
Serangan BOM : Seorang Rakyat Malaysia Terbunuh Di Kabul!!

KUALA LUMPUR 19 Jan - Seorang rakyat Malaysia disahkan terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran di Kabul, Afghanistan Jumaat lepas.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang mengesahkan perkara itu berkata maklumat rasmi berhubung latar belakang mangsa hanya dapat dikeluarkan setelah saudara terdekat mangsa dimaklumkan mengenainya.
"Buat masa ini Wisma Putra sedang dalam proses menghubungi ahli keluarga terdekat mangsa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam kejadian serangan berani mati dan tembakan rambang di sebuah restoran di ibu negara Afghanistan pada Jumaat, sekurang-kurangnya 21 orang dilapor terbunuh termasuk empat kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Agensi berita AFP melaporkan rakyat Malaysia yang terkorban itu bertugas sebagai perunding kepada Kementerian Kewangan Afghanistan.
Sementara itu, mengulas mengenai dua rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden untuk siasatan kerana memukul tangan seorang daripada anak yang tidak bersolat, Anifah berkata belum ada perkembangan terbaharu mengenai perkara itu.
"Tahanan reman dilanjutkan, jadi ia tertakluk kepada mahkamah di sana. Kami telah lakukan apa yang boleh tertakluk kepada peraturan dan undang undang mereka.
"Di Wisma Putra kami perlu mengikut saluran tertentu (dalam mengambil sesuatu tindakan)," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



hadiah abel 2025 disandang oleh kashiwara

penjaja belon bertindak agresif tolak anggota peng...

gempa myanmar 694 maut 1 670 cedera 68 hilang

hiburan dah set dah berapa fattah amin sediakan du...

nak bantu pun sanusi marah akai tak dak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....