Nuffnang

KISAH BENAR SEORANG PEMIMPIN BELIA KITA!!!!

Kali ini gua nak kongsi kisah seorang pemimpin belia kpd para pembaca sekelian. Bukan apa, tersentuh juga dengan apa yang beliau kongsikan bersama rakyat Malaysia. Sama-sama kita renungkan.......



....................................................................................................


LAMAN sosial facebook menemukan penulis dengan rakan lama, Lim Siu Yun yang terpisah sejak bergraduan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1998. Sebelum itu kami sama -sama menuntut di tingkatan enam di Sekolah Munshi Sulaiman Batu Pahat, Johor.

Amat malang nasib Siu Yun kerana hanya sempat setahun bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Senai kerana pada 1999 beliau parah akibat diserang peragut ketika menziarahi saudaranya di Singapura. Siu Yun mengalami pendarahan di kepala akibat dipukul dengan kuat oleh peragut durjana. Hanya selepas 14 tahun penulis berjaya menjejaki beliau yang kini banyak menghabiskan masa dengan membaca dan bermain komputer.

Pergerakan serta pertuturan Siu Yun amat terbatas. Syukurlah beliau masih memiliki ketajaman fikiran dan hati yang kuat.

Penulis dan seorang lagi bekas rakan sekelas, Cikgu Sallehuddin Abu Hasan hampir menitiskan air mata melihat penderitaan yang Siu Yun alami. Masih terbayang keletah dan sikap mesra Siu Yun sewaktu di sekolah dulu.

Penulis amat takjub dengan ketabahan hati Siu Yun melalui episod sedih dalam hidupnya kini. Sewaktu penulis menyatakan rasa marah terhadap tindakan peragut kejam itu, Siu Yun dengan suara yang tersekat-sekat menyatakan dirinya kini berasa lega kerana apa yang berlaku mungkin adalah balasan perbuatan salah beliau dalam kehidupan masa lampau.

Kini Siu Yun tidak lagi rasa berhutang terhadap sesiapa. Begitulah tabahnya seorang rakan baik penulis yang sama-sama belajar sejak zaman persekolahan. Namun hakikat yang mesti kita terima ialah betapa besarnya fungsi sesi persekolahan kepada perkembangan sosial masyarakat kita. Jujur saya katakan bahawa jika kami bertiga tidak ditemukan dalam sesi persekolahan dulu, sudah pasti penulis dan rakan tadi tidak akan memandu dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat semata-mata untuk bertemu rakan lama yang sedang sakit.

Bagi penulis, persekitaran sekolah dan kehidupan diadun di dalamnya faktor penting bagi pembentukan pandangan alam serta ekosistem seseorang individu.

Proses sosialisasi di sekolah akan menentukan sikap dan pemikiran sebenar seseorang murid apabila dewasa nanti. Sekolah mesti menjadi mesin inkubator yang melahirkan warga matang, patriotik, serta mampu hidup harmoni sebagai rakyat Malaysia. Kini selepas hampir 55 tahun merdeka, masyarakat kita masih kuat ditandai dengan perbezaan kaum, idealogi politik, kepercayaan agama dan latar belakang kenegerian.

Penulis dapat rasakan tindakan penulis dan Cikgu Sallehuddin memimpin tangan Siu Yun untuk memasuki kereta menjadi tontonan umum hanya kerana watak kami dilakonkan individu Melayu-Cina-Melayu. Ia seolah-olah perkara aneh dalam masyarakat kita.

Pada masa sama, masih banyak kejadian serta peristiwa konflik individu dengan individu tiba-tiba dilayan dan diperbesarkan menjadi konflik antara kaum. Kemalangan kecil yang membabitkan Ali dan Chandran di Jalan Perak Pulau Pinang sebagai contoh, boleh merebak menjadi pertelingkahan Melayu dengan India.

Persoalan oleh penulis ialah di manakah silapnya dan apakah punca semua ini terjadi? Jawapannya ialah kerana kelemahan sistem pendidikan kita yang masih menggalak berlakunya perpecahan serta perbezaan dalam masyarakat kita. Anak kita dipisahkan seawal zaman persekolahan. Dididik dengan sistem pendidikan yang tidak selaras.

Kita pisahkan mereka seawal umur kanak-kanak dan berharap mereka matang dan dewasa untuk hidup harmoni secara bersama-sama. Sudah pasti ia kini kelihatan mustahil. Lebih buruk lagi, hal berkaitan pendidikan menjadi begitu sensitif serta tabu untuk dibincangkan.

Baca lagi di Majlis Belia Malaysia
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top