Sebelum ini Mohd Najib dijangka mengumumkan rombakan kabinet selepas mempengerusi mesyuarat Kabinet pada rabu ini. Namun hari ini Mohd Najib mempercepatkan rombakan ini setelah melihat tingkah laku Timbalannya ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras, ahad lalu.
Oleh kerana rombakan ini sangat mengejut tiada sebarang kebocoran langsung sehingga jam 2 pagi ini. Ada sumber menyatakan Mohd Najib telah mengadap DYMM YDP Agong petang tadi. Satu sumber lagi menyatakan Mohd Najib akan merafak sembah senarai baru pagi ini.
Namun MYKMU.NET menjangkakan beberapa korban akan dibuat bagi menunjukkan siapa yang memimpin kerajaan hari ini. Perdana Menteri dijangka menggugurkan Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri G Palanivel dalam satu rombakan kabinet yang dilihat bagi menguruskan kepentingan politik UMNO dan MIC sekaligus.
Kedudukan Timbalan Perdana Menteri masih lagi dalam keadaan sukar diramalkan. Riak Perdana Menteri dan Timbalannya di Majlis Rumah Terbuka CIMB malam tadi menunjukkan mereka sudah sampai ke peringkat tidaj bertegur sapa.
Kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri tanpa potfolio Kementerian lain. Bagaimanapun jangan menolak kemungkinan Muhyiddin digugurkan sepenuhnya dan diganti oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dilihat bintang baru dalam kabinet Mohd Najib dijangka berpindah ke Kementerian Penerangan. Ini selari dengan jawatan baharu beliau sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional.
Ini memberi peluang kepada Rahman menggembeleng semua jentera penerangan kerajaan dan parti bagi menjelaskan isu semasa.
Menteri Penerangan sedia ada, Datuk Ahmad Shaberry Cheek dijangka kembali ke Kementerian Belia dan Sukan bagi menarik semula sokongan belia kepada Barisan Nasional dan mengawasi persiapan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Sea 2017.
Manakala Datuk Ahmad Maslan dijangka dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Antara nama lain yang dijangka naik pangkat dari Timbalan Menteri kepada Menteri ialah Datuk Razali Ibrahim, Datuk Jailani Johari dan . Beberapa Ahli Parlimen muda dijangka dilantik sebagai Timbalan Menteri ialah Ahli Parlimen Sekinjang, Anuar Manap, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, dan Ahli Parlimen Kepala batas Datuk Seri Reezal Merican.-MYKMU.NET
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....