Nuffnang

VIDEO : Forum Perdana Diraja Bersama Ustaz Kazim Ustaz Don


BAGI YANG TERKEPAS..


Malam tersebut Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telag berkenan berangkat ke Majlis Forum Perdana Diraja yang diadakan di Dewan Santapan Istana Negara. 

Forum bertajuk "Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Mendaulatkan Institusi Diraja" dianjurkan oleh Istana Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 




Forum Perdana yang kebiasaannya keudara secara langsung setiap malam Khamis jam 21:00hrs agak istemewa pada malam semalam kerana ianya diadakan di Istana Negara dan diberi lebihan masa selama 30 minit dari kebiasaannya. Rancangan khas ini diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. 

Forum dikendalikan oleh tiga panelis terdiri daripada Prof Madya Dr Sharifah Syed Ismail dari Universiti Malaya, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dan Don Danial Don Biyajid atau Ustaz Don.


Forum khas ini antara lain mengupas peranan penting institusi raja sebagai tunjang dalam membangunkan negara serta memastikan rakyat terus hidup aman dan harmoni dibawah sistem Raja Berpelembagaan. Turut serta menyaksikan Forum Perdana Diraja ini adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta 800 tetamu jemputan.


SESUAI UNTUK TONTONAN SEMUA.. Jom 


Share this article

2 Komen:

  1. forum perdana terbaik...ahli panelnya pun hebat2...melibatkan ahli panel yg amat seimbang...ada lawak ada serious ...boleh adakan lagi...subhanallah!

    BalasPadam
  2. kalau roboh kota melaka
    papan di Jawa saya dirikan
    kalau sungguh bagai dikata
    badan dan nyawa saya serahkan
    - trek tek tek!
    hebat Ust Kazim kelakar!






    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top