Nuffnang

LAHAD DATU : ESSCOM MENGIKUT PERANCANGAN

LAHAD DATU - Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) adalah mengikut perancangan yang disasar bagi mempertingkat kawalan keselamatan di kawasan timur negeri ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata sebagai sebuah organisasi baharu, Esscom yang ditubuh sejak dua bulan lepas, berada di landasan yang betul dan fasa penubuhannya adalah cepat.



Abdul Rahim Bakri


"Mereka yang dipertanggungjawab dalam Esscom diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cekap sehingga dalam tempoh dua bulan, organisasi itu dapat diinstitutkan," katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat sementara Esscom di Pangkalan Polis Marin di sini hari ini.

Pembentukan Esscom diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu untuk menjaga kedaulatan serta keselamatan kawasan pantai timur negeri Sabah.

Ia meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau.

Penubuhan Esscom adalah susulan insiden pencerobohan pengganas militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Tungku pada Februari lepas.

Abdul Rahim juga berkata sokongan padu kerajaan pusat dan negeri akan dapat meluaskan lagi peranan Esscom selari dengan matlamat penubuhannya.

Beliau berkata ini penting bagi memastikan organisasi itu benar-benar memberi fungsi dan pelaksanaan tugas kepada kawasan timur negeri Sabah dari segi keselamatan serta pembangunan.

Terdahulu, Abdul Rahim melakukan lawatan kerja ke kawasan Operasi Daulat di Felda Sahabat di Kem Tanduo dan menyertai program jiwa murni kesihatan yang dilaksana Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia di Kampung Tanjung Labian serta Tanjung Batu. - Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top