Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KEGILAAN APAKAH INI? 10 Sekeluarga Dihalau Kerana Terima BRIM!!!





Apakah jenis manusia yang sanggup menjadikan politik lebih penting dan utama berbanding hubungan persaudaraan?

Satu keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, terrpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Esah Ya , 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.

Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.

“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini."

“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.

Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.

Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M), sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.

“Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain,” dakwanya.

Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.

read more...

TU DIA!!! Azmin Kena "TIAW" Hangit Dengan Team Pro-Anwar!!!




Membaca berita di Malaysiakini pada 13 April 2014 bertajuk 'Kartel Calon Tidak Sihat Pada PKR' saya amat tertarik untuk menulis komen. Dalam laporan tersebut menyebut betapa YB Azmin Ali gusar dengan perkembangan kewujudan pakatan atau kumpulan (kartel) dalam pemilihan KEADILAN 2014 kali ini. Bliau dilaporkan menyatakan ia merupakan perkembangan yang tidak sihat. Malah beliau turut mengumumkan bebas dan tidak membentuk mana - mana pakatan atau fraksi.

Semua ini boleh disifatkan sebagai menepuk air di dulang terpecik muka sendiri. Bukan sahaja anggota parti malah umum telah mengetahui bagaimana budaya kartel atau juga dikenali sebagai chai ini telah wujud dalam pemilihan sebelum ini lagi dan antara pelopor utama budaya ini ialah Azmin sendiri.

Namun bagi saya budaya membentuk kumpulan atau kartel dalam pemilihan seperti tidak boleh dielak khususnya apabila sekumpulan calon berkongsi aspirasi misi dan visi yang sama.

Seperti mana Saifuddin, Izzah dan Rafizi yang berkongsi visi dengan motto Masa Depan Bersama dan Tan Sri Khalid pula berkongsi visi dengan beberapa calon lain dengan motto 'Reformasi Tulen'. Namun mungkin kerana tertegan dengan pembentukan kumpulan - kumpulan yang membabitkan nama - nama besar dalam PKR ini, yang mana selama ini kumpulan dengan nama - nama besar ini hanya mampu dibentuk oleh Azmin sahaja, maka dia menggunakan media menempelak kewujudan bertanding secara kumpulan ini.

Lebih kelihatan jenaka beberapa hari selepas Azmin menempelak budaya bertanding secara kumpulan, pada 16 April dia sendiri telah mengumumkan kartelnya yang dikenali Gagasan Keadilan Raya dalam satu majlis yang besar dengan siap menyediakan kenderaan angkut penyokong.

Jelas sekali kata - katanya konon bimbang dengan kewujudan pembentukan kumpulan dalam pemilihan konon ia akan membawa kesan negatif hanya kenyataan paniknya khususnya apabila teraju muda utama parti seperti Nurul Izzah dan Rafizi mengistiharkan diri bersama Saifuddin. Malah kumpulan ini kelihatan turut didokong oleh Tian Chua yang menarik diri dari persaingan Timbalan dan menumpukan pertandingan Naib Presiden dalam satu sidang media bersama Saifuddin, Rafizi, Nurul Izzah dan ramai pimpinan lain.

Kumpulan terbentuk dari perkongsian misi dan visi bersama baik untuk parti tetapi pembentukan kumpulan boleh jadi negatif apabila ia dibentuk kerana cita - cita kuasa semata atau lebih parah terbentuk kumpulan atau sokongan kerana ugutan akan gugur nama sebagai calon PRU contohnya amat buruk kesannya buat parti.

Tertekan dengan perkembangan tersebut akhirnyadia sendiri terpaksa mengumumkan kartelnya yang dikenali Keadilan Raya akhirnya kenyataan tersebut umpama menepuk air di dulang.

Dalam isu kumpulan atau kartel, membentuk kumpulan dalam pertandingan tidak salah tetapi sebaliknya mentadbir parti ini dengan hanya melibatkan kumpulan tertentu itu yang salah.Maka muncul persoalan yang perlu dijawab 

oleh Azmin iaitu bagaimana dengan rungutan ahli akar umbi apabila beliau selaku pengarah pilihanraya pusat dengan hanya berbincang dengan kumpulan rapatnya sahaja memutuskan hampir semua senarai calon dalam PRU yang lepas khususnya dengan mengenepikan sebahagian calon yang berpotensi menang, calon yang bekerja, calon yang diangkat diperingkat cabang dengan menerjunkan calon yang rapat dengan beliau atau kumpulan beliau?
read more...

PESTA SONGKRAN : Aktor Popular Dikecam!!!




Seorang artis melayu yang beragama Islam menerima kecaman teruk di laman sosial apabila memuatkan dirinya sedang meraikan pesta Songkran di Thailand.

Artis berkenaan bagaimanapun menafikan beliau pergi ke negara berkenaan semata-mata untuk menyambut pesta keagamaan berkenaan, sebaliknya mendakwa tujuannya hanya untuk bercuti setelah penat berkerja.

Menurut aktor berusia 32 tahun ini, dia berharap pemergiannya ke sana tidak dijadikan isu kerana niat asalnya hanyalah untuk berehat dan memilih Bangkok sebagai destinasi percutian yang secara kebetulan jatuh pada perayaan pesta air di negara itu.

"Sejujurnya saya tidak merancang untuk menyertai pesta itu kerana pada asalnya saya mahu bercuti dan berehat selepas penat menjalani penggambaran filem Antara Satu yang dijalankan di Pulau Tioman dan Pulau Langkawi.

"Bagi saya kalau bercuti, saya perlu keluar dari 'habitat' saya, maksudnya jauh dari rumah atau kampung kerana bila berada di 'habitat' saya, saya tetap akan fikirkan kerja.

"Memandangkan cuti tak panjang, jadi saya ambil keputusan bercuti ke destinasi yang berhampiran sahaja dan kebetulan juga saya tak pernah ke Bangkok. Bila sampai di sana kebetulan mereka ada sambutan pesta tersebut," katanya ketika ditemui media kelmarin.

Remy berkata, biarpun dia menyertai pesta tersebut, itu bukan bermakna dia menganut atau mengangkat perayaan kaum lain, sebaliknya pada pandangan Remy ia sekadar mempelajari budaya kaum lain.

“Saya memang suka pada warisan dan kebudayaan. Jadi saya rasa tak salah kalau kita ambil tahu mengenai budaya di rantau Asia. Mengenai komen negatif segelintir pihak itu, saya tak baca pun. Pada saya, kalau ada yang positif kenapa kita perlu ambil yang negatif," jelasnya.

Baru-baru ini, Remy menerusi laman Instagramnya ada memuat naik beberapa gambar sewaktu berada di keraian tradisional masyarakat Thailand itu.

Secara ringkas, Pesta Songkran adalah sambutan tahun baharu bagi masyarakat Buddha di Thailand. Pada hari tersebut diadakan acara menyimbah air simbolik sebagai membersihkan patung-patung Buddha.

Bagaimanapun ada sebilangan peminat yang memberikan komen mengatakan Remy tidak patut ke pesta berkenaan kerana tindakannya itu dianggap bercanggah dengan ajaran agama Islam.
read more...

BERKEMBAN : Dr Asri Tegur "KEREDHAAN" Erma Fatima Masuk Neraka!!!




DATUK Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Erma Fatima mempertahankan adegan berkemban dalam filem Takhta sebagai tidak wajar.

Bekas Mufti Perlis berkata, walaupun niatnya ingin mempertontonkan kehidupan orang Melayu ketika zaman lalu namun dia harus memikirkan cara lain yang lebih rasional dan sesuai dengan keadaan masyarakat sekarang.

Katanya adegan sebegitu tidak perlu dalam filem Malaysia.

“Kenapa mesti ada adegan yang melanggar nilai kita (orang Islam). Lihat sahaja negara Iran mereka sering memenangi Anugerah Filem Antarabangsa tanpa perlu menggadai nilai yang mereka pegang contohnya filem Children of Heaven.

“Adegan itu boleh disampaikan dengan cara lain,” katanya.

“Saya minta dia perbetulkan balik kenyataan, saya rasa caranya mempertahankan adegan itu tidak kena,” nasihatnya.




Malah katanya filem itu untuk tontonan masyarakat Malaysia dan seharusnya sensitiviti sebegitu perlu dijaga.

“Penonton pula adalah rakyat Malaysia dan saya tahu tidak ramai masyarakat kita yang mahu menonton adegan seperti itu.

Sebelum ini, Erma memuatnaik gambar beberapa pelakonnya di Instagram yang mengenakan kostum berkemban bagi memenuhi watak dalam filem terbarunya, Takhta.

Namun tindakan itu mendapat kritikan pengikut laman sosialnya yang mendakwa adegan itu tidak sesuai untuk dipertontonkan.

Ia mengundang kontroversi apabila pengarah berkenaan bertindak mempertahankan tindakan dan mengeluarkan kenyataan dalam kapsyen instagramnya.

“Aku salah kerana melanggar hukum kemban. Andai kemban membawa aku ke neraka, aku redha,” katanya dalam laman sosial instagram.




Mengulas mengenainya, Dr. Asri berkata, mungkin Erma didorong emosi sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Saya yakin dia tidak berniat untuk tulis begitu..mungkin dia sedang beremosi..siapa yang mahu masuk neraka?” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihati penggiat filem supaya sedar dan akur bahawa seni yang ditonjolkan harus ada perbezaan dengan filem Barat.

Malah beliau turut meminta mereka supaya tidak terlalu leka dengan memaparkan adegan yang melanggar nilai agama.

“Semua orang mahu mengekalkan identiti malah negara yang maju dan berjaya masih menonjolkan nilai masyarakat yang baik dalam menghasilkan filem mereka.” katanya – The Rakyat Post
read more...

Karpal Ahli Syurga : Jika Aku Tuhan - BENZ ALI




Kematian Karpal Singh benar-benar telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Beliau disahkan meninggal dunia akibat daripada kemalangan yang berlaku pada Khamis 17 April sekitar jam 1 pagi di Lebuhraya Utara Selatan dekat Gua Tempurung baru-baru ini. Kemalangan maut itu melibatkan van Toyota Alphard milik beliau bernombor KS 9898 melanggar belakang sebuah lori di KM301.6 arah Utara di situ. 

Selain Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut terbunuh ialah pembantu beliau Michael Cornelius. Pemergian mendiang Karpal Singh ini amat dirasai oleh para penyokongnya. Sejak dari hari kematian beliau, para penyokongnya yang terdiri dari berbilang agama tidak putus mengucapkan takziah serta kata-kata semangat kepada ahli keluarga mendiang melalui laman-laman sosial di internet ini. 

Namun begitu, terdapat sebilangan penyokong beliau yang beragama Islam yang terlampau taksub dengan mendiang sehinggakan sanggup melakukan perkara yang melampaui batasan agama dengan mengeluarkan kenyataan yang sama sekali boleh memesongkan akidah seseorang Islam itu. Seperti apa yang berlaku di dalam laman sosial facebook hari ini, seorang penyokong mendiang yang beragama Islam sanggup mengeluarkan kenyataan yang terpesong dari ajaran agama Islam itu sendiri. 

Menurut akaun facebook "Benz Ali" hari ini, beliau sanggup menyamakan dirinya sendiri dengan Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta kerana terlalu sedih dengan kematian Karpal Singh itu. "Rest in peace Karpal, Jika aku menjadi Tuhan, maka akan aku masukkan kau ke dalam syurga, dan rejam Zulkifli Nordin dalam neraka", itu lah ucapan yang dikeluarkan oleh penyokong tersebut tanpa menghiraukan agamanya sendiri. 

Tidak menjadi kesalahan dalam Islam jika kita semua bersedih dengan kematian seseorang yang kita kenali walaupun si mati itu orang-orang kafir, tetapi janganlah terlampau taksub sehingga boleh menyebabkan seseorang itu terpesong dari agamanya sendiri. Kepada pelaku tersebut serta semua rakyat Islam khususnya, ingatlah bahawa sikap fanatik dan taksub adalah dilarang ALLAH SWT terhadap umat terdahulu seperti yang ditujukan khas kepada Ahli Kitab. 

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Katakanlah, “Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul”. (Surah al-Ma’idah : 77) 

read more...

LETUPAN : 2 Tentera Cedera Dalam Demo Letupan Di PWTC




Dua anggota tentera cedera ringan apabila terkena serpihan siling selepas menonton demonstrasi letupan bom sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, dua tentera berkenaan seorang daripadanya cedera ringan di kepala manakala seorang lagi pengsan dihempap siling itu.

"Keadaan mereka bagaimanapun dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.




"Kejadian itu berpunca daripada demonstrasi letupan bom (sebenar) oleh pasukan tentera yang mengakibatkan sebahagian siling anjung PWTC di tingkat dua runtuh," katanya ketika dihubungi Bernama.
read more...

VIDEO : Mulut Longkang RAFIZI Yang TERSASUL!!!





APA Yang Ko Merepek Ni Piji?
Jangan Main-Main!!!




Kang Bang Non Marah Kang, Kita Yang Rugi!!
Pemilihan Dah Dekat Ni. Agak-Agak La!!!



Takpe-Takpe...
Ni Semua Salah UMNO
SALAH NAJIB!!!!


HAHAHA....

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor
Acara : Sidang media
Tarikh : 15/4/2014



Selalu sangat bawa mulut sampai tersasul pulak si Rafizi... awas.. akibat mulut
badan nanti terbinasa... hehehe

read more...

UCAPAN RIP : Boleh Atau Tidak Diucapkan Oleh Orang Islam?




Apakah ucapan jika mendengar orang kafir meninggal dunia?

ِBila seorang lelaki atau wanita kafir yang mati, apakah dibolehkan kita mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’ (Sesungguhnya kita adalah milik Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sesungguhnya hanya kepada-Nya kita dikembalikan )?

Jawapan:

Fadhilatusy Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rahimahullahu menjawab:

“Bila seorang kafir meninggal dunia tidak mengapa kita mengucapkan kalimat istirja’ tersebut, walaupun dia bukan dari kalangan karib kerabat anda. Karena memang semua manusia hanya kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semua manusia adalah milik Allah Subhanahu wa Ta’ala. Akan tetapi kita tidak boleh mendoakan kebaikan untuknya bila ia mati dalam keadaan kafir.

Bila orang kafir yang meninggal itu dari kalangan kerabat anda, tidaklah menjadi masalah orang mendoakan anda dengan mengatakan: “Semoga Allah memberikan pahala yang besar untukmu dengan kematiannya dan memberikan hiburan/pelipur lara untukmu sebagai pengganti kematiannya.”

Memang hidupnya si kafir terkadang tidak memberi maslahat bagi anda. Namun adakalanya pula bermaslahat bagi anda di mana ia berbuat baik dan memberi manfaat kepada anda. Dengan demikian, tidak menjadi masalah anda didoakan seperti itu. Akan tetapi terhadap si kafir sendiri tidak boleh didoakan kebaikan, tidak boleh dimintakan ampun, dan tidak boleh bersedekah atas namanya, bila ia mati dalam keadaan kafir.” (Fatawa Nurun ‘ala Darb, hal. 374-375) - Sumber


Soalan:

Adakah dibolehkan orang² Islam mengucapkan RIP kepada orang kafir yang meninggal dunia?

Jawapan:

Sebagai seorang Islam kita tidak boleh mengucapkan "rest in peace" kepada org kafr yg telah mati kerana perbuatan ini bercanggah dengan Al-Quran. Di dalam Al-Quran dan hadis banyak di ceritakan azab² bagi orang kafir. Persoalannya ampa tau mana dia nak rest??? ampa tau mana dia peace???

1- Ali-Imran [131]: Dan peliharalah diri kamu dari api Neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.

2- An-Nisaa [56]: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana 


2- An-Nisaa [56]: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

3- عن عائشة رضي الله عنها قَالَتْ: إِنَّمَا قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: إِنَّ اللهَ عز و جل يَزِيْدُ اْلكَافِرَ عَذَابًا بِبَعْضِ بُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ

Dari Aisyah radliyallahu anha berkata, Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla akan menambah adzab kepada orang kafir dengan sebab tangisan keluarganya kepadanya”. [HR an-Nasa’iy: IV/ 18, 19. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Shahiih].

Beberapa dalil dan bukti saya bawakan bahawa sesungguhnya mereka tidak akan rest dan tidak akan peace 

Wallahu alam...

read more...

VIDEO : Keadaan Sekitar Kawasan Kemalangan Mendiang Karpal Singh





TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - UTUSAN ONLINE












read more...

JUTAWAN : 2 Beradik Capai Kejayaan Di Usia Muda!!





DUA beradik ini begitu istimewa. Pencapaian mereka luar biasa! Pada awal 20-an mereka mencari haluan sendiri, mengubah destinasi ke arah peluang yang lebih besar.

Mengelak pekerjaan makan gaji dan mahu menjana pendapatan yang ditentukan sendiri hingga akhirnya; pada usia 25 tahun, mereka memegang status jutawan!

Dalam dunia pelaburan dan insurans, siapa tidak kenal Nor Akmar Hanif, 34, dan Aida Nurlin Hanif, 30. Pengasas Amazing Millionairessisters Group ini terkenal bak selebriti.

Wajah cantik mereka terpampang di dada-dada akhbar dan majalah tempatan. Kejayaan mereka di usia muda menjadi simbolik belia negara.

Mereka merupakan jutawan pelaburan berasaskan saham amanah dan insurans terkenal di negara ini. Dek keterbiasaan mereka berdepan bidikan flash kamera, kedua-duanya kini tidak kekok lagi. Lincah dan bijak beraksi sehingga menerima pujian juru foto.

Sememangnya dua wajah cantik yang bertubuh kecil molek ini menyenangkan krew WOW dalam sesi fotografi.

Kelihatan lebih bersemangat dan petah memulakan bicara, Nor Akmar @ Akmar bijak memainkan peranan agar adik turut sama-sama seiring bercerita dengannya.

“Kami minat bergambar, fesyen dan apa sahaja mengenai kecantikan. Apabila belek majalah, mulalah nak buat macam dalam majalah. Kadang-kadang selfie,” ujar Akmar.

Bagi penulis, karisma Akmar terserlah saat dia bersuara. Maka tidak hairanlah pembentangan wanita cantik ini mampu memberikan pulangan, baik dari segi persepakatan pelaburan mahupun insurans.

Akmar adalah mentor yang membawa Nurlin@Elynn ke bidang ini.

“Terus terang, saya terlibat secara langsung kerana lihat kejayaan Akmar. Dia mentor dan inspirasi saya. Pada awalnya saya terkejut dengan tindakan dia berhenti kerja.

Akmar graduan Kejuruteraan Sistem Maklumat Universiti Manchester. Dapat kerja bagus di bidang IT tapi berhenti semata-mata nak buat bisnes ini. Akhirnya bila saya sendiri sertai, baru saya tahu keseronokannya.” kata Elynn, diiringi senyuman tulus dari si kakak.


Tidak rapat

Bercerita mengenai hubungan keduanya, Akmar mengakui mereka tidak serapat sekarang sewaktu kanak-kanak dulu sehingga tempoh habis belajar.

“Beza umur kami empat tahun. Saya bersekolah di Sekolah Seri Puteri Jalan Kolam Ayer (asrama penuh yang kini berada di cyberjaya) manakala Elynn di asrama penuh Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan.

Ketika Elyyn di tingkatan 5 pun saya dah berada di Manchester. Masa dan jarak memisahkan kami. Hanya setelah Elynn bercuti habis SPM hubungan kami mula rapat.

“Elynn datang ke Manchester untuk bercuti dan temankan saya di sana. Ketika itulah kami lebih mengenali sikap antara satu sama lain. Kami pergi Disneyland dan saya demam di sana. Cuaca winter, saya tak larat dan Elynn dukung saya. Kami berada di Eropah lebih kurang seminggu. Ketika di Eropah itulah bonding kami bertaut.

“Balik ke Malaysia saya dan Elynn tinggal bersama dan ketika saya buat kerja, Elynn akan sentiasa bersama-sama saya. Jumpa klien saya, jumpa kawan-kawan saya. Jadi dia cepat matang,” katanya.


Pentingkan pelajaran

Lahir dalam kalangan keluarga yang menitikberatkan soal pendidikan dan pelajaran, Elynn mengakui mereka sudah mempunyai perancangan masa depan dari sejak kecil. Sifat itu ditanam oleh kedua ibu bapanya.

“Abang dan kakak-kakak kami berjaya dalam pelajaran. Mungkin sebab itu kami berdua terdorong untuk mengikut laluan yang sama. Masa darjah 6 kami dah fikir dan target nak masuk sekolah mana. Dan kami berusaha ke arah itu.

“Lagi satu, mak dan ayah tanamkan budaya membaca dalam keluarga kami. Kat rumah ada perpustakaan. Macam-macam buku ada. Saya masih ingat buku yang paling kami suka masa kecil koleksi Ladybird.” kata anak-anak kepada Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Hanif Amran ini.

Mereka yang mempunyai empat beradik kesemuanya dididik berdikari dengan bersekolah di sekolah asrama penuh. Akmar dan Elyyn dinobatkan sebagai Belia Ikon 2011 sehingga kini oleh Kementerian Belia dan Sukan.


Tiga bulan sahaja
Akmar menyambung pelajaran di luar negara atas tajaan sebuah syarikat public listed. Sekembalinya ke Malaysia, dia yang mendapat Ijazah Kelas Pertama terikat dengan prasyarat syarikat agar bekerja dengan tempoh tertentu.

Hanya tiga bulan Nur Akmar mampu bertahan, namun akhirnya jiwa Akmar semakin membuak-buak untuk meninggalkan syarikat itu kerana sudah berjinak-jinak dengan unit amanah (1999).

“Nekad dengan kehendak sendiri, saya memberi tender berhenti kerja. Syarikat panggil dan buat rundingan. Kawan-kawan pun berpendapat saya gila. Berhenti kerja bererti saya perlu melunaskan tajaan bernilai RM300,000 serentak.

“Tapi saya percaya, tak kira kerja di mana, bidang apa, jika bersungguh-sungguh kita akan cemerlang. Saya mohon buat bayaran secara berperingkat dengan syarikat tersebut.

Bagi saya, Rezeki ada di mana-mana. Yang penting attitude. Sijil universiti adalah satu sijil tapi apa yang kita buat dalam mengejar pelajaran itulah yang membentuk peribadi,” sambung Akmar.


Latih capai target
Akmar yang sudah berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang unit amanah mengakui gemar meletakkan target dalam setiap perbuatan hariannya.

“Saya seorang yang gigih bekerja. In term of business pasti ada rejection. Jadi kita kena kental dan kenyal. Saya jenis yang takkan balik rumah selagi tak capai target sale yang saya nak setiap hari. Itu sikap saya,” kata Akmar.

Dan berkat kesungguhan itu, jualan unit saham amanah Nur Akmar mencecah RM1 juta dalam masa tiga bulan awal penglibatannya.

Kemampuannya meletakkan diri sebagai pengurus agensi kumpulan termuda di sebuah institusi kewangan terbesar negara ini.

Pada 2006 mereka mencapai Million Sales Achiever. Kini, dia melahirkan 13 Pengurus Agensi Kumpulan (GAMS). Pencapaian terbesar Akmar yang lain adalah ketua pengurus kumpulan Master Builder iaitu anugerah yang dimenangi empat kali berturut-turut.

Anugerah lain; Brand Ambassador, Top GAM, Group Agency Manager Platinum, Master Recruiter, dan Million Dollar Round Table.

Diam-diam berisi, aura Elynn terletak pada senyumannya. Si cantik manis yang kini ayu bertudung baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Resepsi yang diadakan di ibu negara dan Bali Indonesia, disambut gilang-gemilang malah, dua beradik yang gemar menari ini turut mempamerkan bakat tarian masing-masing menerusi satu video Wishing & Hoping yang boleh ditonton menerusi www.jewedding.net. Mereka boleh dihubungi menerusi emel akmar@millionairesisters.org dan elynn@millionairesisters.org serta instagram MillionaireSistersAkmar dan MillionaireSistersElynn.

Akhir kalam, dua figura cantik ini berharap semua wanita muda di luar sana tidak goyah memulakan langkah dalam bidang insurans dan pelaburan. Bukan sahaja perempuan malah lelaki.

“Bisnes membentuk personaliti dan attitude. Mereka yang berumur sekali pun masih belum terlambat. Bahkan bagi saya, mereka mempunyai potensi networking yang lebih luas.

“Tidak tahu boleh bejalar, yang penting ada attitude dan berfikiran poositif. Datang dan sertai Millionairesisters, kami ada sediakan kursus dan seminar untuk anda,” kata Elynn. – SINAR HARIAN
read more...

RAMPASAN BIBLE : Anwar MARAH MB Selangor!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas cara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menangani isu rampasan Bible berbahasa Melayu yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan mendesak ia dipulangkan semula.



Pada Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor merampas 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban dari premis Pertubuhan Bible Malaysia di Petaling Jaya dan ia masih belum dipulangkan hingga kini. 


Ketua pembangkang itu berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan tegas dalam isu tersebut dan tidak melepaskan diri daripada tanggungjawab.

"Kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan dan perlu mengambil inisiatif.

"Mereka boleh pulangkan kembali kitab Injil yang dirampas. Kerajaan negeri perlu ambil tindakan tegas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Pada Januari lalu, Jais merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat PPBM. 

read more...

PEMUDA PAS!!! Lagi Kerahan Untuk Anda!!



Kerahan Demi Kerahan... Dulu baju kuning, sekarang baju merah. Dulu bagi token sekarang "JIHAD FI SABILILLAH". Eh Ye ker? Entah la. Namun, inilah surat kerahan tenaga oleh Dewan Pemuda PAS ke seluruh negara. Katanya demi membantah pelaksanaan GST.

Setakat APril 15hb, hanya seramai lebih kurang 1,000 orang telah memberi pengesahan penyertaan mereka didalam demonstrasi tersebut. Pengesahan ini dilakukan melalui Facebook 1Mei Bantah GST Sampai Tumbang.

Penyertaan NGO melibatkan SAMM, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) GAMIS, DEMA, PMIUM ddan kumpulan Rejimen Anarki dan parti politik PAS, PSM, PKR dan selalunya penakut tapi datang bat syarat adalah cina DAP.

Turut serta adalah kumpulan ad-hoc seperti kumpulan pelajar yang tak pernah kerja dan tak faham apa pasal GST iaitu Gerakan Anak Muda BANTAH GST (BANTAH), Gerakan Bantah GST dan Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

read more...

FERI KARAM - Status 450 Individu Tidak Diketahui!!!




Korea Selatan mengerahkan pasukan pengawal pantainya menggunakan kapal dan helikopter untuk mencari dan menyelamat kira-kira 450 penumpang feri yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah yang karam di perairan selatan hari ini.

“Feri berkenaan karam dan tenggelam," kata jurucakap pengawal pantai.

“Terdapat kira-kira 450 orang dalam feri berkenan ketika kejadian. Operasi menyelamat turut dibantu oleh kapal komersial di sekitar perairan berkenaan," katanya.

Menurut AFP, laporan awal menyebut jumlah penumpang di dalam feri yang karam adalah 350 orang.

Kebanyakan penumpang di dalam feri adalah pelajar sekolah yang sedang dalam perjalanan ke sebuah pulau peranginan di Jeju.

Buat masa ini tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan, bagaimanapun Timbalan Menteri Keselamatan dan Pentadbiran Awam, Lee Gyeong-Og memberitahu media bahawa dia hanya dapat mengesahkan bahawa setakat ini. hanya 110 orang berjaya diselamatkan.
read more...

CCTV : Maruah Teresa COCK Hampir Diragut!!





Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim, 50, berdepan dengan detik cemas apabila bergelut dengan dua peragut yang cuba merentap rantai emas dipakainya, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa dikatakan diragut penjenayah yang menaiki sebuah motosikal berhampiran Taman Rainbow, Jalan Ipoh, Sentul di sini. 

Teresa mendakwa sedang membawa dua anak saudaranya berusia lima dan 11 tahun bersiar-siar di kawasan taman berkenaan ketika cubaan diragut.

Menurutnya, dua lelaki tiba-tiba menghampiri mangsa dan cuba menarik rantai leher dipakai Teresa ketika itu tetapi gagal apabila wanita itu melawan dan terjatuh.

Katanya, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan menjerit meminta tolong menyebabkan dua suspek terbabit melarikan diri.


read more...

CCTV : Cubaan Curi Motor Yang GAGAL!!!



Adoiii.... Nak marah ada, nak gelak pun ada....FAIL!!!!

Dari maklumat yang tertera di Video ini, kejadian berlaku di sebuah taman di Jitra Kedah..





Tak tahu apa yang tersangkut dan menghalang pencuri tersebut, namun sentiasalah berwaspada.
read more...

AWAS!!! Facebook Anda Mungkin Digodam!!!!




Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat 'Heartbleed', iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.

Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.

Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.

Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.

"Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

"Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam.

Beliau berkata setiap pengguna laman sosial seperti Facebook perlu mempunyai kesedaran yang tinggi sebelum mendedahkan perkara berhubung kehidupan mereka di laman itu.

"Perlu diingat, sebelum memuat naik apa sahaja, biarlah ia bersifat umum, sebagai contoh tidak memuat naik gambar ahli keluarga supaya orang yang berniat jahat tidak mempunyai akses kepada maklumat kehidupan peribadi anda," katanya.

Sementara itu, laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuat naik amaran berhubung serangan pepijat Heartbleed awal minggu lalu.

Amaran bertarikh 8 April itu dikeluarkan kepada semua agensi dan syarikat telekomunikasi di negara ini bagi memperketat kawalan keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam menggunakan pepijat Heartbleed.

Menurut amaran itu, SKMM mengenal pasti 34 laman sesawang yang terjejas dan telahpun memaklumkan kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan sistem keselamatan masing-masing dengan segera.

SKMM turut menasihati pengguna Internet agar menukar kata laluan terutama pada akaun media sosial dan e-mel untuk tujuan keselamatan.

Untuk keterangan lanjut berkaitan pepijat Heartbleed, pengguna boleh melayari laman sesawanghttp://heartbleed.com.
read more...

KLIA 2 : Akhirnya AirAsia Mengalah Jua!!! Baru Ada Akal?




Citt!!!! Poodah.......

Kumpulan AirAsia ingin merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pihak Kerajaan di atas keputusan untuk mendapatkan kepakaran Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi menilai dan menentukan keselamatan jangka panjang lapangan terbang KLIA2.

Keputusan ini mencerminkan keutamaan pihak Kerajaan dalam isu keselamatan, dan memastikan bahawa KLIA2 adalah selamat untuk kegunaan orang ramai. Kami amat berterima kasih diatas keutamaan yang telah diletakkan oleh pihak Kerajaan dalam isu ini.

Kumpulan AirAsia telah membuat persediaan yang perlu untuk berpindah ke KLIA2, sejajar dengan spesifikasi Kesediaan Operasi dan Pemindahan (ORAT) seperti ujian operasi dan airside. Dengan bantuan dan sokongan dari pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), kita akan dapat melengkapi kehendak spesifikasi ORAT untuk memudahkan proses perpindahan.

Walaupun masih terdapat beberapa isu-isu komersial yang tertangguh, perkara ini tidak akan membatas operasi kami di KLIA2 seperti yang dirancang.





Oleh itu, Kumpulan AirAsia akan berpindah ke KLIA2 pada 9 Mei 2014.

Kami berharap untuk beroperasi dari KLIA2, dan seterusnya menjana pertumbuhan dan pembangunan kami melalui lapangan terbang tersebut. Kami berharap bukan sahaja untuk mengembangkan perniagaan kami dalam jangka masa panjang, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan industri penerbangan dan ekonomi Malaysia melalui kesan berganda dari industri pelancongan.

Kami yakin perkhidmatan di KLIA2 dan perkhidmatan Kumpulan AirAsia yang bertaraf dunia akan terus meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan negara, serta industri dan sektor lain.

Untuk manfaat semua pihak, perbincangan dan rundingan berterusan dengan pihak berkuasa terlibat sedang dijalankan.

Walaubagaimanapun, jika terdapat rundingan yang tidak dapat diselesaikan, kami harap pihak kerajaan boleh menjadi pengantara supaya pihak MAHB dapat menjalankan tugas mereka sebagai pengendali lapangan terbang baru itu.

Pada masa yang sama, kami juga berharap agar Kumpulan AirAsia diberi ruang untuk terus beroperasi secara optima di KLIA2 berasaskan model perniagaan syarikat penerbangan kos rendah yang telah terbukti berkesan dengan caj dan levi yang munasabah.

Kami akan memaklumkan semua tetamu kami dengan sewajarnya untuk memastikan proses pemindahan yang lancar dari Terminal LCC ke KLIA2.

*Kenyataan diatas adalah daripada Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, dan Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Berhad

read more...

HASUTAN!!! Akhirnya.....TIAN CHUAK DITAHAN? Video Disertakan..



Tian Chuak telah mengeluarkan satu TWEET yang berbau fitnah dan provokasi melampau seperti:

"NAJIB HAS DECLARED WAR AGAINST PAKATAN RAKYAT; THE PEOPLE ARE READY FOR AN ALL OUT UPRISING." (Najib telah mengisytiharkan perang ke atas Pakatan Rakyat; Rakyat telah bersedia untuk bangkit menentang sepenuhnya).

"NAJIB SENTENCED ANWAR TO 5 YEAR IMPRISONMENT - THE PEOPLE WILL BRING DOWN NAJIB IN 5 MONTHS, THAT I PROMISE YOU!!! (Najib menghukum Anwar selama 5 tahun penjara - rakyat akan menurunkan Najib dalam masa 5 bulan, itu janji saya kepada anda!!)




Hasil laporan polis yang dibuat oleh bekas ADUN Batu Kawan, Huan Chen Guan pada 7 Mac lalu, pihak polis telah menahan Tian Chuak, di lobi Hotel Armada, Petaling Jaya pada 14 April jam 7:45 malam.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Tian Chuak, Rozan Mat Rasip berkata ketika didatangi 10 anggota polis berpakaian biasa, Tian Chuak sedang bertemu dengan kenalannya di hotel terbabit. "Mereka hanya menunjukkan waran untuk menyita telefon bimbit berkenaan, namun tidak menyatakan pula untuk tujuan apa. Mereka cuma kata untuk siasatan di bawah Akta Hasutan, katanya ketika dihubungi. 




BACA LAGI : KLIK SINI
read more...

VIDEO DAN GAMBAR : Sekolah Terbakar Disambar Petir!!





Kejadian dilaporkan berlaku  petang semalam di Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau yang mengakibatkan kebakaran teruk akibat disambar petir. Walaubagaimanapun, dilaporkan tiada pelajar berada di blok berkenaan. 

Selain dari sekolah berkenaan, panahan petir yang berlaku petang semalam juga telah menyebabkan beberapa rumah di Jalan Rumbia Taman Daya turut terbakar. 








read more...

KESIAN!!! Akibat Anwar, Chegu Bard Hentam Azmin Di FB!!





Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard nampaknya meneruskan ‘perkelahiannya’ di Facebook dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini.

Melalui posting di laman Facebook, Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, dinyatakan terdapat seorang individu yang bersedia mencabar jawatan Presiden PKR dalam pemilihan kali ini, namun tidak meneruskan hasratnya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bertanding bagi jawatan itu.

“Dia dah isi siap borang pun untuk tanding lawan Presiden tetapi semua hasrat terbatal sebab Anwar Ibrahim tanding … dia yakin untuk lawan Kak Wan tapi belum berani lawan Anwar Ibrahim,” kata Chegubard melalui statusnya tengah hari tadi.




Beberapa pengguna Facebook turut meninggalkan komen dengan ada yang meneka siapa individu yang dimaksudkan tersebut namun ada juga yang terus menamakan Azmin sebagai orang yang dimaksudkan.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ahmad Halimi SAMM telah meninggalkan komen yang berbunyi “Tuan Hj Joe….Hahahahaaa siapa lagi jika bukan si Azmin Ali..kelakar boleh masuk pentas maharaja lawak.”

Chegubard bagaimanapun tidak mengiyakan dakwaan tersebut. Beberapa jam kemudian, Chegubard memuatnaik pula gambar Azmin dalam satu sidang media yang disiarkan TV3 malam semalam

“Teringat TV3 yang kempen untuk Nasharudin Mat Isa untuk pertahan jawatan Timbalan Presiden PAS…. tapi takpe kita kena terus sangka baik….,” katanya lagi.





Beberapa pengguna Facebook lain turut mendakwa Azmin menggunakan TV3 untuk berkempen, namun ada juga sesetengah pengguna yang menasihatkan Badrul dan pengguna lain untuk berhenti mengkritik Azmin.

” Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat ku sekalian, saya bukan nak membodek dan bukan pulak jadi macai Azmin. Satu persolan nak tanya kepada sahabat-sahabt sekalian, kenapa sekarang ini timbul nak benci membenci di antara kita. khususnya Azmin.Saya tidak faham langsung sikap perjuangan kita.Cuba flash back bermula pada tahun 1998. Siapa yg berani ke depan,siapa yg mengajak kita semua bereformasi, siapa yg mula mencetuskan dan menjadikan kita sedar betapa teruknya kerjaan BN. adakah kita ingat?. Pleaselah bro n sis stop it and lets us fight gentlemently. Yang berjasa harus di kenang. Tiada Anwar tiada Azmin. Tiada Azmin tiada Anwar. INGAT INGAT INGAT. Sedikit kita buat silap atau silap langkah maka terkubur lah PKR,” komen dari pengguna yang menggunakan nama Yusop Mohd Amin.

Komen Yusop itu dibalas Chegubard dengan berkata “Yusop Mohd Amin wah tiada Azmin tiada Anwar. ..ngam!,” lapor Free Malaysia Today




Kalau semua dah HENTAM, Azmin ni ada chance nak menang ker?
read more...

VIDEO : YAHANANA - Boleh Ke Tidak Macam Ni?



Hah... Gua musykil dah ni. Mohon pada yang pakar untuk membuat PENCERAHAN!!

Secara peribadi gua rasa mungkin caranya tidak berapa "KENA". Mungkin... Namun, mohon sangat-sangat kepada mereka-mereka yang arif dapat memberikan penjelasan supaya perkara ini dapat "diselesaikan" sebaik mungkin. Bukan apa, takut juga niat baik tapi caranya tidak kena. Wallahu alam.


read more...

PENGAJARAN!!! Video Anak Tipu Beli Buku Teks Tapi...



Maaflah... Penulis tidak berniat memaparkan klip video yang "KETERLALUAN", tetapi sekadar peringatan buat ibu-bapa supaya senantiasa memantau dan mengambil berat segala aktiviti dan kegiatan anak-anak terutamanya ketika di luar rumah.

Sebuah video klip pendek yang memperlihatkan seorang gadis Melayu yang bertelanjang menelefon ibunya dan menipu bahawa dia sedang sibuk membeli buka teks sekolah tersebar beberapa hari lalu.

Dalam video berkenaan, gadis itu yang mungkin pelajar sekolah menengah dipercayai sedang bersama teman lelakinya berdasarkan suara lelaki itu di penghujung klip. Kemungkinan pasangan berkenaan berada di bilik hotel.

Aksi dalam klip itu bermula dari atas katil sehingga ke bilik air tanpa seutas benang di tubuh gadis itu.

Video berkenaan asalnya mulai viral di Whatsapp. Bendanya di sini… satu dah la video itu secara jelas menjerumus kemungkinan besar berlaku zina antara mereka, keduanya ialah sikap gadis itu yang sedang menipu ibunya dan ketiga ialah kebodohan pasangan berkenaan merakam perbuatan jahat mereka.

Kalau dah terlalu sanggap sampai lupa soal hukum hakam… perlu ke pulak aksi berkenaan dirakam?

Kepada masyarakat di luar, ambik la pengajaran daripada apa yang berlaku itu…rakaman di telefon bimbit…walaupun untuk kegunaan peribadi… akan menjadi tatapan umum jika alat itu jatuh ke tangan pihak lain… atau kalau pasangan anda marah dan mahu membalas dendam -mynewshub.

BB : tak sanggup nak share video tu....
read more...

HUDUD : PAS Bakal Keluar Pakatan!!!




Apalah guna "pakatan" kalau keputusan tidak seiringan? Apa guna "kerjasama" andai tindakan tidak bersama? Apalah guna bersandiwara andai hasrat dan matlamat telah diketahui semua?

Dalam perkembangan terbaru, Kerajaan Pas Kelantan tetap akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.




Pendirian tegas itu dinyatakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang turut memberi gambaran jelas bahawa Kerajaan Pas Kelantan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan tersebut yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu.

Tegas beliau, keputusan melaksanakan hukum hudud di Kelantan tidak akan berganjak walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri. Malah katanya, pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.

“Perkara itu (hudud) tidak ada kena mengena dengan pihak lain (DAP dan PKR) kerana ia akan dilaksanakan di Kelantan dan langsung tidak menyentuh kebebasan bukan Islam.

“Tiada pihak yang perlu bimbang. Undang-undang ini hanya untuk umat Islam,” katanya.




Baru-baru ini DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.

Pendirian itu bagaimanapun mendapat bantahan Pas, apabila Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dengan tegasnya menyifatkan PKR dan DAP tidak berhak menghalang hasrat parti itu untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat.

Sebaliknya kata Mohd. Nassuruddin, kedua-dua parti tersebut sepatutnya menyedari pelaksanaan hudud adalah hak orang Islam yang tidak wajar dicampuri pihak lain terutamanya bukan Islam.




Sebelum itu, Kerajaan Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.

Sementara itu, tambah Mohd. Amar yang juga merupakan Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi dan pendirian Pas itu sepatutnya tidak menimbulkan sebarang masalah.

“Kalau semua pihak boleh hormat demokrasi ia (hudud) tidak akan menjadi masalah,” katanya.

Apabila ahli parlimen Umno, Tan Sri Annuar Musa menyatakan sokongannya terhadap hukum hudud PAS, maka isu ini kembali hangat semula. Seperti biasa bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh bertegas tidak setuju dengan hasrat PAS.

Jika rang undang-undang ini dibentangkan di Dewan Rakyat, adakah PAS akan disingkirkan dari Pakatan Rakyat? Pakatan Rakyat tidak didaftarkan seperti Barisan Nasional (BN). Oleh itu mungkin Pakatan Rakyat meminta PAS keluar dari pakatan mereka kerana PAS tidak boleh dipecat dari Pakatan Rakyat kerana ia bukan badan berdaftar seperti BN.

Penyingkiran PAS ini yang dinanti-nantikan oleh Umno kerana selama ini Umno mahu PAS bekerja sama dengan mereka. Sebab itu walaupun PAS kalah di Kelantan, tetapi Umno tetap memberikan universiti dan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Kerai kepada rakyat Kelantan. Umno berharap sumbangan kerajaan persekutuan ini dapat menarik semula PAS untuk menyertai BN semula.

Seperti kata ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim, PAS memerlukan 40 orang ahli parlimen bukan Islam untuk mendapatkan kelulusan hukum hudud di Dewan Rakyat. Jika ahli parlimen PKR Islam mengundi pun, sudah tentu sukar rang undang-undang ini diluluskan.

Malah ahli parlimen bukan Islam dalam BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS, PBB sudah tentu tidak akan mengundi rang undang-undang ini. Justru itu ke mana PAS selepas rang undang-undang persendirian ini dibentangkan di Dewan Rakyat menarik perhatian kita. Adakah PAS akan berjuang secara solo atau akan menyertai BN?
read more...

#MH370 : TERHARU!!! 3 Peminat The Reds Hadiahkan Jersi Bertandatangan Kepada Anak Ketua Pramugara




Tiga rakyat Malaysia menghadiahkan sesuatu yang tidak ternilai kepada adik Maira Elizabeth Nari, iaitu sehelai jersi Kelab Liverpool (LFC) yang telah ditandatangani oleh pengurus kelab itu Brendan Rodgers dan pemain-pemain lain.

Ayah Maira, iaitu Ketua Pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370 Andrew Nari, merupakan peminat setia Liverpool dan jersi tersebut dicetak dengan namanya.

Maira yang memuatnaikkan gambar jersi itu di laman Instagram dan Twitternya itu berkata, dia begitu terharu sehingga tidak tahu bagaimana untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang berusaha menghantar jersi itu kepadanya.

“Terima kasih banyak-banyak untuk hadiah tidak ternilai ini! Saya akan membingkaikan jersi ini,” katanya.

“Ayah, ini adalah untuk kamu. Saya pasti ayah adalah orang yang paling gembira di dunia sekarang ini. Saya berharap Liverpool akan selalu berada di tangga teratas carta, dan saya berharap Liverpool akan menang di dalam musim ini, untuk ayah, untuk kita dan untuk peminat-peminat,” katanya.

Maira turut mengucapkan terima kasih kepada tiga orang rakyat Malaysia itu yang berada United Kingdom semasa perlawanan Liverpool menentang Tottenham Spurs beberapa minggu lalu dan berusaha untuk mendapatkan tandatangan-tandatangan tersebut.

“Baju ini diterbangkan dari Anfield. Rasa begitu diberkati!,” katanya.

Susulan itu, Maira juga berkata Liverpool adalah seolah-olah satu keluarga baginya.

Sebelum ini, Liverpool membalas tweet Maira yang merindui bapanya dan ia telah mendapat 15,909 ‘Retweet’ dan 6,130 ‘Favourites’.

read more...

HINA AZAN DAN TARHIM : Mohd Said Diberi Kata Dua!!!





Susulan kes seorang ahli pas seumur hidup membuat laporan polis membantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid berdekatan rumahnya..

Sekumpulan orang dari badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak polis telah datang ke rumah beliau untuk menasihati beliau akan perilaku buruk dan tak masuk akal itu.

Sebagai seorang ahli Pas yang mengagung-agungkan perjuangan Islam dan lebih penting sebagai seorang islam sendiri beliau tidak sepatutnya membuat perkara yang menunjukkan peribadi buruk seorang muslim di Malaysia.

Negara ini negara bertuah, rakyatnya berbilang kaum, berbagai agama bebas dianuti. Agama Islam sebagai Agama Rasmi.

Jika orang Islam sendiri gagal menghormati azan bagaimana kita hendak tengok penganut agama lain menghormati Islam itu sendiri seterusnya minat untuk mengetahui tentang islam?

Walau apa pun dalam setandan pisang pasti ada satu atau dua yang rosak. Kita harapkan PAS agar mengajar ahli ahlinya tentang ajaran Islam yang sebenar. Setidak tidaknya ajarlah mereka tentang erti hormat. Lazimnya mereka pandai membantah namun kali ini tidak kena tempat sejujurnya menunjukkan kejahilan sendiri.

Tuan rumah yang disewa oleh Pak Lebai ini telah memberi kata dua, jika tidak suka kepada bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid Pak Lebai itu dipersilakan keluar daripada rumah sewa tersebut.



Kita sama sama berdoa agar perkara tidak masuk akal seperti ini tidak berulang lagi..

read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top