Nuffnang

KHALID SEMAKIN BERANI : "Saya Bukan pak Turut Bang Non!!"


“Siapa saja jadi Presiden PKR, saya tiada masalah sebab kami boleh bergandingan. Walaupun saya rapat dengan Anwar tetapi saya tak dengar cakap Anwar 100 peratus walaupun dia nampak seolah-olah saya sedang mendengar,” katanya.

Inilah antara petikan kata Khalid Ibrahim di Sunway Convention Centre, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya dalam satu program sesi Wawancara Bersama YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.




Apa yang menarik, Khalid yang dulu tidak sama dengan Khalid yang sekarang. Beliau tidak langsung menggunakan nama DS Anwar Ibrahim atau DS Wan Azizah Wan Ismail untuk meraih sokongan dari ahli-ahli PKR tapi dia menawarkan apa yang boleh disumbangkannya kepada parti..

Tegasnya bukan semua cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima bulat-bulat.. atau dalam lain ayat beliau bukanlah 'Pak Turut' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim..

“Ada cadangan Anwar yang saya boleh terima dan ada juga cadangan dia yang saya dengar tapi tak terima,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu bukan satu kesalahan atau kebiadaban tetapi menunjukkan sikap seorang pemimpin yang boleh menerima cadangan dan kritikan.

Bagaimanapun, beliau beranggapan Ketua Umum PKR itu adalah seorang pemimpin yang sangat cekap dalam berpolitik.

“Saya juga nak menyumbang pengalaman saya dan apa yang saya lakukan di Selangor untuk parti. Itu yang saya mahu dan rasa boleh jadi gandingan dengan Anwar dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, PKR perlu melakukan pembaharuan supaya boleh bersaing dengan kerajaan persekutuan.

“Dalam kepimpinan kita mesti ada orang yang boleh berbincang dan bukan jadi pak turut saja. Saya rasa, Anwar perlu ada rakan-rakan seperti itu dan kita mesti ada keseimbangan untuk mentadbir.

“Saya ada pengalaman mentadbir, pengurusan harta dan tenaga manusia manakala Anwar pula cekap dalam politik. Keseimbangan ini boleh membantu kita tawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Hahaha...keseimbangan atau kecelaruan? 

Apa pun, jangan sampai tak mandi udah le....
Share this article

1 Komen:

  1. The real democracy! yang patut ada dalam Barisan Nasional supaya jangan jadi pak turut saja yang 100% terdapat dalam BN. Kita perlukan pemimpim yang berani membela nasib rakyat. Itu lah tunjang sebenar pemimpim yang di percayai boleh menjaga amanat rakyat demi rakyat BUKANnya pemimpin yang hanya menjaga kroni dan anak beranak sahaja. Syabas PKR, Syabas Khalid!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top