Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PERGADUHAN DI LOW YAT : Seorang Lelaki Ditahan


Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di Plaza Low Yat lewat malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kejadian di kompleks membeli-belah itu berlaku kira-kira 7 petang semalam.

"Pergaduhan itu melibatkan suspek berumur 27 tahun dengan seorang pekerja di kompleks itu (Plaza Low Yat), yang mengganggu di premis pekerja berkenaan," katanya ketika dihubungi media.

Difahamkan, suspek sebelum itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Bulatan
dengan salah seorang pekerja di premis berkenaan.

Susulan itu, suspek yang tidak berpuas hati datang ke premis itu dan
menumbuk muka mangsa.

Zainol berkata suspek telah ditahan pada 8 malam, selepas mangsa membuat
laporan polis.

"Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan
lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah
dan curi.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan Plaza Low Yat, Gary Lam berkata
insiden pergaduhan tersebut adalah disebabkan salah faham.-Faizal Dato Badarudin (WD MY)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top