Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim, 50, berdepan dengan detik cemas apabila bergelut dengan dua peragut yang cuba merentap rantai emas dipakainya, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa dikatakan diragut penjenayah yang menaiki sebuah motosikal berhampiran Taman Rainbow, Jalan Ipoh, Sentul di sini.
Teresa mendakwa sedang membawa dua anak saudaranya berusia lima dan 11 tahun bersiar-siar di kawasan taman berkenaan ketika cubaan diragut.
Menurutnya, dua lelaki tiba-tiba menghampiri mangsa dan cuba menarik rantai leher dipakai Teresa ketika itu tetapi gagal apabila wanita itu melawan dan terjatuh.
Katanya, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan menjerit meminta tolong menyebabkan dua suspek terbabit melarikan diri.
seb baik x dpt amik rantai emas tu
BalasPadam