Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KONSPIRASI? SPRM Nafi Pegawai Terlibat!!!


Merujuk kepada kenyataan dalam blog-blog yang menyatakan bahawa pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat dalam konspirasi  menjatuhkan kerajaan, SPRM ingin menegaskan bahawa segala tohmahan ini adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Tindakan yang diambil oleh pegawai-pegawai kanan SPRM adalah jelas bagi menjalankan tugas mereka sebagai pegawai SPRM, dan telah mendapat arahan dan dalam pengetahuan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa SPRM tidak terlibat dalam siasatan kes 1MDB sebaliknya hanya menyiasat kes SRC International Sdn Bhd. Ini adalah keputusan yang telah dicapai oleh Pasukan Petugas Khas, yang dianggotai oleh ketua Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan SPRM, yang menerima panduan dan nasihat perundangan daripada Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu Peguam Negara.

Dalam kes SRC International Sdn Bhd, sama ada dengan atau tanpa Pasukan Petugas Khas, setelah ketiadaan Tan Sri Abdul Gani, SPRM memberi jaminan bahawa siasatan ke atas SRC International akan diteruskan sehingga siasatan lengkap sepenuhnya sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk kajian dan keputusan.

Bagi melengkapkan siasatan SRC International Sdn Bhd, SPRM masih lagi mengesan beberapa saksi penting.

SPRM memohon kepada orang ramai agar memberi ruang kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
30 JULAI 2015
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top