Nuffnang

DEBAT!!! Tindakan Arul Kanda Kali Ini Benar-Benar Anak Jantan


Bukan sorang, tetapi dua. Amacam Rafizi dan Tony Pua? Telur masih ada atau dah simpan dalam peti sejuk?

Terkini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda bersedia bersemuka dengan kedua-dua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Ia bagi menjelaskan situasi sebenar, masalah-masalah yang berlaku dalam 1MDB dan langkah-langkah rasionalisasi yang diambil syarikat berkenaan sekaligus menafikan fitnah yang dibuat oleh kedua-dua ahli pembangkang itu.

“Saya akan berjumpa Tony Pua dan Rafizi Ramli, malah dua-dua secara serentak juga boleh,” katanya sewaktu berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin dalam Majlis Penerangan Perdana anjuran Biro Penerangan UMNO Malaysia di PWTC , pada Sabtu.

Bagaimanapun, Arul Kanda tidak menyatakan bila pertemuan itu akan diadakan.

Arul Kanda berkata demikian bagi menjawab soalan hadirin, sebab Rafizi dan Tony Pua tidak dijemput ke majlis itu.

Ahli UMNO menyatakan pemahaman tentang corak perniagaan yang dilakukan Arul Kanda harus disampaikan kepada pemimpin yang mengkritik beliau.

“Sepatutnya bukan kami yang dijemput, tetapi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli, Tony Pua, Lim Kit Siang yang dijemput,” kata salah seorang hadirin.

Dalam pada itu, Arul Kanda secara berseloroh mengakui 1MDB mencatat sejarah sebagai syarikat yang paling banyak disiasat oleh pelbagai agensi dalam negara.

“Ia termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya.

Arul Kanda menyifatkan syarikat itu kini telah menjadi sebuah buku terbuka (open book), yang mana boleh disiasat dan terbuka untuk memberi penjelasan kepada mana-mana pihak.

“Tetapi, kalau nak baca buku terbuka ini, kenalah baca dengan fikiran yang terbuka,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai langkah menyelesaikan hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion pula, ia dijangka akan diselesaikan melalui pelan rasionalisasi yang akan siap pada 31 Disember tahun ini.

Difahamkan, dalam pelan rasionalisasi 1MDB, syarikat itu masih mempunyai nilai aset berjumlah RM10 bilion hingga RM12 bilion walaupun beberapa aset perlu dijual bagi mengurangkan hutang.

Arul Kanda juga menyatakan 1MDB juga mempunyai nilai aset RM4 hingga RM5 bilion di Bandar Malaysia di samping RM5 hingga RM6 bilion di Tun Razak Exchange, RM1 bilion di Ayer Itam dan RM300 juta di Pulau Indah.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top