Nuffnang

TERKINI!! KIRAM III BAKAL DITANGKAP DALAM MASA TERDEKAT






KUALA LUMPUR 10 Jun - Ketua kumpulan pengganas dari Filipina, Jamalul Kiram III serta pengikutnya dijangka diberkas dalam tempoh terdekat selepas Biro Siasatan Antarabangsa (NBI) Filipina mengemukakan laporan siasatan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah kepada Kementerian Kehakiman negara tersebut baru-baru ini.

Dalam laporan siasatan tersebut, turut dilampirkan adalah cadangan untuk menangkap dan mendakwa ketua pengganas itu bersama 38 pengikutnya yang meloloskan diri dalam operasi pihak berkuasa Filipina di Kepulauan Tawi-tawi bulan lalu.

Menurut sumber, antara perkembangan terbaru yang diterima pihak berkuasa Malaysia ialah laporan siasatan telah diserahkan kepada kementerian terlibat di negara itu yang akan bertanggungjawab mendakwa dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka.



"Mereka dikatakan akan dikenakan tiga tuduhan iaitu melancarkan perang ke atas negara luar, memiliki senjata api secara haram dan larangan membawa senjata api sewaktu tempoh pilihan raya memandangkan ketika insiden itu, Filipina dalam proses kempen pilihan raya," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber berkata, siasatan yang dijalankan pihak berkuasa negara itu berjaya mendedahkan pencerobohan Lahad Datu dan Semporna oleh pengganas Kiram sebenarnya telah dirancang beberapa bulan sebelum mereka mendarat di perairan pantai timur Sabah pada Februari lalu.

"Menurut pihak berkuasa Filipina, rancangan pencerobohan berdarah itu telah mula diatur sejak November lalu sebelum hampir 200 ahli kumpulan pengganas mendarat di perairan Sabah," katanya.

Sumber turut memberitahu, dalam waktu sama pihak berkuasa negara itu sedang giat memburu adik Kiram iaitu Agbimuddin Kiram yang kini dikesan bersembunyi di kepulauan di Filipina.

Tambahnya, pihak Filipina juga bersedia untuk menyerahkan Agbimuddin kepada pihak berkuasa Malaysia untuk dibicarakan di sini manakala abangnya, Jamalul Kiram III akan menjalani perbicaraan dan hukuman di Filipina.

Menurut beliau, berita mengenai permohonan tangkapan Jamalul Kiram III akan memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia khususnya di Sabah yang marah dengan perbuatan zalim dilakukan oleh kumpulan itu.

Dalam pada itu, media Filipina hari ini melaporkan kerajaan negara itu akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung keputusan sama ada pengganas Kiram akan diekstradisi ke Malaysia untuk menjalani hukuman di negara ini atau sebaliknya.




Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top