Nuffnang

LAHAD DATU : KRISIS PENCEROBOHAN ERATKAN MALAYSIA-FILIPINA



KUALA LUMPUR: Tragedi Lahad Datu menjadi peringatan kepada Malaysia dan Fipilina untuk bekerja lebih rapat antara satu sama lain, kata Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya.

Katanya, pencerobohan ke atas Sabah tidak membawa impak negatif terhadap hubungan kedua-dua negara atau menjejaskan proses damai di Mindanao.

"Proses damai Mindanao diteruskan meskipun insiden tersebut ia menuju ke arah penyelesaian yang berjaya dalam tempoh beberapa minggu.

"Untuk ini, Filipina berterima kasih terhadap kemahiran dan keadilan Malaysia sebagai pemudah cara," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-115 pengisytiharan Kemerdekaan Filipina di pejabatnya, Isnin.



Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan hadir mewakili kerajaan Malaysia ke majlis resepsi itu.

Malaya berkata seramai 38 individu Filipina individu menghadapi tuduhan di Filipina kini, selepas mereka disyaki mempunyai kaitan dengan pencerobohan dan ditahan ketika cuba menyeberang ke Tawi Tawi.

Namun, apabila ditanya mengenai pendakwaan terhadap Jamaluddin Kiram yang mengisytiharkan dirinya 'Sultan' beliau berkata: "Saya tidak mempunyai kata putus,".

Malaya menganggap kerjasama Malaysia dan Filipina kekal bertahan dengan ujian sedemikian dan kedua-dua negara perlu meningkatkan penglibatan dalam bidang perniagaan, ekonomi, sosial dan budaya, pada masa depan.

"Marilah kita meningkatkan hubungan dua hala serta kerjasama dalam Asean," tambahnya.

Sementara itu, menurut satu kenyataan dari kedutaan itu, kira-kira 2,000 warga Filipina berarak di sepanjang Jalan Bukit Bintang semalam, menandakan sambutan ulang tahun ke-115 Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina yang jatuh pada 12 Jun.

"Kuala Lumpur menyertai bandar-bandar seperti New York dan San Francisco yang mempunyai komuniti Filipina berarak untuk memperingati sambutan ulang tahun dan ini merupakan kali kedua perakaran tersebut dianjurkan rakyat Filipina di Malaysia," menurut kenyataan itu.





Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top