Nuffnang

WAH!!! Azmin "SOUND" PDRM!!!


Hebatnya Azmin. Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini memberi amaran kepada pihak polis yang menyerbu pejabat PKR semalam dan mendakwa polis telah menyalahgunakan kuasa sebagai anggota keselamatan.

Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor itu berkata, PKR akan menuntut Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid agar bertanggungjawab atas tindakan anggota polis yang menyerbu pejabat PKR.

Menurut Azmin, tindakan polis itu telah melanggar perlembagaan dan merupakan satu penyalahgunaan kuasa.

"Ia tindakan tidak mengikut perlembagaan dan satu penyalahgunaan kuasa dan merupakan serangan keatas pembangkang secara umum.

"Ini samalah seperti menghina hak perlembagaan dan kebebasan rakyat dan menjejaskan kedaulatan undang-undang," kata Azmin.

Azmin turut memberi amaran sekali lagi kepada pihak polis, agar polis terus berhenti dari mengganggu dan membebaskan peserta yang terlibat dengan perhimpunan #Kitalawan.

Azmin berkata, peserta #Kitalawan juga terdiri dari wakil rakyat kerana mereka ini mahu bersama-sama rakyat dalam perhimpunan itu.

"Mereka terikat dengan sumpah jawatan mereka sebagai wakil rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Kami menuntut polis menghentikan serta-merta gangguan dan tindakan angkuh ini," katanya yang merujuk kepada penangkapan peserta perhimpunan #Kitalawan. -Alip Danial/Utaranews.com
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top