghabiskan masa dengan membaca dan bermain komputer.

Pergerakan serta pertuturan Siu Yun amat terbatas. Syukurlah beliau masih memiliki ketajaman fikiran dan hati yang kuat.

Penulis dan seorang lagi bekas rakan sekelas, Cikgu Sallehuddin Abu Hasan hampir menitiskan air mata melihat penderitaan yang Siu Yun alami. Masih terbayang keletah dan sikap mesra Siu Yun sewaktu di sekolah dulu.

Penulis amat takjub dengan ketabahan hati Siu Yun melalui episod sedih dalam hidupnya kini. Sewaktu penulis menyatakan rasa marah terhadap tindakan peragut kejam itu, Siu Yun dengan suara yang tersekat-sekat menyatakan dirinya kini berasa lega kerana apa yang berlaku mungkin adalah balasan perbuatan salah beliau dalam kehidupan masa lampau.

Kini Siu Yun tidak lagi rasa berhutang terhadap sesiapa. Begitulah tabahnya seorang rakan baik penulis yang sama-sama belajar sejak zaman persekolahan. Namun hakikat yang mesti kita terima ialah betapa besarnya fungsi sesi persekolahan kepada perkembangan sosial masyarakat kita. Jujur saya katakan bahawa jika kami bertiga tidak ditemukan dalam sesi persekolahan dulu, sudah pasti penulis dan rakan tadi tidak akan memandu dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat semata-mata untuk bertemu rakan lama yang sedang sakit.

Bagi penulis, persekitaran sekolah dan kehidupan diadun di dalamnya faktor penting bagi pembentukan pandangan alam serta ekosistem seseorang individu.

Proses sosialisasi di sekolah akan menentukan sikap dan pemikiran sebenar seseorang murid apabila dewasa nanti. Sekolah mesti menjadi mesin inkubator yang melahirkan warga matang, patriotik, serta mampu hidup harmoni sebagai rakyat Malaysia. Kini selepas hampir 55 tahun merdeka, masyarakat kita masih kuat ditandai dengan perbezaan kaum, idealogi politik, kepercayaan agama dan latar belakang kenegerian.

Penulis dapat rasakan tindakan penulis dan Cikgu Sallehuddin memimpin tangan Siu Yun untuk memasuki kereta menjadi tontonan umum hanya kerana watak kami dilakonkan individu Melayu-Cina-Melayu. Ia seolah-olah perkara aneh dalam masyarakat kita.

Pada masa sama, masih banyak kejadian serta peristiwa konflik individu dengan individu tiba-tiba dilayan dan diperbesarkan menjadi konflik antara kaum. Kemalangan kecil yang membabitkan Ali dan Chandran di Jalan Perak Pulau Pinang sebagai contoh, boleh merebak menjadi pertelingkahan Melayu dengan India.

Persoalan oleh penulis ialah di manakah silapnya dan apakah punca semua ini terjadi? Jawapannya ialah kerana kelemahan sistem pendidikan kita yang masih menggalak berlakunya perpecahan serta perbezaan dalam masyarakat kita. Anak kita dipisahkan seawal zaman persekolahan. Dididik dengan sistem pendidikan yang tidak selaras.

Kita pisahkan mereka seawal umur kanak-kanak dan berharap mereka matang dan dewasa untuk hidup harmoni secara bersama-sama. Sudah pasti ia kini kelihatan mustahil. Lebih buruk lagi, hal berkaitan pendidikan menjadi begitu sensitif serta tabu untuk dibincangkan.

Baca lagi di Majlis Belia Malaysia
read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top